Followers

Wednesday, August 31, 2011

Selamat BerPuasa

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

"tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah puasa, tiada hari seindah jumaat, tiada bulan seindah ramadhan. Jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya. Jika seluruh umur adalah dosa, maka taqwa dan taubatlah ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda, ramadhanlah pemutihnya. Menjelang bulan suci tiba, mohon dibukakan pintu maaf atas segala kekhilafan. 
Selamat menyambut kedatangan ramadhan dan selamat berpuasa"

Thursday, August 25, 2011

Sewing room

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Sekarang aku tengah gila menjahit. konon sebab ada mesin jahit baru. nak buat bilik menjahit share denga bilik barang dapur kering akak bilik store. tapi plu bil tu pulak kapcai..bengang2. nanti nak suru en asben baiki..bilik tu besar sket..heheheh

sekarang dok menjahit kat bilik baju mernagkap  bilik iron (ala2  bilik almari baju la ni) hehehehe..baju je semua dalam bilik nie..padahal kat umah ada 3 bilik je pon..

aku dah berangan nak ada Sewing corner sendiri..tak dapat bilik corner pon jadi la..harap abg boleh buatkan ye nanti..



bilik macam ni aku suka. gunting dia atas meja semua senang nak capai. terang pulak tu.. suka2 suka3...siap ada komputer dalam bilik senang nak updated blog..

ini boleh masuk dalam wishlist aku nie.hehehehe

k.
caw cendol..
sape2 nak order brooch crochet..boleh tapi tok pakai lps raya..
sample

Wednesday, August 24, 2011

Uwais Al-qarni

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

semalam aku ada terbaca kisah Uwais al-qarni. tapi sayangnya aku tak ingat kat mn aku baca. sedih betul sebab pelupa ni. balik aku cite kisah dia dengan en asben. tak pe pagi ni aku google jumpa kisahnya..layan yek. aku suka nama uwais. sebab macam best je klu nama anak laki2..heheheh..tapi kwn asben aku nama dia awis qarni..sama ke maknanya?

ini kisah dia : copy & paste


http://www.mymasjid.net.my/forum/display/379713/siapakah-uwais-al-qarni-sebenarnya/
klik

SIAPAKAH UWAIS AL- QARNI SEBENARNYA....

Oleh Serban Hijau, 2006-11-16 07:57:16, IP : 219.94.33.218
Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (�Tabiin� maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil �Sahabat�. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, �Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu�.

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai �al-Mubasyirun bil Jannah� iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, �Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.�

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu �Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab �Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian�.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab �Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.� Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu �Allah humma innaka �afuu �un karimun tuhib bul �af wa fa� fu �anni� (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu�..

Asal usul Uwais al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya �Haudat�. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya �Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji�.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah �Tilal� iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas �Tilal�. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari �Tilal� untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia � Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?�. Uwais menjawab �Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu�. Ibunya bertanya lagi �Bagaiman pula dengan dosa kamu�. Uwais menjawab �Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga�.

Ibunya berkata lagi �Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini�. Uwais kata �Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta�ala�. Ibunya menanbah �Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa�.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa �Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit�

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata �Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah�. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Tuesday, August 23, 2011

Aku dah raya..Frust x2..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

stress ari nie..aku dah raya ari nie...bendera jepun aku bulan nie pening la.kepala dengan ekor aku ganti posa..bulan lepas 28.7 kuar..bulan nie awal gila 23.8 dah kuar..pening aku nak kena ganti posa satu hal la..

frust x2 sebab cubaan en asben menduakan aku tak berjaya..huhuhuh..aku rasa frustnya tak jadi pernacangan kuarga aku...huhuhuh..sedih..nangis2 nangi2..huhuhuhuh


k.
caw cendol..

selamat hari raya kawan-kawan...

Persiapan Raya

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

tahun nie baju raya sedondon warna hijau epal..aku tempah kat tailor MIL kat bentong..pokopoko dot..sama dgn zahra..en asben pakai baju lama..ikut tema baju lama dia la tu..dia tak nak buat baju baru..

sejak pindah kat seri pelangi dari Nov 2011 aku tak penah tukar langsir. tahun aku berhajat nak tukar. MIL back ms gi Nagoya W/maju ari tu..hehehe tapi aku nak jahir sendiri. dah siap potong tapi tak jahit lagi.

baju kurung tok raya ke 2 dah nak siap. hehehe mlm tadi aku jahit sampai kol 1am++ sblm di ganggu oleh en asben ajak 'tido' pulok..ok..taat..hehehehe
en asben nampaknya dah start kagum dengan aku jahit baju..hehehehe..siap tny ada kain lebih tak?buat baju zahra..mn ada..kain tu aku beli kat pasar malam..tu pun seksa nak potong..sbb badan aku unik tu kena buat sendiri baju...atau tempah kat org..connot beli siap maaa...

malam nie siapkan baju raya..esok balik keje beli tape jahit langsir..mlm jahit langsir..en asben buka kat luar esok,,ok latu..ngam...

k..
caw cendol..

Friday, August 19, 2011

hari yang malas

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

aku malas nak update..hari selasa lepas balik puchong.rabu pagi gi pulak balik selesahill..so, masih malas2an.penat tak abis lagi.
hari nie jumaat kemas2 umah sok balik ampang pulak ayah buat majlis berbuka posa.apa la menu ibu buat.mesti nyum2 sedap.
sekarang projek aku tengah jahit baju raya ke-2 jahit sendiri, guna mesin jahit hadiah anniversary tu.
pastu sibuk gak siapkan brooch crochet dengan ada permintaan di opis. ok sekian dulu update aku.

k.
caw cendol.

Sunday, August 14, 2011

Day 1 @ Penang

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

pagi tadi flight kol 8, kol 6 kepas sahur dah kuar umah. sampai penang dalam kol10 mcm tu klu tak silap..sampai umah makcik husband dalam 11++ kot tadi..xperasan jam. thn lepas sampai2 je umah makcik husband yang kami panggil God ma, kami disambut oleh salakkan anjing belaan Godma. tapi skrg dah xde anjing tu juniper nama dia..dah mati..kesian..

Gi penang nie sebab ikut en asben keje, sambil melawat kuarga asben belah FIL aku. they all serani. aku suka balik sini sebab Penang kaya dengan makanan. Petang tadi gi Bazaar ramadhan Tanjung Tokong. last year gi ada murtabak sedap.tadi gi tak de..demi nak sedapkan hati aku aku kata dengan en asben, weekend dorg cuti kot..tak putus asa esok, isnin gi lagi sana..hehehhee. mesti kalau balik Penang makan nasi kandar skrg suka Kassim mustafa, Kapitan keling, Kuew tiew rudy kat tanjung tokong..lagi apa yek..tu je kot..

buka makan asam laksa, beli, stew ayam godma buat, nasi dengan santan dan durian..korg penah tak mkn nasi dengan santan dan durian tanpa apa2 lauk..kata godma org Serani mkn macam tu..sedap gak...layan wei sbb santan tu dia taruk garam sket..aku segan nak amik gmbr..hehehe

zahra pulak, muka2 malu dengan godma dan untie Gayle(sepupu en asben)..tak sampai halfdaya kay sini dah manja..berak aku cuci tengahari tadi, nak pakai pemper dan baju cari Godma..bertuah punye budak tu..uhuhuhu

k..tu saya
caw cendol..


Friday, August 12, 2011

Crochet Brooch @ Kerongsang Kait

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


Ini brooch bunga selapi dan 2 lapis. brooch ibu& anak..Kedua2 diatas tempahan pertamaku dari kak faridah.dah siap bagi kat dia. dia dah pakai pon.

 ini masih dalam pembinaan. ye ke ayah aku tu.

 ini spring rose aku buat.tapi macam tak spring sgt. nak cari pattern lain..



 ini contoh pin tok brooch 2 lapis @ 3 lapis.
 ini tok brooch anak.comel je.

brooch bunga selapis @brooch anak >< 3cm saiznya
brooch bunga 2 lapis @ brooch ibu 4-4.5 cm saiznya

Berminat ?

SMS : 012-9337253
beritahu nak warna apa?
nak mcmn?
@ email :
yaatinor@gmail.com

Mee goreng Basah & ayam Cili

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...
ini mee goreng basah high profile..mee ni aku guna pes sambal petai kat bawah. sebab frust dengan sambal tu. aku kuarkan petai dia, aku blend buat pest mee goreng. aku campur daging udang dan bola2. sedap tapi mcm termasin. tak buh garam pun tapi gi guna kicap masing mmg la masin. mee dia pulak terasa kapor sgt. beli kat Hero Meranti Jaya mee tu.

Mee goreng basah high profilr

tumis 1/2 biji bawang besar 3 biji bawang putih sampai layu.masukkan pes sambal petai, cili api blend kering sket. tumis sampai pecah minyak. taruk sayur. masukkan air rebusan daging..pastu taruk mee..siap..kicap jgn lupa..aku guna kicap masin jalen sbb malas nak bukak kicap manis..adalah dicadangkan guna kicap manis jalen..enak..pastu aku guna kicap mee goreng mahsuri.








ini pulak ayam cili.

ayam goreng dengan kunyit garam, cukup rasa maggi, dan tepung gandum..semua agak je..tepung tu biar bersalut dengan ayam. goreng sampai garing..tok bahagian dada aku goreng kejap je.tak suka keras2 dada dia..

7 biji cili besar blend kering klu rajin tumbuk
10 biji bawang putih
tumis sampai agak masak..bubuh garam, cukup rasa..pastu masukkan ayam yg dah goreng.siap.




ini sambal ikan bilis petai, mungkin aku takkan buat lagi sampai bila2. Kisahnya aku tak ingat puasa ke bape aku buat lauk nie..dengan ayam goreng kunyit versi sedap. sekali en asben mkn sket je sambal petai nie. dia kata tak sedap, tak macam ibu( ibu aku) buat...berasap aku..suka compare masakan aku dengan ibu aku. ibu aku memang la dah bertahun2 masak..huhuhuh sedih. aku la mkn sambal nie. sebab dah teringin sangat nak mkn. buka aku mkn, sahur aku mkn lagi. aku suka mkn sambal ni dengan kicap dan ikan goreng. sebab dah buat ayam goreng kunyit aku malas nak goreng ikan..

ada lagi 1 menu black list dalam umah aku..asam pedas, sbb buat asam pedas rs dia jadi pelik masa mula2 kawin dulu..tu sebab aku guna cili boh beli kat kedai..sampai skrg tak penah buat..heeheh

k.ini je perkongsian ari nie..
caw cendol..

Thursday, August 11, 2011

Baju kurung raya?

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

hehehe satu dah tempah kat tailor MIL kat pasar bentong. satu lagi baru selesai potong lunch tadi.dengan bergurukan kak nita, kawan opis aku..terima kasih kak nita.hehehe

cemas betul aku aku potong baju nie..badan besar kain ngam2 je..tu pon kena curi2..nanti tengok je la hasilnya nanti..

k.caw cendol.

Wednesday, August 10, 2011

Play Doh

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

ari ahad lepas aku balik Selesa Hill, adik ipar aku terajin lebih layan zahra. dia search mn tah buat play doh tok zahra dan anak2 buahnya..

bahan2 play doh :

1cawan garam
3 cawan tepung gandum
1 cawan air.

uli sampai dia jadi doh. dah jadi doh letak la pewarna..time kat umah MIL ada warna merah je..jadi pink la play doh tu..SIL aku buat 2 warna je....dah siap bentuk2 bakar..

SIL aku melayan dia buatkan zah dog..buat tapak tangan zahra..pastu bakar..dia kata nak warnakan benda tu pastu spray clear..nanti tgk hasil dia yek..hehehehe

pasal play doh tu, zahra ngigau2..ashu..dog..dog..dia nak dog yang ashu dia buat..ada gak cite zahra ngigau kat sini..pelik anak aku suka dog..keturunan kot..heheheheh

Wordless Wednesday - 10.08.2011

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...




Apa korang buat kalau anak korang nak layan Upin Ipin kol 2.30 pagi?

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

aku terkena malam tadi..haduh..mcm nie kisahnya. semalam aku 1 family berbuka puasa kat opis aku. balik lepas makan tu dalam kol 8.45 tu gerak.sampai umah dalam 9.20 macam tu la. pejalan 30 minit dari opis aku kat bangi@kajang ke puchong.

masuk2 kete zahra nak tek.aku layankan je. sampai umah dia dah tido lena. letih agaknya main ronda2 time orang solat magrib. lagi pon pagi semalam dia bagun sahur sekali dengan kami. Dah tido seawal 9.30mlm tanpa minum susu botol. Apa lagi!!kol 2.30pg dia melalak2 nak upin ipin. dari tempat tido dia sebelah kiri aku, dia boleh lintas amik BB en asben sebelah kanan en asben. aku mcm biasa tido mati, tak hengat donia klu dah tido. baru je tido pon kol 12mlm..huhuhuh

aku sedar bila zahra dah letak bb kat muka aku sampil melalak nak upin ipin. haduh!! dengan bukak sebelah mata aku nak bukak upin ipin tu..time tu pulak aku nak caru u tube tak jupa kat bb asben aku..apatah dia buat upgrade hp dia..haduh..aku panas hati sket klu tido aku terganggu.huhuhuhuh..



budak bertuah. dah kena adik nie..


bila dah tgk 1 cerita nak mintak cerita lain melalak lagi..aku geram dah...huhuhuhu..aku dah terpekik2 suruh zahra senyap pastu en asben pujuk dia baru la ok..ooo kena pujuk dulu, dukung2 baru ok..untuk pengetahuan zahra mmg tak bagun malam. jadi aku blur dengan setuasi pagi tadi...huhuhuhuhu..dah ok tu dia mintak susu..nak susu lain..tu la ayat dia klu mintak susu..susu lain tu nak mintak susu pakai botol lain kot.

menjerit lagi, siap ikut aku gi dapur buat susu. sila tunggu..umah kita xde air panas. nak kena panaskan air pulak..haahkan nape zahra tak mintak tek yek mlm tadi..huhuhhu..leceh betul nak buat susu awal pagi nie..
siap dah susu dia minum kat tempat dengan aman dan damai..dah abis minum nak tido kat lengan aku sambil nak tengok back kom pulak..layan kan je..tu pon dah kol 3++ pagi..

alhamdulillah lepas minum susu dia ok.dia lapar agaknya time buka puasa tu dia mkn main2 je. aku rasa serik nak tidokan awal..tapi aku boleh sewing2 kalau dia tido awal..siap la bakal bantal busuk zahra..hehehehe

alhamdulillah sahur tak terlajak. gi keje ada org tegur muka sembap.

ok tu kisah awal pagi..layankan aje..

caw cendol.

Tuesday, August 9, 2011

Wishlist tercapai - Edisi Mesin jahit..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

hahahah poyo je tajuk entri aku yg nie.sila jangan muntah sape2 yang baca yek. nak tahu hal sebenar klik

ada lagi 2,3 hajat aku. tapi yang mesin jahit nie dah tercapai. baju raya ke-2 aku nak buat sendiri la..tengok la nanti apa hasil pertama mesin jahit tu..hehehehe..

ini mesin jahit aku tak rasmikan lagi nak yg RM799 tu tp en asben hanya approve yg RM599 nie. Alhamdulillah amin.

ini gambar mesin jahit yang tak ramikan lagi.

apa aku nak buat..to do list..pulak!!!heheheh

  1. sarung bantal zahra
  2. alas tempat tido zahra
  3. baju kurung aku
  4. gaun/ dress zahra
  5. langir umah tok raya
  6. bantal
  7. kotak tisu
  8. cover mesin jahit
  9. cover oven



takkan tu je kot aku nak buat..hehehe ada lagi kot..en asben kata sampai thn depan buat 10 helai baju kurung, baru balik modal beli mesin jahit..aku xde gi kelas pun belaja jahit baju kurung ni.tu yg thn lepas buat tapi xsedap sgt pakai. tapi nampak la rupa baju kurung..ada senteng2 jugak la..hehehehe..belaja kat adik aka yg ada basic kat Giat mara. Dasyat tak KPI mesin jahit baru aku tu..hehehe harap tercapai. nak kasi en asben proud dgn aku.baru kata nak mintak Bread maker pon boleh dapat..


wishtlist baru :bread maker (MB)

k. caw cendol

EL semalam

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

semalam aku tak keje, EL en asben dan zahra demam. haru nak El minggu depan nak cuti 2 hari nak holiday..heheheh..lepas sahur roti kepit telue semalam, en asben mkn separuh je..aku pon layan tido balik sebab en asben kata amik EL la bawak dia gi klinik. Zahra pon panas badan dia..

aku dgn gembira lepas sahur solat dulu, bam la balik..aku memang suka klu tido lepas subuh nie..orang kata tak elokkan, nape ye?

bila nak kol 8 tu aku sms bos aku kat aku EL anak dgn en asben demam. bam balik..ok dala kol 9.30 mcm tu en asben bagun, eh siap kejut aku. sihat walafiat la pulak. Sabar je la. rasa zahra pon sama..aik saje nak cuti pagi isnin nie. ok xpe la. span time la dgn mereka2 nie.

sebenarnya en asben jadi mcm ni mungkin silap makan masa buka ari ahad tu kot..tah la..selalu kami buka teru bedal nasi, tak pon en asben mkn laksa dulu. tapi ahad tu buka posa kat bukit tinggi, MIL buat popia, kuih ondeh2, dim sum + lada shu cuan ( ke hape tah lada tu adik ipar aku beli kat china) kebas je mkn lada tu. makan 4 org je, popia ada 2 pcs, ondeh2 tepung pulut 1 kampit, dim sam tu aku rasa 20++ kot..mkn tak ingat dunia lepas mkn tu rasa pening2 sebab perut berangin..aku tahan je..en asben mmg jenis perut tak tahan. tapi tahn je la..

lps magrib ajak mkan nasi, dia mkn sket je. aku belasah je..aku mmg tak kesian dengan perut aku.aku lagi kesian kalau dia lapar.makan je la nasi. MIL urut2 dia kuarkan angin, lepas guling2 khus2 hota hay, 11pm mlm isnin tu, baru nak balik puchong. aku ngantuk tak larat aku nak drive. en asben yg tak sedap badan tu pon drive la sampai ke umah...hehehe..zahra tido kat set belakang sia ngigau2..hehehe lawak nnt aku cite.

bila en asben dah sihat walafiat pagi semalam, dia plan la gi ptptn kat bandar pusat damansara. en asben mmg gagal bab2 jalan2 ni. aku malas nak kena bebel aku pun cakap aku tak tahu jalan. mmg tak tahu pon klu dari puchong nak gi bangunan PTPTN tu mcmn..nie kes nak ujrah 1% tu la punya pasal. jumpa la Maz, kawan masa kat poli dulu. tak settle pon kes nie dokumen tak lengkap. nnt dah lengkap datang balik la..ok..

lps gi ptptn nak gi mn? en asben tanya aku, aku dengan ringan mulut jawap la. kita gi shopping la..hehehehehehe..balik la puchong balik shopping raya kat jusco IOI mall..ingat nak gi Daiso tapi leceh la gi dengan en asben nnt nak cepat2 cepat2..malas nak tergopoh gapah..puas hati la dengan apa yang di target baju zahra..

baju aku pulak..anak nak beli baju kecik kat dalam tu, dapat la. tak penah2 aku beli yg rm50++ tapi en asben bagi aku beli..apa lagi aku rembat 3 terus...heheheh ari nie pakai best je rs terletak je..boleh la pakai 3 thn kot tu..selalu kalau mahal dan ada brand sket mst tahan lamakan..apa pendapat korang pasal baju kecik yanag kata dalam tu Brand T?

aku nak beli suar jeans zahra dapat la 1. mak ai harga rm40++..aku mmg tak reti cari baju anak aku. yelah anak baru 2thn 3blh. thn lepas tak dapat nak shopping kebebasan mcm nie. thn nie, en asben ekonomi dah ok sket. dapat la aku shopping. alhamdulillah walupun 1 thn 2 kali je..heheheheheh

abis shopping tu dalan kol 5 lebih kot. sampai umah nak dekat kol 6 tak silap aku semalam. beli laksa 2 bungkus tepi pagar seri pelangi. buat bubur nasi campur daging. aku letak santan kat bubur tu. en asben kat sedap mmg layan. sahur pagi tadi pon bubur jugak.hehehe

Friday, August 5, 2011

Zahra kena denda

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

semalam sibuk2 nak buka puasa zahra pun sibuk2 juga nak mamam. tapi yelah salah aku juga tak bg anak mkn awal.tapi klu bagi mkn awal pun dia dah kenyang sebab dia dah mkn donut aku belu tepi pagar seri pelangi.

kisah dia bermula dia kata nak mamam, aku bagi la laksa en asben yang aku beli kat tepi pagar seri pelangi tu. sekali dia kata nak mamam duduk duduk. apatah dia nak aku pun pening sebab semalam 1st day aku posa..hehehehe..babah dah duduk kat table top bar aku dapur, aku letak zahra kat meja Pooh dia. sekali bar tu tinggi mn boleh dia join. selalu klu dinner kami makan kat meja pooh tu. tah nape buka posa nie en asben tak nak mkn kat situ dia nak mkn kat dapur pulak.

tapikan, padahalnya bukan zahra tak boleh nampak babah dia..(nak salahkan anak pulak)hehehehe..tahu la umah teres 8 tingkatkan bukan besar mn pon, dari dapu mmg boleh sgt nampak TB dgn jela..

ok la aku sabar, meh dudu sini kat meja pooh tu, aku letak laksa dgn kuah byk, datang zahra yg merengek dan tak tahu nak apa tah, tak duduk lagi, dia pegang mangkuk bear2 di tu..brennggg dia tebalikan..klu org apa perasaan korg? aku dah satat naik angin tapi posa aku sabar. meh sini aku cakap..aku dukung dia..dah rasa nak dera anak dah nie..nak je aku cabar kat tilam dalam bilik..hhheeeee geram. aku tak campak la aku tak tak elok sgt atas tilam..aku kata dok sini..Jam menunjukkan lagi 10 kol 8 malam..ada lah 10 minit aku kurung dia..kesian gak...dah 5 minit aku kata ok dah ye bang, en asben kata biar dulu..sampai la 10 minit..

zahra dah ketuk2 pintu sambil melalak kat dalam bilik tu..hehehe child abuse betul aku nie..hehehehe..aku geram tak nak dgr cakap..adah gak sblm nie aku buat mcm tu..dtg asben aku dia gi roton skali kat betis...time tu  yg sebelum nie aku pujuk dia balik aku yg nangis2 teresak2..pandan muka aku kesian gila aku tgk budak tu..dah kena marah dgn aku, kena babah dgn tanagn aku lepas tu kena kurung kena dgn babah pulak...

tapi mlm tadi sebab kesalah tumpahkan mknn mmg aku dgn en asben pantang..dia kena kurung tanpa masuk campur babah. ok sket la xde la aku nangis2 kesian..aku makin kuat kot..

cam mana yek nak anak dgr cakap kita..ni baru nak masuk 2 thn 3 bulan tapi tak nak dgr cakap kemain lagi..mengalahkan orang besar. agaknya klu kita marah dia lagi tak dengar cakap kot..

kawan2 ada tak tip macam anak nak dgr cakap kita?

k caw cendol..meh la sharing klu ada tip yek

Wednesday, August 3, 2011

Seri Pelangi Bergegar malam tadi..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Kalau sape orang Puchong utama tahu la apa maknanya Seri Pelangi tu. Seri Pelangi tu nama penempatan aku. Umah aku iaitu Pansapuri Seri Pelangi. Aku pindah situ Nov 2009 lepas umah tu siap tok diduduki..

aku sayang umah aku tu beli pakai duit sendiri + duit hantaran kawin tu. tak dapat aku nak beli emas banyak2 pakai duit hataran kawin..hehehe ni dah melalut..Blog aku amik nama semperna nama penempatan umah aku la tu.

kes malam tadi, jiran next door aku gaduh anak beranak. kol 12 mlm tu..aku dah nak masuk tido dah..mula2 dgr maknya jerit2 en asben dah mute tv, sekali aku  nak tidokan zahra lengah2 cr hp lah apa kebenda..dengar dari umah sebelah kedebang debung bang bung...

takut aku..berdebar2 jantung aku..dah mcm ada hesteria dah..
nak tido dah susah dah..layan anak sampai..layan somi..sudah lewat mahu tido..1.30am..ajak en somi sahur dia tak nak..last2 ari nie tak bagun sahur...hahahah..

k.caw cendol

Tuesday, August 2, 2011

Qualiti time @Genting Highland 30 julai 2011

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

disebabkan en asben sangat busy 2 minggu lepas. Jadi dia plan denga MIL gi genting..dekat je dgn umah MIL kat bukit tinggi tu.




konon2 plan nak sarapan kat atas..beli nasi lemak kat goh tong jaya. siap bawak tikar bagai..sampai2 je kat ateh tu hujan lebat..makan la dalam kete jawapannya..


                                                                  MIL & FIL..sejuk sedap je layan kopi o
                                                          
                                                          ashu zahra & nenek
                                                    babah test power dok dalam kesejukkan genting
                                                                  zahra pulak test power
                                                                       aku & en asben

                                                                  happy family & genting
                                                                 sejuk kuatnya angin !!!!

                                          jom keluar lagi zahra, kata babah..sgt manja dengan nenek

ni la kisahnya..sejuk tak bawak sweter dan stoking.aku buat keje gile..hehehehe

k. caw cendol

to be cont..

Monday, August 1, 2011

Segmen RAMADHAN #1 : Sahur di kala budak ..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...




masa kecik2 dulu, aku sangat susah nak bangun tido..sebab aku kaki tido. sampai skrg en asben yang kejut untuk bagun tido.heheheh..

lepas tu bila dah bagun, makan sahur sambil tutup mata.hahahaha.jgn la zahra ikut mcm tu nnt..hihihih

aku suka mkn mee rebus, laksa & nasi ayam..tapi semua makanan aku suka mkn..hehehe
gambar dari blog mat gebuss..
                                                      


k. caw cendol!!!