Followers

Friday, October 29, 2010

cerita semalam

4 hari dari semalam sampai aha nie En Asben balik lambat.sebab kat PWTC ada HOme Expo...En asben kena bertugas kat sana.

so dengan ketiadaan En Asben kat umah semalam aku ronda2 separuh Puchong..Gi Warehouse sale My Dear..xde yang menarik perhatian aku..cuci2 mata je ok la kot. satu barang je bekenan kid keeper ini. Abang nanti kita beli yek.hehehehe..Kalau approve dapat la zahra benda nie..senang nak kawal..heheheh..Harga dia RM20++ tak sampai RM30..murah ke mahal yek?


Samapai umah kol 7. Masak apa tok mkn malam..haahh Fettucini Olio..Sedap gilo..gambar tak dapat di rakamkan sebab kamera tinggal kat opis..tu je la cite semalam..

Thursday, October 28, 2010

Handphone aku masuk jamban..

gelikan dengan tajuk kali ni..huhuuhhu..malam tadi ms nak buang air kecik kat toilet hp aku dari poket sseluar jatuh kat dalam lubang jamban. nasib jamban duduk dan aku tak kucil lg..sepantas kilat aku celup lubang jamban selamatkan hp tak seberap aku tu..huhuhuh..

mengelabah punye pasal, eh buang air dulu..keluar toilet lap2 apa yg patut hp tu..lalu aku on..on2 sila masukkan pin no..3/4 kali masukkan..pup!!!kena block la pulak hp aku..sila masukkan no PUK..bosan la..gi tido la..En Asben pulak tengah borak borek dengan abg dia..

malas layan semua ini baik aku tido..dah penat baru balik ikut En. Asben main futsal...(eleh macam aku pulak yang main futsal)hihihihih..layan tido..

sampai pagi ni kat opis aku call la maxis..terima kasih cik Intan maxis sebab bagi aku no PUK tu..
sekarang bab tension pulak..dah dapat no PUK..on2 hp tak papar pulak mintak no PUK tu...Bosan betul hp tak boleh on...huhuhuhuh

Wednesday, October 27, 2010

The Way They Sleep Giveaway




hai semua!! mari dekat..mari dekat...
aku join GA lagi..kali nie blog Life Time Space klik yek jangan tak klik..
Senang je GA ni..tunjukkan gambar anak kita tido..
ini antara gambar zahra tido..
ada satu hari tu, zahra dan babah dia tido tak ingat dunia..zahra sudah tido atas kepala babah dia yang sedang tido juga..hahah memang aksi yang menari skali..cuba cari mana gambar tu..nak cerita tiap gambar panjang la pulak nanti.ini la serba sedikit..

caw cendol!!!

Friday, October 22, 2010

T-Shirt Muslimah Cute

Sila klik gambar untuk paparan besar yek...



Hai Reader.
Siapa nak beli T-shirt muslimah?
boleh order dengan bayar 1/2 harga dulu sebagai booking. Nanti Bila baju dah ada buat pembayaran penuh. dan saya akan hantar barang kepada anda.
baju akan sampai 2-4 minggu.
T-shirt yang ni harga RM35.00 tidak termasuk kos pos.
klu area ampang, puchong, bangi boleh anta by hand amik kos sket..

anak2 adalah cermin diri kita..5 tips utk ibu bapa

saya tertarik dengan artikel dibawah..copy dari blog kak cery..terima kasih kak cery..
saya kena amalkan sebab tabiat dibawah banyak berlaku pada zahra..harap saya dan En asben berusaha ke arah kebaikan.



Mengatasi masalah kuat marah pada anak ... Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali.

Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya


Imaan dah Setahun Giveaway

Kehadapan Imaan, Untie nak ucap 'Appy Bday to u Imaan'. SemogaImaan membesar dengan sihat dan cemerlang. Untie Doakan Imaan jadi anak yang sihat, sempurna, cerdik, berakal, berilmu serta beramal soleh. Dan Imaan dengar cakap mama dan papa iman, Amin Ya Allah.

Kepada ibu Imaan berhati-hati dirumah dan dijalan raya. xnak tragedi zahra jadi kat baby2 lain..hhuhuhuhuhu

klik SINI siapa2 nak join GA ini

Chow cendol!!

gambar kaki zahra hari kejadian..dan si capik

kaki zahra hari kejadian..kawan2 tolong jangan letak apa2 kat tempat yang kena air panas ke hape2 yang panas..ini panik punye pasal aku letak ubat gigi..apa ke pandai la aku..padahal bukan tak penah gi safety course kat opis..perabih duit company je.heheheheh
si capik kena ikat...
stedy yek..ini sblm gi hospital..sila abaikan backgound zahra tu yek..

Tuesday, October 19, 2010

kaki zahra melecur kena sambal panas

mode sedih semasa memnulis entri ini.malam semalam sedang asyik nak masak sambal sotong..tetiba eh banyak pulak sambal nie..kurangkan la sket taruk dalam mangkuk. pastu aku letak la tepi table top tu.tepi sangat.memang tu kecuaian aku sebab taruk tepi sangat.

tiba masa aku nak taruk sotong dalam kuali, sepantas kilat zahra menyambar sambal mangkuk yang ada sambal panas tu..akibatnya sambal tu jatuh atas kaki dia.aku tak tahu la apa jadi kat sambal sotong dalam kuali tu..abih kaki kanan dia dari separuh kaki sampai ke semua jari jemari kaki dia kena sambal tu..dengan panik aku basuh kaki dia dengan air paip 7 aku letak ubat gigi (tak sepatutnya pun) tp panik punye pasal...time tu jugak azan magrib berkumandang..tak henti2 dia nangis.aku sms je En Hubby kata ada emergency zahra kena sambal panas. akibatnya aku kena marah berbakul2...

memang aku cuai..kecuaian membawa padah kepada zahra..nape sambal tu tak jatuh kat kaki aku je...sian zahra sakit nangis2 di sampai tertido sambil tunggu En Hubby balik keje nak bwk gi hospital..klu kena kat kaki aku tak de la anak sakit..mungkin kulit aku tak melecur mcm kulit zahra..Ya Allah ko ampunkan la aku kerana kecuaian ini anak aku sakit..semoga dengan kejadian ini ada hikmah yang baik disebaliknya. Amin.

pagi ni aku amik timeoff. malam tadi doktor emergency tu refer kat General Surgeon..Isnin depan kena lagi buat follow up. Pagi tadi jumpe doktor zahra relax je siap nak jalan2 lagi..dalam situasi ni aku rasa aku yang bersalah dan amat down skali jiwa aku..

Monday, October 18, 2010

Papa & Baby Contest

Jom masuk contest lagi..heheh tahu contest nie kat akma lg..hehehe sape nak masuk jom!! dianjurkan oleh cute mum..klik ye sape nak join..




Nama Babah : Safri Bin Sofyart
Nama Baby : Zahra
Umur Baby : 1 thn 4 bulan

Gambar yang dipertaruhkan.Kreatif ke tak nie yek cute mum?harap2 cute mum berkenan la ye..masa ni kami gi melawat kawan nenek kat hopital pantai KL. sementara nak tunggu lif terbuka babah gurau2 dengan babah..lalu zahra ada atas bahu babah..masa nie tak boleh lepas kasi jalan, sebab kasut zahra lupa nak bawah..ibu tak ingat kasut zahra..

harap2 la menang..

caw cendol..

Sunday, October 17, 2010

happy beday in advance intan azmira

jumaat mlm sabtu yang lalu aku ketemu seketika kawan blog aku..iaitu!!! intan azmira hehehe..ini adalah kebetulan sebab aku makan kat taman bolton gombak..umah intan pun kat sana..
kami jumpe kejap je.nak rapatkan silaturrahim...moga2 silaturrahim kita lebih rapat lagi yek intan..

cow cendol!!!

Friday, October 15, 2010

Akibat aku rajin mengepam dipagi hari

Salam kengkawan pembaca blog..

pagi tadi aku terjarin bagun seawal2 5.30 pagi. kena kemas umah, pek baju nak blk Bkt tinggi, mengepam..bagun2 umah wahhh!!!how leng ar..sudah dikemaskan oleh En hubby..terima kasih abg..sejuk hati saya...hihihihih

pastu gi la pump susu, hasilnya 3++oz..tp xsampai 4 oz..alhamdulillah..syukur sgt2..terima kasih kepada en Hubby dan kepada ibudhani sebab bagi semangat kat komen semalam..akanku teruskan perjuangan menyusukan zahra sampai dia 2 thn..

Thursday, October 14, 2010

Aksi protes zahra dan gi main futsal



Malam tadi gi ikut babah main futsal kat Sri Kembangan..haa dia dah jumpa abg haikal..abg haikal ni abah dia tengah main futsal kat padang oren..uncle mn tah jaga dia..tah anak sape tah nie saya tak tahu la..mama haikal klu ternampak gmbr anak kat blog saya..ampun yaa...boleh pulak nak kawan dengan zahra dia wat muka ala2 nak merajuk budak haikal nie..




Seperti yang dijanjikan mari saksikan gambar zahra protes/ Merajuk..Macam mana nak atasi yek kawan-kawan?pening pale aku..ada kawan kat opis kat klu dia buat perangai guleng2 tu biarkan je..ini hasilnya klu biarkan..

ini merajuk ms baru sampai umah smlm, kasut dia pun tak bukak lg..time ni aku simpan susu dalam peti ais..dia kejar kat peti ais..skali aku dah tutup..dapat la dia nak gobek2 peti ais tu..tension golek la apa lg!!!

celah kaki aku ms main futsal..buat perangai betul..


gambar atas nak aku panggil xnak ikut..last2 nak buat tarian bollywood plak dia tepi padang futsal tu..geram aku..

Wednesday, October 13, 2010

Perkembangan zahra - 1thn 4 bulan

tetiba pulak nak menulis ke membebel ke hape2 la petang nie..
sekarang ni alhamdulillah zahra dah nak mkn nasik dah..dia akan makan apa yang bakal kami makan malan..klu tomyam..tomyam la dia makan malam tu..tp dengan syarat dia mesti makan sebelum kol 8..kalau tak dia akan menyamuk kelaparan dan nak bergayut sepanjang petang, bawak ke magrib dll..dulu balik keje dia kena susu dan mst dia kena tido kejap sebelum magrib..sekarang nie xde makna nak tido sblm magrib..baik dia bergurau senda dengan ibu kat bilik..kalau tak layan dia memnag la pastu tak boleh buat keje..

dah pandai mengamuk/merajuk..dulu duduk tunduk..sekarang nie baring..siap guliong2 ko..kawan2 mcmn nak atasi kanak2 merajuk/ mengamuk guling ni..bawak gi kedai pun dia bantai mengamuk duduk tu..

gigi dah rosak dah..mcmn nak wat yek baru 1 thn 4 bulan..klu bwak gi doktor gigi apa dia blh buat?

harap2 ada la komen2 yg berguna untok aku jadikan rujukan atau apa2 aje..

Tuesday, October 12, 2010

Gaya Si Comel Berbaju Raya

Nama Anak : Zahra Binti Safri
Umur : 1 tahun 4 bulan

kepada pembaca2 blog aku..meh masuk contest lagi..Contest dianjurkan oleh blog BabyIbu dan Azzamoro...Sila klik di nama penganjur untuk join contest nie yek..

Masuk contest lagi zahra kali nie. Gambar ni amik masa 8/10/2010 kat opis saya.masa ni ada jamuan hari raya kat opis saya ni..tengok tangan zahra..dengan papedonnya dan tengok rantai labuh dia tu..sampai ke kaki..nak pakai sgt pass kad aku tu..haaa amik!!pakai..tu dia pakai sendiri ye kawan-kawan..xde unsur paksaan dari ibunye soh pakai..zahra tecik je berat dia 8.2kg je..masih menyusu badan sepenuhnya walaupun masa bulan posa ari tu ada tambah sikit..huhuhuh sedih..haa baju zahra tu beli kat member opis, beli last minit sebelum cuti raya ari tu...ok nie je cerita kisah budak tecek ini..

berikut penaja-penaja hadiah bagi contest ini :


Friday, October 8, 2010

Jamuan Hari Raya TN_R.. Aku Menang Anugerah Pakaian Tercantik Kategori Wanita...




Layan Gambar..tak sangka aku menang..

Thursday, October 7, 2010

“Sweet & Cute Baby ‘Exploration Time’ Contest”

hai kawan-kawan dan pembaca blog saya!!!
mari dekat-mari dekat..jom join “Sweet & Cute Baby ‘Exploration Time’ Contest” ini..contest ni saya ternampak kat blog akma..hehehe mcm best je join..mana tahu si tecik zahra aku ni bertuah lagi kali nie.. klik kat tajuk contest merah tu..untuk pengetahuan umum contest nie mamlieyna yang anjurkan..dan hadiah dia cute2 dan mcm best2 je...saje suka2 masukkan nak tambah kawan-kawan siber lg..


Nama Anak : Zahra Binti Safri
Umur : 1thn 4 bulan
Nama Ibu : yaati Binti Nor @ yaati83@blogspot.com

haaa zahra dah kena tangkap!!tangkap gambar...masa nie kat Fraser hill..masa tu zahra baru nak pandai jalan..tengok dia diri tu..siap nak amik sos cili dalam bakul tu..selamat dia sempat di tangkap..klu tak terbalik bakul nie...untuk pengetahuan umum nie bakul picnic nie..kami wat BBQ kat pondok kat tepi bukit kat Fraser Hill masa tu...

Wednesday, October 6, 2010

Ungkep Daging hanget & Pie Nenas & Peach Semalam

ari nie entri masak-masak..gading dah lama dok dalam peti ais tu..semalam dah diproses menjadi ungkep..kisah dia ungkep tu hangit...konon-konon cepat la empuk guna presure cooker..tak reti guna, nak guna gak..presure cooker tu My MIL bagi..huhuhu

nanti gambar dia saya masuk yek..ungkep hanget..

pie pulak buat sbb mmg dah lama niat nak wat bagi kawan opis makan..tp kawan2 opis yg tak dapat nnt kita wat lg yek..bawak sebab tak dapat bawak pape masa open house finance, jadi ari nie bwk la bg kwn2 di finance rasa pie tu..nnt aku boh gambar dan resipi yek..

ok..caw cendol!!!

Friday, October 1, 2010

Sambung belaja kat Uitm - epjj

aku dgn en hubby nak sambung belajar..in take dec 2010 ini..tarikh tutup 3/10/2010 kena anta sijil la, surat beranak la, bagai2 la..

nak jadikan cerita borang pemohonan nie buka 2 minggu je..minggu lps ari ahad isi borang kat ampang sana ada wifi..nak isi borang dugaan zahra asyik kacau je..tido kan dia aku tido skali..hehhehe

ari ni baru aku hegeh2 nak buat salinan sijil2 aku dan hubby..alih2 surat beranak aku xde dalam fail...aku tension dah..mn gi plak nie..xpe sabar dlm hati aku ada taman.hihiih.aku tahu mesti ada dan dipermudahkan punye..sabar ye kawan..huuuuhh..hubby punye smlm aku dah pesan dah cari kat box fail tp xjumpe gak..xpe aku sabar gak..ada tu..

telek punye telek fail hubby aku jumpe kau surat beranak dia..Ya Allah..kau maha mengetahui hatiku ini..aku tak putus asa..aku telek fail aku...last2 give up..xpe la..nnt jumpe la kat umah tu..

aku pun hegeh2 la gi HR td jumpe Pn HR untuk sah kan sijil2 aku..xde hal semua berjalan lancar...kawan je pun Pn HR tu..sign dan sign sambil borak borek dgn akak HR..heheh akak plak...last2 akak HR kata cube tanya staff dia cik E nie..ada tak surat beranak awak dalam P Fail awk..dgn pertolongan cik E nie..salinan surat beranak aku ketemu akhirnya..dan settle la aku punye urusan..cume ic hubby je tak sahkan..esok pk mcm nak settle kan..nanti sabtu gi klang singgah Uitm jap..ANta sijil-sijilan ini semua

Agak2nya aku dapat kot sambung belaja dengan dugaan mcm ini..Insya Allah..Amin

Ya Allah kau maha membantu hambamu ini..kesimpulannye...klu sabar tu banyak khasiat dan ganjarannya..Amin