Followers

Friday, April 27, 2012

Practice make Perfect ok..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Apa-apa je la tajuk ari nie..Semalam Cikgu Ros (pengasuh bilik zahra) bagi tahu..Zahra kena gigit dengan Aidil Emir..Aku ok je. Janji pengasuh bagi tahu dengan jujur. Cikgu dia cakap pelahan je dengan aku. Kak ros takut kot.. Aku tengok sikit je..Kepada mama Aidil Emir..jgn risau aku ok je..

Sekali dalam kete pejalanan, aku siasat. Nape zahra kena gigit dengan Aidil Emir? Zahra dengan selamber je jawap : Yaya jentik Aidil Emir..Nak gelak pun ada, geram pon ada..

Nape aku nak gelak?Sebab Zahra mengamalkan practice make perfect. Sebab apa aku kata macam tu..sebab sekarang ni, zahra sangat cepat tangan dan cepat kaki..klu dia sebut-sebut sepak ke dan menyepak aku akan jentik kaki dia. Tangan pun macam tu..Agaknya aku selalu jentik tangan dia, dia pun jentik kawan kat Taska..Waduh..waduh...Tapi memang Zahra pernah cubaan nak jentik aku juga..

Yelah sekarang nie Zahra suka buat lakonan semula..Bagi ibu makan ubat pakai Syringe dia la..Sebabkan ari tu dia deman..dia lakon kan balik..

Semalam aku tengah solat magrib dia lakonkan balik cerita dia kena gigit tu..




Ini la budak good gul in the world..dia juga noti dan scoti gul..tgk lidah dia sikit je..org suruh senyum dia jelir..Macam mana tak kena jentik?

aku dgr zahra cakap : Kak ros....Aidil Emir gigit kawan...agaknya kawan dia ngadu kat cikgu ros kot..tapi yang tak menahan panggil Cikgu Ros, kak ROs tu...Apa dia ingat kak ros upin ipin kot..Ya Ampun.........Anak aku dah to much Upin Ipin..uhuhuhuh..

Semalam aku bergaduh dengan dia..Aku tgk siang bayam, pulak apa tak kena nak amik secekak bayam aku sambil bawak periuk mainan dia..Aku amik balik kat dia aku cakap tak boleh ni nak masak nie..Sepantas halilinta tangan dia yg ada periuk mainan kecik tu dia belasah aku, kena kat tepi telinga aku..Menyirap aku...Kena la 2-3 jentik kat tangan dan 2 lepuk tempat yang sama..Mak ai, dia punya melalak memang tahap meraung..huhuhu aku tengok tangan dia merah sudah...Sian dia..pastu dia gi merajuk tak nak say sori kat aku..last-last zahra akur....dia tewas dan say sori jugak..setelah aku bebel dengan dia..aku kata klu tak nak say sori, aku tak nak cakap dengan dia sampai bila-bila...huuhuhuhu sedih...

aku tengah penat, nak masak En Asben nak balik mkn..kena pulak belasah dengan anak..memang angin 1 badan la..Nasib ada sabar sikitt...je..kalau tak Abis zahra jadi mangsa keadaan..
Sian Zahra..Ibu mintak maaf ye..Zahra tak boleh pukul ibu..tak baik..

Adakah punca anak cepat tangan cepat ibu ayah pun cepat tangan pukul dia..Fenin..fenin..Ya Allah Engaku beri la daku pertunjuk untuk mendidik anak-anakku..Amin..

Thursday, April 26, 2012

Rumah oh Rumah

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

ini luahan hati aku xde niat lain..mood rungsing...

Tetiba rasa nak menulis atau bercerita pasal rumah. Sekarang kami menetap atau tinggal dirumah yang aku beli masa bujang. Skim Rumah Kos Rendah negeri Selangor. Alhamdulillah aku merasa apa yang kerajaan sediakan. Masa Aku beli tu pentadbiran lama ok..Ok ni bukan nak cerita pasal politik yek..nak cerita pasal aku je. Rumah ni aku beli 1, En Asben 1. Kami tinggal kat umah aku. Umah teres 8 tingkat. Aku dok tingkat 2. Umah En Asben tingkat 3 atas umah aku je. Sewa boleh tahan RM500 good investment tok kami sekeluarga.

kalau macam ayah aku dia memang ada tanah tok buat umah dan sewakan kat Ampang. macam kami mana la ada tanah. Nak melabur kena la cari rumah-rumah kos rendah mcm tu untuk investment masa depan...

Bila dah ada rumah Teras 8 tingkat nie, rasa la pulak nak beli rumah tanah. Alhamdulillah niat murni nak ada rumah tanah tertunai sudah pada awal tahun ini. Kami dapat beli rumah idaman itu di Bandar Saujana Putra. Bila dah ada rumah ni yang masih pending untuk proses lawyer. En Asben rasa macam rumah tu tak bape sesuai dengan keluarga kecik kami. 3 orang dan bakal 4 orang bulan Julai ni.

Tapi hajat dihati nak duduk rumah bawah tu amat la tinggi sekali. En Asben berniat untuk menyewakan rumah yang kami beli tu. Tapi rumah tu akan siap pada hujung tahun. Siapa-siapa yang rasa nak sewa rumah besar. Ada tanah luas boleh la hubungi saya yek. Tapi rumah tu tak siap lagi. Mula sewa untuk tahun depan. tapi sewaan bergantung pada terma & syarat la ye.

So macam mana niat kami nak duduk rumah tanah? Dengan zahra sorang pun aku dah berperang pagi-pagi nak masukkan dia dalam kereta.. hhhuuuuhuru hara setiap pagi aku...En Asben Cadangkan kita sewa rumah lain..Macam mengarut pulak aku rasa. Rumah idaman aku memang rumah teres 1 tingkat pun. Tapi dah terbekenan Rumah Indigo kta Saujana Putra. Dah beli baru rasa macam eh kita beli rumah besar sangat la...hahahahahaha menci taw..tapi tak menyesak rumah tu mungkin akan diduduki dalam 5-10 thn lagi? atau siapa tahu bila-bila..aduh apa la aku mengarut petang-petang nie..




Rumah aku pada masa depan..huhuhuh

Kesimpulan cerita aku..En Asben nak cari lagi 1 rumah teres 1 tingkat..hahahaha huhuhuhu..aku suka dan aku pening. Macam mana la En Asben nak uruskan kewangan dia..Apa yang aku fikir, jika dia buat keputusan macam tu, mesti kewangan dia ok. Tapi aku dah rasa En Asben sangat banyak komitment. Aku tak tahu apa lagi akan jadi pada masa akan datang. Apa pun keputusan En Asben aku tetap sokong. Kalau cerita dengan ayah aku, bab beli rumah ni ke tanah nie. Dia kata 'KITA KENA BERANI' duit akan ada bila kita dah buat keputusan nak beli tu...Macam ala-ala berani kerana benar la..hahaah..ok tu je la bebelan petang aku..

caw cendol!!!

Ayam Bakar..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


Semala aku puasa. Aku buat Ayam Bakar kat bawah nie dan salad mayonis. En Asben tengah diet. Konsultan dia aku. Aku suruh dia buat Atkins Diet. Diet yang tak makan karbohidrat tu..Ayam nie aku perap malam kelmarin.

Aku namakan ayam nie

Ayam Bakar Pemalas Nandos
Bahan:
1/2 ekor ayam (makan kami 3 beranak) makan ayam macam buaya makan..hhehehe sampai 1/2 ekor..
Cili boh cap puteri..

Cara2 :
Lumurkan cili boh cap puteri tu peram semalaman. Esok balik keje letak dalam dulang pembakar pastu, curah minyak zaitun sikit, klu tak de suka hati korang je guna minyak apa-apa. guna butter je planta ke hape-hape la..pastu bakar.

Aku bakar 200 darah celcius. 30 minit pastu terbalikan 10 minit cam tu la lebih kurang..

Hasil : Rasa macam Ayam Nandos

Sebab : Cili boh Puteri tu mmg dah berasa masin dan masam..hemmm..sedap la pula teringat nie..


tapi aku buka puasa semalam dengan salad semangku kecik, En Asben Semangkuk besar, Salad dengan timun campur mayonis je..Campur telur rebus. Sorang sebijik. Tapi aku punye jadi sebelah sbb makan dengan zahra. budak tu makan telur putih je geram aku...Bila dah makan salad, aku minum milo yang aku campur dengan susu full krim kotak tu hasil dia rasa susu bantuan sekolah rendah..hahaha tapi sedap..
Pastu makan kuih keria 1 beli kat En DIn kat Kafe opis, Roti Sosej suku, Goreng Pisang 1 potong.. makan tu je aku dah kenyang air kosong aku minum banyak gila. Pastu dah tak larat. Akhirnya aku tak makan nasi. Aku jamah nasi kol 10 malam dengan makan ayam yang bahagian drumet tu kol 10 malam..makan nasi sebab aku kesian kat baby dah lapar sehari...hihihi


K. layan la ayam bakar aku nie ye..

Caw cendol..

Wednesday, April 25, 2012

Hari nie aku puasa

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

hari nie aku puasa ganti.. tinggal lagi 2 hari nak ganti.. 30 week ganti puasa..sian baby meronta-ronta dalam perut ibu..huhuhu kena buat juga tu tanggungjawap yang wajib dilaksankan.

lauk dah siap marinate, nak buat ke yek kuih cara?tgk la keadaan..buat tok mulut aku je ko..heheheheh..

k.caw cendol..

WW : Jalan- jalan alamanda

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...



Tuesday, April 24, 2012

24/4/2012 - Macam-macam hari, hari ini

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Aku tengah bertungkus-lumus bergotong-royong di work station pejabat aku sorang-sorang. sakit perut dan dahaga benti jap tulis kat blog.huhuhu..

Hari ini hari Rotong-royong.
Hari ini hari jadi ibuku, Selamat hari Lahir Ibu. Jap lagi yaati call yek.
hari ini hari jadi ayahku, Selamat Hari Lahir Ayah. Jap lagi yaati call jugak yek..
Aku nie anak yang jarang call ibu & ayah aku. Sebab agaknya parent aku dekat je kot kat Ampang. Tapi aku nie memang ada masalah komunikasi kalau melalui telefon. Aku lebih senang komunikasi live. Depan-depan. Agaknya kalau aku cakap kat telefon aku rasa macam tak sopan je tertib aku bercakap tu..

Hari ini juga hari jadi anak buah aku. Selamat Hari Jadi Muhammad Najmi Bin Azaharin aka Along. Budak ni cucu sulong ayah aku..

Pape pun Selamat semua hendaknya. Aku harap semua yang bertuah pada hari ini dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan sembuh segala penyakit yang ada. Panjang umur dan dipermudahkan segala-galanya..Amin

k. Caw cendol..

21/4/2012

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


Selamat Hari Lahir, My Darling.. yang ke 29 Tahun.

tq google for the pic

Semoga Abang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. kebahagian didunia dan di akhirat. Kekayaan didunia dan akhir. Semoga apa yang Allah kurniakan pada abang, abang syukuri dan tidak takbul.

Tak de apa yang sayang dapat berikan kepada abg melainkan kasih sayang, anak-anak sebagai tanda cinta kita dan apa yang sayang lakukan untuk abang selama kita berkahwin. Sayang Harap sayang dapat jadi isteri yang solehah untuk abg dan yang terbaik untuk abg. Semoga kita berbahgia didunia dan sampai ke Syurga. Amin..

Sebenarnya ada hadiah tapi in progress..nanti dah sia syang bg yek..
maafkan sayang dari hujung rambut dan hujung kaki..halalkan makan minum saynag dan zahra yek..maafkan kami juga sebab xselebret apa-apa dengan kek hari sabtu tempoh hari..Ampun deh..

Thursday, April 19, 2012

Nak Makan sama ke dengan mengidam

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Aku terasa nak makan sama ke dengan mengidam ?

Kuih Cara gula. Ni kena buat nie..huhu tapi mkn sorang2 tak berbaloi

gmbr aku google je..Tqresepiraidah.blogspot.com

Sotong kangkung. Dah Makan kat taman sentosa Jb ari tu tp tak memenuhi citarasa. Kena buat kot. Nak yg sos kicap2 tu..Mn nak dapat area lembah Klang nie yek?

Satay. Nak yang kat bawah rumah mak mertua. Tepi Hway Karak tu..Seberang jalan Kg Bukit tinggi tu..Waaaaaaa...Ngada2 kah aku ni?hehehehe

Rendang Ayam Ibuku. Last but not least..hahah nak rendang ayam ibu je..tp nak ayam dia yang ayam pencen. nie tak request lagi kat ibu ni..huhuhu..Rendang Hitam N9 ibu aku punye. Selalu ibu buat time raya @ kalau adik2 aku yang ngada2 nak balik hostel..hehehehe.

sekian tu je nak makan..aku tengah lapor gilo nie..huhuhuhuh

k.caw cendol.

Wednesday, April 18, 2012

WW. Goh Tong Highland Garden -

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Salad awan nano xde, salad tu tak berkembang lagi dengan kata lain belum cukup tua..


 Bunga-bunga matahari, harum mekar ditaman tari, warna jingga,..hahahaha
suka sangat bunga matahari nie..saya suka..saya suka..

Pencinta tumbuh-tumbuhan

k.
caw cendol..


Tahniah Fiza.

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...



Tahniah Fiza!!!atas kelahiran Iqram Syauqi pada 6/4/2012.
Hafizah Binti Anuar Sharifuddin omak baby nie.
hahaha.tu kawan baik aku sejak dari kecik2 lagi..main basikal. teng-teng, roundes..main nyorok-nyorok sama-sama sejak dari kecik..nie aku lawat dia hari Khamis lepas kebetulan dok Ampang masa tu.
Comel la baby boy.
Tapi baby boy tak pandai lagi isap tek Ummi dia. Fiza, aku harap ko berjaya breastfeeding anak ko..nnt aku ajar lagi yek.
Setelah nak masuk 3 thn kawin baru Allah kurniakan rezeki kepada fiza. Tahniah lagi wei sebab akhirnya keluar juga tanda cinta ko dengan suami ko..

k.
Caw cendol.

Kopi dan Diri aku.

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Hari nie nak cerita pasal kopi. Aku Amat la suka minum kopi. Tak kira la kopi Kg ke Nescafe ke. Tapi sekarang aku ngandung, jadi aku terpaksa hadkan 1 hari sekali sahaja pengambilan nescafe dalam badan aku ni.
Orang kata tak elok minum nescafe time ngandung. Tapi Insya Allah kalau minum sehari sekali xde pape kot. Kalau minum 5 cawan tiap-tiap hari ye la tak elok kot.heheheh. Aku cuba kurangkan hanya ambil 1cawan je sehari sebab kalau tak minum nanti kehidupan harian aku macam ada sesuatu yang tak cukup..kritikakan aku ni. Ini sama juga dengan En Asben. kalau tak dapat sehari memang macam lemau je pekerjaan pada hari tu.
Untuk EN Asben aku dah hidangkan kopi tongkat ali sebelum gi kerja, aku minum susu atau nesvita. nescafe minum kat opis masa sarapan kat kafe.

Sebab apa aku cerita pasal kopi hari ni?sebab aku akan meninggalkan dia dalam beberapa bulan je lagi. Aku nak kena bersedia mental dan fizikal xminum nescafe /kopi lepas aku besalin nanti. En Asben pun dah warning dah nie. Waduh..waduhh..semua ini untuk persiap untuk menyusukan baby nanti. Dan menjaga kualiti dan kuantiti susu badan aku nanti.. Waaaaa!!!!

Tapi demi anak insya Allah aku buat. Tapi abg, lepas pantang seminggu sekali boleh la kot yek..hehehehehe..
Apa-apa pun aku kena kuat dengan godaan itu..huhuhuhuhu

Korang tengok yek apa ada kat umah aku, macam mana aku nak tahan. Benda En Asben dapat free je masa dia gi Dinner dengan Giant Hypermarket. En Asben adalah supplier bagi barang kebersihan rumah untuk supermaket dan Hypermarket kat Malaysia..Berbaloi En Asben gi Dinner ni..

Benda nie juga En Asben becita-cita nak beli masa dia baru keluar. Tapi aku kata tak payah. Kecik, terberbaloi tp aku rasa harga dia RM300++ tak silap kat Tesco. Rezeki Allah beri kami dapat free..


Mempersembahkan!!!!!!


























Necafe Dolce Gusto.


Baru bape kali dapat minum Cappucino dia. En Asben tak bagi minum dia kata kopi dia pekat sangat untuk ibu ngandung nie. Sedih kita tau tak dapat minum kopi..huhuhuhuh. Ari tu dapat la minum Mocha yang sample tu..Sedap Lazat sangat!!!

Abang, nanti beli lagi Mocha..hehehe untuk den ni..

k. Caw cendol Pulut.

Tuesday, April 17, 2012

Jalan-jalan kat Putrajaya.

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...



Gambar dibawah ini, adalah cerita basi..Sebab gi Putrajaya ada sebab dah bosan dok umah lapar sebenarnya konon2 nak gi minum. Akhirnya sampai Masjid Putrajaya nak Solat Asar.hahaha.

Masa nie xbalik Kg Ampang/ Bukit Tinggi..nenek Bukit Tinggi gi Umrah masa tu. Zahra Pulak demam Masa nie. Masa nie En Asben baru balik dari Germany rasanya.kot la dah lupa dah..hahahah

Dia baru kebah demam tu yang kami bawak jalan-jalan. Tengok la muka di monyok je tu. Balik dari Putrajaya nie dia Demam balik sampai 3 hari.. Demam panas sgt yang setiap 4 jam kena makan ubat kalau tak demam dia naik balik.

Xde pulak gambar dia masa dia tengah lembik sangat. kesian bila panas dia naik.lembik jadinya, tapi bila demam dia kebah dia macam bertukar menjadi raksaksa yang agresif.. Ibu dengan babah nak tido sian pun dia boleh terjun kat ibu dengan babah. Zahra hero time dia kebah masa ni. Abih dia kudanya babah..hahaahaha Cute je klu dia nak naik horse babah..hihihih



zahra Monyok


Peace no war dgn babah pulak


Peace No War..Kena pakai Jubah masjid Sebab baju paras bum je..hehehe


Nie la perutku..Klu duduk macam perut berlapis pulak..hahah saya besar tp lebih dengan lemak kot...hahah


Anak mangsa tersepit ibu bapa..hahaha
k.Caw cendol..

Monday, April 16, 2012

Kehidupan Bean Sprout

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


Gamabr nie aku ambil ms 2012..hahaha kelebek kamera jumpa plak gmbr menarik nie.

Sayur nie sedap buat masak oyster.
Tumis bawang putih kasi garing pastu bubuh sos oyster, pastu taruk sayur nie.
masak secukup rasa hidangkan..mmg sedap makan dengan sambal kering ikan bilis dan kentang..
nyum2..nyum2.

k. caw cendol!!

Jalan-jalan ke JB

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


6-8 April 2012 yang lalu aku gi JB. Melawat kenalan lama keluarga En Asben. Kami ke rumah Cik Rose & Pakcik Syahir. Pak cik Shahir ni sakit tu sebab kami datang melawat.

Doktor kata dia kena Kanser Otak, Tapi anak dia along gi cari perubatan alternatif kat bukan Kanser Otak.
Akhirnya Pakcik Shahir berubat kat Pj mengikut advice FIL. Mereka gi berubat cara China, Qi Gong Terapi.
Gi JB bagi aku macam biasa je macam KL jugak..hehehehe..
Perjalanan Jumaat pagi MIL & FIL amik kat umah puchong - singgah batu pahat amik Ashu zahra kat UTHM (amik pun sebab bday dia)hahaha sori yah...pastu terus ke JB selepa solat jumaat.

Sampai JB lepak umah CIk ROse..umah dia best cantik..lepas lepak kami meginap di....

 Hotel ok tp parking menyeramkan..kalau setakat driver macam aku nie bawak kancil boleh la nak masuk parking hotel nie, tp kalau bawak kereta besar2 serahkan kepada yang pakar..hehehehehe..parking gi memang sempit..Nak gi JPO xdpat..
Shopping kat mana?kat Tesco Plentong sebab FIL ada appoiment keje kata sana..Kalau abah aku atau En Asben, mana2 depa gi depa pastikan mesti ada sebab iaitu kerja...
nasib baik trip kali nie En Asben xde Visit outlet bagai..klu tak aku stresss...hahahaha


Zahra dengan Ashu

En Asben yang sihat Walafiat, Alhamdulillah

Ini dalam bilik Hotel..Zahra yang rasmikan
xde banyak sangat gambar sebab aku xde mood bergambar. Sebab kamera aku memanjang bateri kong..Bosan dah nak cas..Agaknya kena beli Kamera DSLR kot..


k. La.Caw cendol...

Friday, April 13, 2012

Pisah tempat tido

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Bermula 2/4 yang lalu zahra telah kami pisahkan tempat tido dia. Mula-mula ingat nak pisahkan bilik sekali, siap la ibu tido sekali dengan zahra, tapi baru je tido, ibu nak tukar bilik dia mengamuk kepanasan..hahahah bilik yang kami nak buat bilik zahra tu memang panas xde aircond..So, tengah2 malam tu kami ubahkan tilam zahra ke bilik kami. Time tengah2 malam nie la kami ubah tilam kami dan tilam dia.

Sebelum nie zahra tido atas sofa yang 2 seat tu. Sofa tu sofa turun temurun dari mak mertua..usia sofa tu lebih tua dari Ashu (adik En Asben) zahra. So, sofa tu macam tak sesuai dah tok zahra sebab sejak kebelakang nie zahra selsema tak benti2 sampai sekarang. Bawak gi pakar Doktor kata dia alegik. Macam orang tua u anak aku nie. Aku pulak kata zahra ada resdung..hihih

Tu la sebab kenapa zahra ada tilam sendiri dan kena pisah tempat tido..

aku nak letak gambar situasi tilam kat bilik tido kami macam tak best pulak..Bagi aku bilik tido macam priversi. Tapi kalu sape datang rumah aku, nak solat ke, nak tidokan anak ke dalam bilik aku, aku xde hal. Rumah kecik kena la bagi tetamu ruang yang paling selesa dalam rumah aku. Taip nak tunjuk gambar bilik tido aku tak bisa..heheheheh..

k.Caw cendol!!!


Tuesday, April 10, 2012

Off to China

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Untuk catatan kehidupan aku ari nie 10/4/2012 - 14/4/2012 en Asben gi outstation lagi. kali nie ke china pulak untuk produk testing.huhuhhuhu aku kena tinggal berdua dengan zahra. Bukan aku yang ke China.huhuhuh..Insya Allah 1 hari nanti dapat la tu aku ke luar negara.hahahaha..

masalahnya aku jalan dalam negara pun tak abis lagi berangan nak ke luar negara. Xpe la pasang impian tu pun pentingkan.. Semoga impian menjadi kenyataan!!!!

Aku baru berangan kirim En Asben baju kanak-kanak & baby untuk aku jual kat kwn2 tp malangnya tempat yang dia gi tu bukan kwsn shopping..dia gi kwsn kilang kat hulu mn tah..hahah aku tak ingat nama tempatnya..lagi pun dia gi tok kerjo..

k.la tu je la..

Caw cendol..

Monday, April 9, 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

untuk sharing dengan kawan-kawan..Semoga dapat diamalka.Amin.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya


Artikel ni amik dari email.

Thursday, April 5, 2012

Besarnya perut

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Sejak 2 menjak nie aku ditegur besarnya perut..hihihi aku baru 27w 4d ok ari nie..Harap maklum ye kawan-kawan. Tapi aku tak makan hati pun..sebab perut aku memang besar dan kulit perut aku memang tebal. Agaknya sebab memang aku  berbadan besar kot. Sebab masa tak ngandung dulu orang kata aku ngandung..hahahaha..masa tu aku makan hati la..Sekarang aku senang hati.

Baby sangat pesat membesar (betul ke tak ayat aku Tu). last month cek up berat aku tidak naik ok..tp turun 0.5 kg..hahah sape nak bg?hehehe tapi baby aku sangat-sangat ketara tumbesaran besar dia..dari 400g bulan lepas berat baby naik 700g..wow..nanti cukup 40W bape berat dia klu macam tu? minggu depan 13/4 aku cek up lagi tengok la macam mana. Kat babycenter.com aku baca kalau usia baby aku patutnya baru 600g++..tp xpe kot yek, doktor tak kata besar pun..

Baby sangat aktif bergerak dalam perut ini. Dia suka main bola sepak dalam perut..heheheh dulu sampai pusat je dia gerak..sekarang dah tinggi dai pusat dah dia menendang..

simptom-simptom sakit-sakit pulak, aku kerap sakit pinggang bila bangun tido..pastu kaki dah mula bengkak klu berdiri atau duduk lama-lama sangat..cepat mengah tu mmg dah tentu..Asyik nak terkencing je klu kat umah..tapi kat opis tak pulak..macam mana tu?huhuhuh..cepat marah kalau terlalu penat, yang jadi mangsa kak long zahra..huhuhu sian anak kecik tu..

Aku kadang-kadang takut gak klu baby besar dalam perut. untuk besalin kali ni, aku impikan besalin secara normal. Aku yakin aku boleh!! Tapi aku risau la..huhuhuhu En Asben suruh besalin kat Hospital Colombia Asia Puchong. Aku nak Besalin kat Hospital Putrajaya atau HUKM je..Aku takut dah Hospital Swasta ni typical nak bedah orang je..huhuhuh pastu cas tinggi-tinggi sebab panel..

kalau kawan-kawan ada tip nak mudah besalin secara normal share la dengan aku yek..dengan ini..ok la..

caw cendol!!!

Wednesday, April 4, 2012

Mode xde nak bertulisan

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

ada banyak cerita hujung minggu tapi aku xmasuk gambar lagi kat PC so, jadi maleh nak wat entri..kuang2kuang2 kuang2..

update tok diri sendiri.tengah Crochet topi baby tapi xbape menjadi..macam tapi anak patung je..corner tok menjahit dah dikemas2kan tapi nak mula jahit, xmula2 lagi..perancangannya nak merepair pakaian je..

k. tu saje.
Caw cendol!!!