Followers

Tuesday, November 30, 2010

Sosej Roll

Hai semua..hari ahad yang lalu aku buat sosej roll ni untuk bekal En Asben. Kat opis dia ada buat majlis hari jadi, so buat Pot Luck..

Ini bekalan yang dibawa.

ini sebelum bakar..tu ada Cheese anyam..sebab sosej dah abis..Puff pastry ada lagi balance 1 1/2 keping jadi kita anyamkan dia..heheheh

Tembam2 hasilnya..hhehehehe

Monday, November 29, 2010

Tepung Gomak

Zahra: Comel tak saya..make up tebal tu hari nie!!!
ibu pun nak masuk dalam gambar gak..tp tak larat bukak mata woo..penat sudah...
Zahra:Mama ina(pengasuh kat taska) kata sebelum jumpa ibu mesti cantik2 dan wangi..
ibu : mak aiii anak aku..huhuhu..tak sia2 aku bg bedak johnson botol besaq..
sebelum berlepas tok balik ke rumah...

MArble Cheese Cake






2 pemandangan Marble Cheese Cake aku..Ini adalah kek buat dah lama baru rajin nak masukkan resipinya seperti berikut :

Sumber : Kak Ummi
Bahan A
  • 185gm butter
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 2 biji telur

- Bahan B

  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 cwn fresh milk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:-

  1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
  2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
  3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
  4. Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
  5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist.

Thursday, November 25, 2010

Zahra lebam

Semalam aku balik lambat sebab gi kelas Senamrobik kat kat opis. Zahra OT kat taska. aku amik dia dalam kol 6.30pm..ok je tapi biasa la Che cik pelakon air mata..pengasuh kata kawan balik dia pun nak ikut..Mana boleh sayang rumah lain-lain la.

sesampai je aku kat umah(belum kuar kete lagi nie), aku nampak bawah bibir zahra, atas dagu dia lebam..huuuii berangin satu badan aku..Pengasuh tak cakap pulak nape..Hati aku tak yah cakap lah..Luruh jugak la..aku plan2 nak siasat pagi nie..

pagi nie zahra ngantuk, dia tido dari umah sampai taska..sampai depan pintu ngantuk lg..tetiba baru aku nak tanya nape?pengasuh dia dah tanya aku nape?aku anta semalam ok je..dorg kata sejak pagi semalam..heee lagi angin aku..aku tak kisah pun tp aku nak tahu je nape..itu yang menjadi persoalan di hati aku..
diterhantuk dengan kawan ke, korang bagi makan ubat ganas ke, apa2 la janji aku tahu..bukan aku nak mengamuk sakan pun klu aku tahu..ni xtahu yang jadi susah hati nie..huhuhuhuh..
aku geram!! En Hasben kata dah la tak yah kecoh2 dorg nak jaga anak kita lama..
waduh2..
aku harap ok2 je la semuanya..Insya Allah.

Wednesday, November 24, 2010

Zahra dan Playground

haa nie cerita pagi-pagi che cik zahra tu..pagi2 skrg nak gi sekool turun ke kereta jalan sendiri..pakai kasut..pagi tadi kita sibuk2 bawak bag berbondong2 dia pon nak bawak beg juga..dia bawak la bag susu cooler bag tu..dengan sebelah tangan pegang biskut gula..
babah dia pimpin tangan dia..
sampai2 je bawah, eh kereta ibu letaknya kena terus..Che cik nie terus belok..hahhahaha..
tahu tak dia nak gi mn?
haaaa dia nak gi main buaian..parah..
ibu dengan babah dah la kuar 7.30..ngam2 je tok sampai opis sblm kol 8..
apa lagi babah angkat la che cik nie..hahahah melalak sakan dia..
sian pagi2 dah tak dapat apa yang di inginkan..
dia dah kemaruk nak main taman ni..

petang semalam kat sekool nampak kete ibu kat tingkap nangis, bila sampai luar kat pintu..tak nak balik pulak Che CIk nie..nak main Kuda goyang2 kat sekooll..
Che Cik Zahra nanti la ibu bawak gi taman.
Petang nie tak boleh gi taman ibu ada Senamrobik kat opis..Che Cik OT kat Sekool..
k
Caw Cendol!!

Friday, November 19, 2010

Tak lama lagi status aku akan bertukar..

Salam semua..
akan jadi apa status aku?
huhuhuhu
bertukar ke?tak bertukar la, tapi bertambah..
pada 16/11/2010 yang lalu aku sudah dapat tawaran untuk sambung pengajian.
aku dapat sambung Ijazah Sarjana Muda..uhuhu Pengurusan Perniagaan..
pada 12/12/2010 aku bakal sah menjadi seorang pelajar.
aku melanjutkan pengajian di UITM dam program e-PJJ.
4 tahun ye kawan2..lama tu..
kepada yang mendoakan aku supaya dapat sambung belaja,Terima Kasih diucapkan..
Nanti statusku bertukar menjadi Pelajar, isteri, ibu, anak, adik, kakak. dll..

k
Caw Cendol!!!

Tuesday, November 16, 2010

Lamp Chop

Hai semua!!
mari dekat!!mari dekat!!
Updated 11/11/2010, punye entri..
semalam emosi mendung..pastu balik masak la macam biasa..
buat Lamp Chop Hepi COok Mum
Google Lamp Chop jumpe blog nie..follow la apa lagi..
menarik gak resipi ni..tp mcm biasa la..
olah ikut apa kat umah la..
Lamp Chop En Asben kata sedap..
tapi kamera tinggal kat umah pulak nak upload gambar..
gambar next time yek..
Sila meleleh air liur tengok Lamp Chop itu nnt..
hehehhe
Hari nie cuaca pulak mendung.
k la..
hehehe gambar comet sket..maaf ye!!fun fries xde dalam gmbr
Caw Cendol!!!

Monday, November 15, 2010

Resipi Lamp Chop - atas permintaan Nitasha


Bahan-bahan ( 2 org makan )
  • 500gm daging slice/2 keping daging- aku guna lamp shoulder, cari je kat Tesco ke Mana2
  • 2 sudu marjerin/butter -aku guna minyak zaiton
  • skit garam - aku tambah bawang putih dan halia-perap jap dengan garam skali
  • BHN SOS BLACK PEPPER
  • 1/2 sudu black pepper - aku guna 2 sudu
  • 1 sudu mentega - aku guna minyak biasa je..hehehe
  • 1 kuib ayam - aku guna 1/2 je
  • sebatang saderi-dicincang - xde kat umah
  • sebiji bawang besar- dicincang
  • 2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe) - 1 cawan susu, 1cawan air
  • 2 sudu tepung gandum - aku guna 2 sudu tepung jagung, tp tak guna semua pun..
  • 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram - ini aku agak2 hitam je tp guna kicap manis
  • garam skit
  • BHN MACARONI / COLESLAW
  • segengam macaroni - direbus dan ditos
  • segenggam mix vagetable - direbus dan ditos
  • 2 sudu mayonis 2 sudu yogurt plain
  • sesudu air lemon
  • BHN MASHED POTATO
  • 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
  • 1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt
  • sos black pepper/gravy
  • BHN SAMPINGAN
  • kentang goreng
  • 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
  • sebiji tomato- dihiris
1/2 jagung rebus atau bakar

Cara-cara

  1. Gaulkan daging ngan skit garam then goreng/grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. n balik2kan.
  2. Utk buat sos black pepper/gravy - tumis bawang, masukkan lada hitam, masukkan susu dan air, kicap dan kiub. masak sampai didh dan masukkan tepung jagung.
  3. Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis,yogurt dan air lemon. Gaul hingga sebati.perasakan ngan garam. ( ini xbuat pon sebab tak de kat umah)
  4. Coslow-KObis sagat halus, campur 2 sudu mayonis 1 sudu susu pekat.
  5. Utk mashed potato plak - lenyekkan kentang dan blend dengan susu segar n tmbhkan lada itam skit. curahkan sos black pepper/gravy td. - aku lenyek je kenntang campur susu.

  6. Hidangkan dengan kentang goreng dan jagung.


Esok Result e-PJJ keluar..

Doakan kejayaan aku wahai sesiapa dan kawan2 yang membaca blogku ini.
Doakan dipermudahkan urusan yang aku lakukan.
Amin

Kenali Buah Gajus...

gambar ibu tgh makan buah gajus masak ranum..adik..pandang sana tu..kak ngah..(anak buah2an)
ini adalah cerita lama..haha mari kenali buah gajus..buah apa yang bijinya kat luar?
buah gajus la jawapannya..

rasa buah gajus masak?
manis
kelat2..
rasa yang pelik..aku?sume sedap je..bedal je..

lokasi pokok ni :

kat hulu langat batu 13.
kat umah sewa ayah, store kayu-kayan terpakai ayah.
sesiapa nak beli kayu terpakai boleh hubungi saya atau ayah saya ye..
ini zahra dan ibu dia..lukus budak ni, kalau dapat main ke berjalan ke..mmg mcm nie keadaan dia..kuat peluh dan budak masam...errmmm
ini model tak berbayar..adik aku..Siti Khatijah Nor..dia ni no 8, tp naik pangkat adik aku no 7..Sape berkenan..sila komen..xde calon lagi nie..hahhaha aku nak match make pulak..heheheh

lagi...dengan buah gajus muda...

Ini lagi muda..sebenarnya masa melawat pokok ni nak petik pucuk dia..nak wat ulan..sedap!!!tapi tak de pucuk pokok ni, cuba anda bayangkan..pokok xde pucuk...ada daun tua2 je..nasib tak mati pucuk pokok ni..

apa2 pon aku mmg peraq tengok pokok ni..umor dah 27 baru tengok buah dan pokok dia yg besar dan sihat walafiat..harap2 pokok ni lama la kat situ ..supaya anak2 aku dan cucu dia merasa la nak tengok pokok dan buah gajus..

sebab apa aku harap pokok tu lama kat situ, sebab ayah aku rajin tanam..dan pastu rajin gak hapuskan pokok yang dia tanam tu jika ada projek2 baru dam kepala ayah aku tu..huhuh pokok durian depan umah sewa ayah nie..dia dah hapuskan..sian anak2 aku tak rasa durian Langat dan nak tengok pokok durian tu..

sekian...

Caw Cendol!!!

Friday, November 12, 2010

Buaian dan skodeng

Sebelum masuk hujung minggu baru,

Thursday, November 11, 2010

Mendung je pagi nie..

Cuaca pagi nie mendung je sebab pagi nie hujan..hihihi..tapi hati dan emosi aku pun mendung..huhuhuhh..pump susu pun tak nak bape nak kuar..emosi dah la mendung je ditambah pulak dengan hormon tak stabil sebab period..huhuhu..

kat luar skrg dah cerah kot.tapi hati dan emosiku masih mendung. Harap2 la cerah lepas jumpe zahra kat taska jap lg.

caw cendol!!

Tuesday, November 9, 2010

Petang yang ngantuk..huhuhuh


hai..
aku ngantuk sebenarnya. nak sambung buat keje nie. Tp tak larat.huhuhuh..lamanya tak tido siang..
ni dapat kopi sedap ni..
ngantuk..
caw cendol!!

Pemandangan yang hijau permai kat umah nenek..

klasikkan buaian nie..lagi kelasik taman mainan dia kat tapi buai ini.tak amik gambar takut mengaibkan.hihihihih

ini la pemandangan kat umah nenek.aku tak penah bawak zahra jalan2 sampai ke bawah2 selesa hillhome ni. balik2 dok umah makan, tido tu je la kejenya kalau balik Selesa ni. hari kejadian adalah hari kedua kat sana. dah tak tahan dah nie. petang lepas asar, calow zahra jom jalan2!!Babah pulak sibuk buat keje, atok pon sibuk. kami jalan la berdua.
akhirnya zahra jalan sebab zahra nampak birt banyak ni..

sebenarnya lagi best zahra bukan nak jalan pun.dia takut tgk ramai orang tengah sambut deepavali dalam swimming pool..haru nasib xde niat nak mandi..huhuhuh
tapi akhirnya babah turun gak lepas siap keje, masa tu dah macam nak renyai2 dah..tapi babah turun dengan kete tak aci tak jalan kaki.
selamat menikmati pemandangan yang hijau. Sape nak Sewa kat sana gi la tp tak sejuk dah..nasib ada lagi hijau2 ni tok zahra..tp byk gak dah oren2, kena tarah..Harga tak tahu..heheeh mertua saya ada unit kat sana.

nantikan sambungan cerita turun dipetang hari esok..

caw cendol!!

Monday, November 8, 2010

Aksi terlampau..

cuti deepavali kami balik umah mertua kat Selesa Hillhomes, Bukit tinggi.Pastu hari ahad En. Asben terajin pulak pi balik kampung mama kat bentong.pagi ahad dah kuar, elok plan balik puchong pg tu. plan dah bertukar.

Hari ahad di Bentong, Kg Jalan Tras.hehe betul ke tah aku nie..


gambar xde kepala nie la aksi terlampau zahra..dari pagi tak tido tu dah nak dekat kol 2 kot, jalan pon dah tak betul tu.pastu tarik baru tutup kepala pastu tak reti bukak balik..jadi hantu kom2 la xde kepala tu.nasib tak melalak..ambik gambar dulu..

muka kedut zahra..

Hai kawan2..

tengok perangai baru zahra..hehehehe..tgk muka dia, nak wat muka ganas ke hape tah tu..

aksi ini dipanggil muka kedut..zahra sejak lahir mmg ada garis kat tengah2 hidung antara kening tu..gamaknya suka wat macam ni memang tak hilang la garis tu..makanya bertambah la lagi garis kat hidung tu..hhuhuh..

apa2 je la anak kamu nak buat..


ke dia nak wat busuk ke yek?akan disiasat lagi..

caw cendol!!

Saturday, November 6, 2010

Penyakit : Kek Gula Hangus


hahaha..parah dah aku nie..aku jangkitkan ke seluruh keluarga aku, adik beradik aku, mak mertua aku..hahahah semua orang aku nak jangkitkan wabak kek gula hangus aku..

sangat menarik.yam aku wat kat selesa jadi lagi cantik kek aku..huhuhuh..gambar nanti isnin aku taruk..Insya Allah..resipi guna resipi Dapur Tanpa Sempadan..Mat Gebu..

Thursday, November 4, 2010

Pandai dah guna straw..

7/10/2010 ahad- zahra dah pandai guna straw..banyak kali dah aku ajar dia tapi tak boleh2..mgu lps bawak zahra gi expo home technologi kat PWTC(sebab barang babah dia ada kat sana) gi makan kat luar PWTC tu. aku order la air Nescafe ais..ingat dia main2 straw tu je...tengok-tengok..dia tengah sedap menyedut Nes air aku..

Terkejut sebab dia minum Nesc, kagum sebab dia dah pandai sedut..ada member kata dia lambat pandai sedut sebab dia menyusu badan..tah aku pun tak tahu..tapi yang aku tahu tu pencapaian terbaru zahra..

Monday, November 1, 2010

KEK GULA HANGUS AGAIN..

Salam semua..

Semalam hajat nak buat kek gula hangus terlaksana..Tapi assistan chef yang buat iaitu adik aku mariam aka MAK MOK zahra...hehehe
Mak mok..mana gambar ko nak tempek nie..budak nie menanam angur kat umah..dan nak bina badan kat umah kot....baru abis belaja..bakat memasak terbaik la tangan dia..
TAPI masuk dapur ikut mood je..hehehehe..sebab rajin sangat..