Followers

Tuesday, December 28, 2010

CUti Krismas

Bayak cerita cuti baru nie..tapi blum ada mood nak buat entri..huhuhuh

Wednesday, December 22, 2010

Strawberry Farm , Genting Highlands - Part 2


family foto..muka tidak mandi..hihihi





terima kasih kepada sesiapa yang follow kisah ini..heheheh

Lepas dah sudah makan Kar Restoran Ratha tu..aku gatal2 bagi cadangan nak gi Strawberi Farm..Gambar kat atas tu gambar zahra xsabar dalam kete..tgk, baju comot makan tadi..baju siap gelebeh2 tu..Saiz baju 1-2 thn tp besar tu zahra..zahra comel kecik je..baju tido Newborn still muaat lg...OPsss!! sudah melalut psl baju pulak aku nie..heheheheh

sila tgk zahra tak sabar nak berjalan..zahra relax je tak pakai jaket pun gi Genting..ibu, babah dan nenek pun tak pakai jaket..Atuk sorang je pakai Ves..kami tak sejuk pun.. kat genting skrg nie dah tak sejuk..heheheh
ini, masuk je strawberi farm nie terus nampak air pancut strawberi nie..

ni la buat strawberrynya..xsegar..mcm tak cukup baja je..hehehe b uat dia kedut2..blh petik sendiri jugak..tp buah yg dia jual nampak cantik..tp kami tak beli pon..nnt klu beli mst masam..tak moh la..hehehehe
Ladang dia ok la xde la besar sgt dan tidak la kecik sangat

zahra nak buat onar petik bunga..hihihi xdapek do zahra..
tempat dia best..ada ladang organik la..ladang cendawan la..
konsep dia mcm IKEA..kat situ je..tapi penat jalan..kena jalan semua tempat baru jumpe jalan keluar dia..

tempat2 lain..Bersambung lagi..
Caw Cendol!!

Monday, December 20, 2010

Strawberry Farm -Genting Highlands : Part 1

salam kawan2 & pembaca blogku..atau yang terbaca ke..ihihih
ini cerita sabtu pagi yang lalu 18/8/2010.mula ceritanya dari jumaat malam kami balik Selesa Hill, Bukit Tinggi.pemandangan pagi hari kat umah nenek..pandangan dari veranda dapur..
Mcm biasa sarapan mmg selalu kat luar. Pagi sabtu tu, kami gi sarapan kat Gohtong Jaya. Ratha Kari kepala ikan dan ayam..huhuhu sedap wei mkn kat sini..dewasa 4 org kana2 aka baby 1. Order 6 rawa tosai..makan tak ingat donia..aku makan 1 rawa tosai 2 apom manis..sedap u..tak sabar dah nak sarapan zahra nie

sape nak mkn kat Ratha ni kena datang awal nanti orang ramai..nak mkn kena order skali byk,takut nak order lambat2 takut dapat lambat..
lps mkn zahra ajak aku jln2..aku jln sket blk kedai blk..
hahaha budak kicik nie dah bosan..ibu, babah, nenek dan atok mkn lama sgt..
ini salah 1 sarapan ibu
lps tu nenek plak bawak dia jln2 kat area kedai2 kat Gohtong Jaya tu..

lps tu? sambung part 2..
Caw Cencol!!!

Friday, December 17, 2010

Gulai Lemak Ikan Cencaru


Semalam, ayah aku, abg ipar dan adik aku datang umah..ada ikan Cencaru yang asalnya nak wat Kari ikan last2 jadi kari ikan. ..kari ikan aku baru belajar dengan mak mertua...Sebelum ni dah penah wat kari tp tak la menjadi sangat..huhuhuhu..

Gulai Lemak ikan ni 1st time tau buat....hahah Ayah aku orang N9 mmg makan Gulai lemak je..heheheh..Tny ayah mcmn ok tak..ayah kata ok la..Siap bertambah lagi jangan mare ye..

Sebenarnya cerita Gulai Ikan nie..asben aku cabar suh wat terbaik mcm Gulai Ikan ibu aku..Lemak, pedas, masam..sume rasa ada..aku pun masak la dengan hati berdebar2..hihihihi..Lepas satu tahap..huuu lega dah tak pecah santan..aka santan tu cantik je..sekali asben datang,,hee tgk warna pun tahu, pucat je tak kuning..aku kata tunggu je la dia siap jap gi..
skali dia mkn..haa sedap2..dekat2 dah rasa..
so, cubaan aku wat Gulai Lemak Ikan..BERJAYA..
Gambar sila nantikan..tak rajin nak upload gambar naik kat komputer ari nie...

Thursday, December 16, 2010

Kencing Malam

ni la kakak2 zahra&abg2 dia..babah, mak tam, mak su pun ada..ini anak buah belah aku ye!!ada yg sesusu dengan zahra..zahra minum susu ibu mereka

Semalam 15/12/2010 tidor aku dikejutkan oleh zahra...waduh2 parah ni..4.45 am...nangis2..tengok2 lenjun budak kecik nie..1st time sepanjang nak masuk 19 bulan ni aku kena tukar pampers zahra di ambang pagi2 sepie tu..hahah zahra punye pamper sampoi bocor2, habih..
nak tahu sebab apa?
malam sebelum tu, adik dengan akak aku dth, nak uruskan umah dorang tok disewa.. sekitar umah aku..maklum la teres 8 tingkat..umah aku tingkat 2, umah asben tingkat 3, umah akak aku, abg ipar aku, adik aku kat tingkat 6.Dorg beli sekali sederet..aku la beli dulu..pastu baru hasut dorg suh beli kat situ..aku duduk dorg wat sewa..sape nak sewa kat puchong utama bagi tahu yek..

berbalik kepada cite adik & akak aku dtg...aku jamu la fun fries je..pastu dorg nak minum milo terapung..haaa apa lg buat la se jug kecik je..tidak lupa jugak dorg nie dtg dengan 5 org askar(backup tu) anak2 buah2an aku...hehehe 4 org kakak2 zahra dan 1 org abg zahra dtg..apa lg!!naik taring la zahra..orang minum milo dia pin nak..bedal je la..milo ais pulak tu...zahra punye kede_kut...mak aiii!!ibu letak 1 pring fun fries tok kakak2 dan abg, dia yg nak mkn semua makanan tu...perangai kedek_ut, tak tahu la ikut sape..
uhuhuh sebab minum milo ais la zahra kencing malam tak ingat..huhuh

k la
Caw Cendol!!!

Wednesday, December 15, 2010

Gaji december ari nie..Bonus Esok!!!

Yahoo!!gaji ari nie..tapi malangnya setelah settlekan transaction..nipis sudah gaji aku..
tapi aku sangat gembira kerana bonus esok...HHuuuu huuuuu!!!
malang jugak..bonus tak kuar lg, gaji dah abis...hahahaha

plan duit bonus nak buat :
  • spek mata (wajib)
  • handphone ke mesin jahit?
  • ni niat utama, nak wat bbq kat umah ibu kat ampg
  • simpan tok duit yuran sem depan
  • nak beli emas tok zahra
  • laptop (nak belaja nnt senang) ke nak main fb atau blog walking..hahahaha
  • jam tangan (beli baru ke tukar bateri?)
ini la kawan2 bonus tak kuar duit dah abis..nntkan je mana yang terlaksana..
caw cendol!!!

Friday, December 10, 2010

Aku Seorang Pelaja.

Berdebar-debar hati aku nak daftar sebagai pelaja kat Uitm ari ahad ni 12/12/2010..Hotak aku dah berkarat ni, dah 6 tahun tak belaja.kKuar Poli dulu masa tahun 2004.Huuuii lama jugak aku dah abis belaja rupanya..mahu tak lama!!anak dah sorang..huuuiii tak sedar2 lagi aku ni..
Apa yang aku takut nak belaja ni...korang tahu? Aku takut nak belaja dalam BI..hhuhuhuhu poning2..
tapi aku yakin aku boleh bawak..

kawan-kawan doakan kejayaan dan kebijaksanaan aku yek..

Amin..

Thursday, December 9, 2010

Makan-makan semperna Tahun Baru Hijrah

1 Big Family @ Syam Steak House, Taman Bolton

Tarikh : 7/12/2010 (selasa)

Masa : 8.30pm-10.30pm




Ini aktiviti aku, adik badik aku, ibu ayah, abah mama, adik badik asben..semua..ramai tu..
Aktiviti makan-makan semperna maalhijrah. Harap-harap murah la lagi rezeki kami suami isteri.
Tujuan makan-makan ni nak luaskan perbelanjaan keluarga. Salah satu yang di anjurkan semperna maalhijrah..
Amin.
Caw Cendol..

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!


Hai semua..
mai join GA lagi..sape anjurkan?haaaa..sape lagi mama kembar 3 la..
sape nak join kat klik sini

Hadiah :

Barangan Victoria's Secret & Telekung Travel di taja oleh itsy bitsy secrets

sila tag 3 org kawan anda ye..

saya tag :
Intan Azmira
momma mia
kak Mieja

Thursday, December 2, 2010

SUKA-SUKA MAIN AIR giveaway by erin

Hai semua, hari nie aku nak join GA lagi..Harap2 kali ni zahra bertuan...GA ni dianjurkan oleh ERIN Pink Heart klik yang warna pink tu sape nak join jugak..syarat2nya pun diblog puan penganjur..

hadiah menarik :
swimming suit~untuk si seksi girl
swimming short~untuk si hot boy


Si Cilik aku, gambar yang di pertaruhkan..alat sulit telah disembunyikan oleh baldi.

Nama anak : Zahra Binti Safri
Umur : 18 bulan


Tuesday, November 30, 2010

Sosej Roll

Hai semua..hari ahad yang lalu aku buat sosej roll ni untuk bekal En Asben. Kat opis dia ada buat majlis hari jadi, so buat Pot Luck..

Ini bekalan yang dibawa.

ini sebelum bakar..tu ada Cheese anyam..sebab sosej dah abis..Puff pastry ada lagi balance 1 1/2 keping jadi kita anyamkan dia..heheheh

Tembam2 hasilnya..hhehehehe

Monday, November 29, 2010

Tepung Gomak

Zahra: Comel tak saya..make up tebal tu hari nie!!!
ibu pun nak masuk dalam gambar gak..tp tak larat bukak mata woo..penat sudah...
Zahra:Mama ina(pengasuh kat taska) kata sebelum jumpa ibu mesti cantik2 dan wangi..
ibu : mak aiii anak aku..huhuhu..tak sia2 aku bg bedak johnson botol besaq..
sebelum berlepas tok balik ke rumah...

MArble Cheese Cake






2 pemandangan Marble Cheese Cake aku..Ini adalah kek buat dah lama baru rajin nak masukkan resipinya seperti berikut :

Sumber : Kak Ummi
Bahan A
  • 185gm butter
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 2 biji telur

- Bahan B

  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 cwn fresh milk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:-

  1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
  2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
  3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
  4. Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
  5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist.

Thursday, November 25, 2010

Zahra lebam

Semalam aku balik lambat sebab gi kelas Senamrobik kat kat opis. Zahra OT kat taska. aku amik dia dalam kol 6.30pm..ok je tapi biasa la Che cik pelakon air mata..pengasuh kata kawan balik dia pun nak ikut..Mana boleh sayang rumah lain-lain la.

sesampai je aku kat umah(belum kuar kete lagi nie), aku nampak bawah bibir zahra, atas dagu dia lebam..huuuii berangin satu badan aku..Pengasuh tak cakap pulak nape..Hati aku tak yah cakap lah..Luruh jugak la..aku plan2 nak siasat pagi nie..

pagi nie zahra ngantuk, dia tido dari umah sampai taska..sampai depan pintu ngantuk lg..tetiba baru aku nak tanya nape?pengasuh dia dah tanya aku nape?aku anta semalam ok je..dorg kata sejak pagi semalam..heee lagi angin aku..aku tak kisah pun tp aku nak tahu je nape..itu yang menjadi persoalan di hati aku..
diterhantuk dengan kawan ke, korang bagi makan ubat ganas ke, apa2 la janji aku tahu..bukan aku nak mengamuk sakan pun klu aku tahu..ni xtahu yang jadi susah hati nie..huhuhuhuh..
aku geram!! En Hasben kata dah la tak yah kecoh2 dorg nak jaga anak kita lama..
waduh2..
aku harap ok2 je la semuanya..Insya Allah.

Wednesday, November 24, 2010

Zahra dan Playground

haa nie cerita pagi-pagi che cik zahra tu..pagi2 skrg nak gi sekool turun ke kereta jalan sendiri..pakai kasut..pagi tadi kita sibuk2 bawak bag berbondong2 dia pon nak bawak beg juga..dia bawak la bag susu cooler bag tu..dengan sebelah tangan pegang biskut gula..
babah dia pimpin tangan dia..
sampai2 je bawah, eh kereta ibu letaknya kena terus..Che cik nie terus belok..hahhahaha..
tahu tak dia nak gi mn?
haaaa dia nak gi main buaian..parah..
ibu dengan babah dah la kuar 7.30..ngam2 je tok sampai opis sblm kol 8..
apa lagi babah angkat la che cik nie..hahahah melalak sakan dia..
sian pagi2 dah tak dapat apa yang di inginkan..
dia dah kemaruk nak main taman ni..

petang semalam kat sekool nampak kete ibu kat tingkap nangis, bila sampai luar kat pintu..tak nak balik pulak Che CIk nie..nak main Kuda goyang2 kat sekooll..
Che Cik Zahra nanti la ibu bawak gi taman.
Petang nie tak boleh gi taman ibu ada Senamrobik kat opis..Che Cik OT kat Sekool..
k
Caw Cendol!!

Friday, November 19, 2010

Tak lama lagi status aku akan bertukar..

Salam semua..
akan jadi apa status aku?
huhuhuhu
bertukar ke?tak bertukar la, tapi bertambah..
pada 16/11/2010 yang lalu aku sudah dapat tawaran untuk sambung pengajian.
aku dapat sambung Ijazah Sarjana Muda..uhuhu Pengurusan Perniagaan..
pada 12/12/2010 aku bakal sah menjadi seorang pelajar.
aku melanjutkan pengajian di UITM dam program e-PJJ.
4 tahun ye kawan2..lama tu..
kepada yang mendoakan aku supaya dapat sambung belaja,Terima Kasih diucapkan..
Nanti statusku bertukar menjadi Pelajar, isteri, ibu, anak, adik, kakak. dll..

k
Caw Cendol!!!

Tuesday, November 16, 2010

Lamp Chop

Hai semua!!
mari dekat!!mari dekat!!
Updated 11/11/2010, punye entri..
semalam emosi mendung..pastu balik masak la macam biasa..
buat Lamp Chop Hepi COok Mum
Google Lamp Chop jumpe blog nie..follow la apa lagi..
menarik gak resipi ni..tp mcm biasa la..
olah ikut apa kat umah la..
Lamp Chop En Asben kata sedap..
tapi kamera tinggal kat umah pulak nak upload gambar..
gambar next time yek..
Sila meleleh air liur tengok Lamp Chop itu nnt..
hehehhe
Hari nie cuaca pulak mendung.
k la..
hehehe gambar comet sket..maaf ye!!fun fries xde dalam gmbr
Caw Cendol!!!

Monday, November 15, 2010

Resipi Lamp Chop - atas permintaan Nitasha


Bahan-bahan ( 2 org makan )
  • 500gm daging slice/2 keping daging- aku guna lamp shoulder, cari je kat Tesco ke Mana2
  • 2 sudu marjerin/butter -aku guna minyak zaiton
  • skit garam - aku tambah bawang putih dan halia-perap jap dengan garam skali
  • BHN SOS BLACK PEPPER
  • 1/2 sudu black pepper - aku guna 2 sudu
  • 1 sudu mentega - aku guna minyak biasa je..hehehe
  • 1 kuib ayam - aku guna 1/2 je
  • sebatang saderi-dicincang - xde kat umah
  • sebiji bawang besar- dicincang
  • 2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe) - 1 cawan susu, 1cawan air
  • 2 sudu tepung gandum - aku guna 2 sudu tepung jagung, tp tak guna semua pun..
  • 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram - ini aku agak2 hitam je tp guna kicap manis
  • garam skit
  • BHN MACARONI / COLESLAW
  • segengam macaroni - direbus dan ditos
  • segenggam mix vagetable - direbus dan ditos
  • 2 sudu mayonis 2 sudu yogurt plain
  • sesudu air lemon
  • BHN MASHED POTATO
  • 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
  • 1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt
  • sos black pepper/gravy
  • BHN SAMPINGAN
  • kentang goreng
  • 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
  • sebiji tomato- dihiris
1/2 jagung rebus atau bakar

Cara-cara

  1. Gaulkan daging ngan skit garam then goreng/grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. n balik2kan.
  2. Utk buat sos black pepper/gravy - tumis bawang, masukkan lada hitam, masukkan susu dan air, kicap dan kiub. masak sampai didh dan masukkan tepung jagung.
  3. Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis,yogurt dan air lemon. Gaul hingga sebati.perasakan ngan garam. ( ini xbuat pon sebab tak de kat umah)
  4. Coslow-KObis sagat halus, campur 2 sudu mayonis 1 sudu susu pekat.
  5. Utk mashed potato plak - lenyekkan kentang dan blend dengan susu segar n tmbhkan lada itam skit. curahkan sos black pepper/gravy td. - aku lenyek je kenntang campur susu.

  6. Hidangkan dengan kentang goreng dan jagung.


Esok Result e-PJJ keluar..

Doakan kejayaan aku wahai sesiapa dan kawan2 yang membaca blogku ini.
Doakan dipermudahkan urusan yang aku lakukan.
Amin

Kenali Buah Gajus...

gambar ibu tgh makan buah gajus masak ranum..adik..pandang sana tu..kak ngah..(anak buah2an)
ini adalah cerita lama..haha mari kenali buah gajus..buah apa yang bijinya kat luar?
buah gajus la jawapannya..

rasa buah gajus masak?
manis
kelat2..
rasa yang pelik..aku?sume sedap je..bedal je..

lokasi pokok ni :

kat hulu langat batu 13.
kat umah sewa ayah, store kayu-kayan terpakai ayah.
sesiapa nak beli kayu terpakai boleh hubungi saya atau ayah saya ye..
ini zahra dan ibu dia..lukus budak ni, kalau dapat main ke berjalan ke..mmg mcm nie keadaan dia..kuat peluh dan budak masam...errmmm
ini model tak berbayar..adik aku..Siti Khatijah Nor..dia ni no 8, tp naik pangkat adik aku no 7..Sape berkenan..sila komen..xde calon lagi nie..hahhaha aku nak match make pulak..heheheh

lagi...dengan buah gajus muda...

Ini lagi muda..sebenarnya masa melawat pokok ni nak petik pucuk dia..nak wat ulan..sedap!!!tapi tak de pucuk pokok ni, cuba anda bayangkan..pokok xde pucuk...ada daun tua2 je..nasib tak mati pucuk pokok ni..

apa2 pon aku mmg peraq tengok pokok ni..umor dah 27 baru tengok buah dan pokok dia yg besar dan sihat walafiat..harap2 pokok ni lama la kat situ ..supaya anak2 aku dan cucu dia merasa la nak tengok pokok dan buah gajus..

sebab apa aku harap pokok tu lama kat situ, sebab ayah aku rajin tanam..dan pastu rajin gak hapuskan pokok yang dia tanam tu jika ada projek2 baru dam kepala ayah aku tu..huhuh pokok durian depan umah sewa ayah nie..dia dah hapuskan..sian anak2 aku tak rasa durian Langat dan nak tengok pokok durian tu..

sekian...

Caw Cendol!!!

Friday, November 12, 2010

Buaian dan skodeng

Sebelum masuk hujung minggu baru,

Thursday, November 11, 2010

Mendung je pagi nie..

Cuaca pagi nie mendung je sebab pagi nie hujan..hihihi..tapi hati dan emosi aku pun mendung..huhuhuhh..pump susu pun tak nak bape nak kuar..emosi dah la mendung je ditambah pulak dengan hormon tak stabil sebab period..huhuhu..

kat luar skrg dah cerah kot.tapi hati dan emosiku masih mendung. Harap2 la cerah lepas jumpe zahra kat taska jap lg.

caw cendol!!

Tuesday, November 9, 2010

Petang yang ngantuk..huhuhuh


hai..
aku ngantuk sebenarnya. nak sambung buat keje nie. Tp tak larat.huhuhuh..lamanya tak tido siang..
ni dapat kopi sedap ni..
ngantuk..
caw cendol!!

Pemandangan yang hijau permai kat umah nenek..

klasikkan buaian nie..lagi kelasik taman mainan dia kat tapi buai ini.tak amik gambar takut mengaibkan.hihihihih

ini la pemandangan kat umah nenek.aku tak penah bawak zahra jalan2 sampai ke bawah2 selesa hillhome ni. balik2 dok umah makan, tido tu je la kejenya kalau balik Selesa ni. hari kejadian adalah hari kedua kat sana. dah tak tahan dah nie. petang lepas asar, calow zahra jom jalan2!!Babah pulak sibuk buat keje, atok pon sibuk. kami jalan la berdua.
akhirnya zahra jalan sebab zahra nampak birt banyak ni..

sebenarnya lagi best zahra bukan nak jalan pun.dia takut tgk ramai orang tengah sambut deepavali dalam swimming pool..haru nasib xde niat nak mandi..huhuhuh
tapi akhirnya babah turun gak lepas siap keje, masa tu dah macam nak renyai2 dah..tapi babah turun dengan kete tak aci tak jalan kaki.
selamat menikmati pemandangan yang hijau. Sape nak Sewa kat sana gi la tp tak sejuk dah..nasib ada lagi hijau2 ni tok zahra..tp byk gak dah oren2, kena tarah..Harga tak tahu..heheeh mertua saya ada unit kat sana.

nantikan sambungan cerita turun dipetang hari esok..

caw cendol!!