Followers

Thursday, June 30, 2011

Amigurumi Love Bunny

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Ini benda yang pertama skali aku cuba buat..tapi dia yang paling lambat siap..sebab baru yakin nak cantum2kan dia..dah jadi rabbit mainan zahra..dapat je terus nak tidokan rabbit dia nie..bangga rasa dapat buat mainan hasil dari tangan sendiri.

lepas nie nak buat pakaian hasil dari tangan sendiri. Masin jahit oh mesin jahit....



Maaf qualiti gambar tak memuaskan
  untuk yan. ini memamg aku buat sendiri. actually dia ada pasangannya warna merah tak aku tak buat lagi. nak cuba2 mengait. seronok rupanya mengait ni.jadi gian ooo..sekarang tengah mencari pattern untuk buat beg nak angkut2 benang2 nie gi keje ari2. buat crochet nie time lunch hour je. dan time bila en asben dan zahra tido awal. Kalau tak curi2 masa juga.

Love Bunny Pattern amik dari :
Love Bunnies
By Erika Hughes

Just in time for Valentine’s Day! Make two: keep one, and give one to your
own love bunny! These bunnies are so simple, you can make them now for
Valentine’s – and by Easter you just might have a whole family of love
bunnies… ;-)

Materials:
Yarn: The bigger red love bunny was made with worsted-weight acrylic.
The smaller pink love bunny was made with DK/sport weight acrylic.
Hook: 3.0mm
Fiberfill
Small pebbles or plastic beads
Small amount of contrasting yarn for mouth and nose
Ribbon for bow-tie
2

The love bunnies are worked in a spiral – don’t join rows!
Head: (Begin at top)

Begin with an adjustable ring, and make 6 sc in the ring. Place stitch marker,
and move up with each row.
[2 sc in next stitch] x 6.
[sc in next stitch, 2 sc in next stitch] x 6.
[sc in next 2 sts, 2 sc in next stitch] x 6.
[sc in next 3 sts, 2 sc in next stitch] x 6.
[sc in next 4 sts, 2 sc in next stitch] x 6.
[sc in next 5 sts, 2 sc in next stitch] x 6.
[sc in next 6 sts, 2 sc in next stitch] x 6.
You now have 48 sts.
Work 6 rows sc.
[sc in next 6 sts, 2 sc-dec in next stitch] x 6.
[sc in next 5 sts, 2 sc-dec in next stitch] x 6.
[sc in next 4 sts, 2 sc-dec in next stitch] x 6.
[sc in next 3 sts, 2 sc-dec in next stitch] x 6.
Cut yarn and pull through stitch, leaving enough yarn to sew head to body.

Body: (Begin at bottom)
Begin with an adjustable ring, and make 6 sc in the ring. Place stitch marker,
and move up with each row.
[2 sc in next stitch] x 6.
[sc in next stitch, 2 sc in next stitch] x 6.
[sc in next 2 sts, 2 sc in next stitch] x 6.
[sc in next 3 sts, 2 sc in next stitch] x 6.
[sc in next 4 sts, 2 sc in next stitch] x 6.
3
You now have 36 sts.
Work 8 rows sc.
[sc in next 4 sts, 2 sc-dec in next stitch] x 6.
[sc in next 3 sts, 2 sc-dec in next stitch] x 6.
Work 2 rows sc.
Cut yarn and pull through stitch, leaving enough yarn to sew head to body.

Ears: (Make 2) (Begin at top)
Begin with an adjustable ring, and make 6 sc in the ring. Place stitch marker,
and move up with each row.
[2 sc in next stitch] x 6.
[sc in next 5 sts, 2 sc in next stitch] x 2.
[sc in next 6 sts, 2 sc in next stitch] x 2.
Work 7 rows sc.

Cut yarn and pull through stitch, leaving enough yarn to sew eyes to head.

Assembly:
Stuff head with fiberfill. Put a few plastic pellets or pebbles in bottom of body (I
secure mine first in a small pouch made of pantyhose which I sew shut), then
stuff remainder of body with fiberfill. Sew head to body. Sew ears to top of head
(do not stuff). Embroider eyes and nose. Add ribbon or bow-tie, if desired. Hop
into the sunset!

Enjoy!!..tapi pattern dalam English yek.aku b uat2 paham je..tu yang jadi telinga satu panjang 1 pendek tu.

k. Caw Cendol!!!

Bersalam.Untuk yang dah berkahwin je..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Sharing..dan amalkan.aku sedang berusaha amalkan ini...




Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."
 

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...
















Friday, June 24, 2011

Koleksi PINK En asben..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

baca blog papa kembar 3..isu raya tahan nie papa tak nak pakai baju melayu PINK..ok la en hus..tengok baju pink en asben..segak je pon pakai pink..yang penting jangan rasa pelik ketika anda bergaya denga baju itu..Pakai dengan yakin je..




layan...Tahun nie kami hijau apple atau pucuk pisang..tahun depan nak buat pink la..hehehe

k. caw cendol..

Semalam Malas nak masak..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

semalam malas nak masak, tapi PIL aku datang sebab adik ipar aku dak sofiah (yah) tu nak amik bagasi..pelik betul sebut bagai, luggage (betul ke aku eja ni)hehehehe..dia nak gi China..ikut rombongan UTHM depa...Yah dah mintak sponsor tu, nanti bawak balik menda ok2 sket tok kami..

aku yang malas semalam kena la belanja dorang makan..en asben tak gaji lagi..Layan D'arab Cafe, Puchong Utama..dekat je dengan umah..layan..tapi sebab kebuluran tahap gaban...gaban dah lupa nak petik gambar..

kenangan tu ada dalam perut..makan 5 orang tapi order 4 makanan je 70++..layan je la..nak makan sangat..en asben kata mengidam ke?tak la memang dah lama ushar2 kedai tu..hahahah sedap..

makanan arap yang aku penah makan :

1. SABA, Cyberjaya : Sedap & berpatutan
2.Tarbush : Sedap dan mahal gilo
3. D'Arab cafe, Puchong Utama : Sedap & serdahana
4. Briani Arab, Foodcourt UNITEN : Sedap & Murah


So, Kalau korang nak makan mana2 makanan arab diatas semua aku advaise..Aku nyesal semalam tak order kambing..kambing dia..layan.. jusi..memang sedap..en asben bagi aku rasa sikit je..pasal makanan en asben kata aku sanggup berbunuh2an..hahaha..kalau ada cite berkaitan sebab makanan aku sanggup bunuh2an aku cite yek...hahahah..

aku dah penah cite aku nie suka benar dengan makanan orang..yaati lain kali apa abg order ko pon order..jgn order menda lain..pastu mintak kat2 abg..(hahahah peringatan tok diri aku)

ari nie pon malas nak masak..cam ne tu...hehehehe

k. caw cendol!!!!

Thursday, June 23, 2011

Makan2 Semperna Bday Ibu, Ayah, Najmi (Anak buah) & En asben

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Mari layan gambar. Ni ada somebody open table.

Tempat : Restoran Maeps Steamboat, Serdang dalam Mardi.
Tarikh : 23/4/2011
Masa : Malam Lepas magrib samapi kol 11 kot masa tu..dah lupa sbb lama sgt...hehehe

Bday :
Ibu 24/4
Ayah 24/4
Najmi 24/4
En Asben 21/4

ni kira majlis lansum la nie..




Ni kakak dengan abg D ( akak sulong aku dgn abg ipar aku) dok Saujana Utama

Ni akak aku jugak.(nak kawin bln 2 thn depan) aku langkah bendol dia..hehehe

nie keluarga besar aku..baru adik badik dengan anak buah nie..


ni adik pom puan aku..bawah aku ada laki sorang pastu dia..tengah cari jodoh.. sape nak kawan dengan dia add FB dia Siti Khatijah Binti Nor..Sgt aktif ber FB menci aiii!!

Ni gmbr anak buah aku yg paling kecik cucu no 10 ayah & ibu aku..tembam ooo hamizah nama dia..tp gmbr gelap la..dia anak satu2nya abg aku..

ni ayah dgn sebahagian cucunya..tu zahra cubaan nak terjun..pantang nampak ibu dia terus ngada2..ayooo...

En Asben ingin Menduakan aku

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

huhuhuhuhu sedihkan tajuk ari  nie.ari selasa lepas 21/6/2011 bagun je pagi aku cite dengan en asben, aku mimpi dia buat tak senonoh. Memang real la mimpi tu. Macam mana tu tak boleh cerita nanti mengaibkan banyak pihak. En asben buat tak tahu je..Aku bila time bulan nak mengambang memang emo semacam. memang jahat bulan tu suka buat aku emo..Tu en asben malas nak layan aku tu..

balik keje, malam tu aku cite lagi. aku tanya. Abg nak menduakan yaati yek?sebab kadang2 apa dia buat aku boleh rasa walaupun dia tak cite. Di gelak je malas nak layan. Last2 dia cakap, memang dia nak menduakan aku. Dia dah bersedia nak menduakan aku. Dia memang selalu cakap nak kawin dua.

aku pun sedih la. kalau jadi dia menduakan aku. korang2 lihat je la perubahan kat diri aku. Aku nak bersedia tapi aku takut kalau fikir-fikirkan semula. Kalau rezeki murah diduakan aku tak kisah. Nanti ada kemajuan aku diduakan aku cite lagi yek. 

Harap-harap semua berjalan lancar walaupun aku diduakan.(ayat pasrah)

k. Caw cendol!!!

Wednesday, June 22, 2011

Apa yang kami makan malam tadi..


As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

 Jeli ni MIL aku bekalkan masa balik Selesa ari tu..sedap..nanti aku share resipi yek..

Jeli Nescafe





Spagetti Prawn Olio

 ini spagetti lagi sedap..udang kecik je..alhamdulillah..tu makan hujung bulan..hahahaha nanti aku share resipi jugak..En Asben kata kalau prawn olia kena bogelkan udang tu..Mana aku tahu aku tak keje Pizza Hut..dia yg keje Pizza Hut dulu..

layan..k.
Caw Cendol..

Monday, June 20, 2011

Dinner D' Cheringin Hotel & Spa Resort

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Kata En  Asben, aku belanja Cheringin Hotel & Spa Resort, Janda Baik. Makan kat Gelugor Cafe. Memang aku belanja, aku yang booking. Tapi itu tugasan PA..heheheh..Aku belaja Zaaasss kat ornag lain...ahahahhahaha..Salah buat perhitungan malam tu..Ingat nak makan kat Awana Genting Fully Book..Mana taknya Kol 5 petang baru teringan nak Salebrite Father Day...Aku dan kawan dah salebret dah...jadi aku lupa sudah...Time plan nie kami dari Mid Valley on the way nak balik Selesa Hillhome..Zahra hometown..
last2 booking Cheringin..mula2 booking buffet tapi sampai sana kol 8.30++ malam mkanan byk dah abis..oder ala cart...Lambat mak ai!! sipa waitteress bawak air boleh terjatuh tergoleh dengan dulang2 air...1..
2.tak sedap  makanan dia..Harga..harga hotel..makan 5 org dekat 200 jugak harga dia..ari jumaat tu aku dgr kat IKIM Chef Sabri, aku pun tak kenal..dia kata kat hotel dia Fresh Oren RM18 segela mcm tu la lebih kurang tapi dia guna 6 biji buah oren..kat Cheringin tak macam tu pon chef...

kesimpulan lepas makan.En Asben yang buat..Kita salah perhitungan malam nie...huhuhuhuh
dah penah gi sblm nie, buka puasa thn lps..ms tu sedap..xde org..kami 1 family, hutan dan nyamuk je yang ada..

kalau sape2 nak gi, gi la..aku tgk ramai org buat family day company kat situ..aku dah tgk hotel dia nye bilik..kelasss weii...

k..
caw Cendol
layan gambar,,gmbr makanan tak ambik sebab dah lapar sgt..







Friday, June 17, 2011

Puding Karemal

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Semalam buapuding karemal. Kelmarin pon buat tapi gula karemal dia hangus jadi pahit..tu yg semalm buat lagi tu. Resipi nie dari akak aku..tah mana dia dapat.dari zaman poli lagi nie resipi nie.


ini la gambar puding karemal saya


Puding Karemal


Bahan-bahan


1tin susu cair/ 400ml susu kotak
3 biji telur
3 susu besar gula, nak manis2 korang tambah la lagi
11/2 gula tok bu at karemal
1 sudu besar tepung kastard.
1 susu kecik esen vanilla


cara-cara
1. masak gula dalam kuali ke periuk ke tok buat karemal, tambah air 2 sudu je, masak sampai jadi macam madu..tuang dalam loyang kecik. Kalau nak cantik tinggi dia layang yang kecik dari 8 inci punya loyang yek.Sebab adunan ni sikit je...
2. pukul telur + gula sampai gula larut. masukkan vanilla, susu dan tepung kastard. Kacau sampai tepung kastard tu larut.dah siap..
3. Tuang adunan nie dalam loyang tadi..Kukus 15-20 minit.
kalau gula karemal tu keras biar je..nanti cair la bila masak nanti.
4.bila dah siap sujukkan.tebalikkan layang tu atas pinggan..boleh la makan..Nyum..Nyum..


Selamat mencuba..

Thursday, June 16, 2011

Tip atasi anak Tantrum

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

kat sini aku nak share dengan kawan-kawan cara atasi anak yang suka mengamuk.Cerita kat bawah nie memang ada kaitan dengan Zahra. Aku puas fikirkan macam mana nak atasi. Dah jumpe artikel nie aku nak buat expirement kat Zahra..Aku tahu perhatian dan masa yang berkuali untuk Zahra memang penting. DIa mengamuk tu nak mintak perhatian. Tapi kami cepat naik angin..

aku harap lepas nie aku dan En Asben bersepakat Cara nak Membesarkan Zahra. Sebab kami selalu bercanggahan pendapat.

Kawan-kawan kalau ada pendapat ke apa-apa je boleh la komen dana berkongsi dengan aku.supaya, amukan zahra, pukul ibu babah tak tentu pasal zahra dapat di atasi.

Harap kawan-kawan dapat Membantu..

ibu buntu..

ANAK tantrum biasanya tidak mempedulikan orang di sekeliling ketika mengamuk.
SETIAP ibu bapa sudah tentu menaruh kebimbangan tentang setiap perlakuan anak yang semakin menginjak usia. Lebih merunsingkan lagi apabila zuriat yang dikendong selama sembilan bulan 10 hari itu mula menunjukkan sifat negatifnya bermula usia dua tahun lagi.
Bagi si kecil, Balqis Farhanis Azimi yang genap tiga tahun April ini, dia bakal menerima kedatangan ahli baru dalam keluarga Mei nanti gemar mengekspresikan perasaannya dengan mengamuk atau bergolek ke lantai sambil meraung panjang untuk menarik perhatian.
Paling merunsingkan kepala ibunya, Nur Raihana Mohammad, 31, apabila Balqis sentiasa menggunakan tangisan sebagai senjata bagi memastikan permintaannya dipenuhi.
Masalah yang berlarutan itu merisaukan ibunya yang kadangkala, terpaksa berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk membawa Balqis ke sebarang majlis dianjurkan saudara-mara atau rakan taulan.
Bukan bimbang dimalukan di khalayak jika anaknya membuat onar tetapi, bingung memikirkan cara untuk memujuk sekiranya anaknya mengamuk.
“Kadangkala walau saya turut apa yang dia mahukan, dia tetap mengamuk, pernah juga dia membaling telefon bimbit saya dari beranda rumah.
“Bila saya naik geram, saya tidak mampu berbuat apa-apa dan dengan pantas tangan saya akan naik ke badannya. Sambil menangis-nangis dia akan mendapatkan perhatian neneknya yang tinggal bersama kami,” kata pegawai bank itu.
Lain pula cerita, Mohd. Aliff Abu Zharr, 45, yang mempunyai seorang anak kandung dan seorang anak tiri.
“Walaupun saya beri serta turut segala permintaan kedua-dua anak saya dengan sama rata, tetapi, anak kandung saya sering kali tidak puas hati dan mahukan lebih daripada apa yang saya beri kepada saudara tirinya itu.
“Saya rasakan mungkin dia bertindak begitu kerana kecewa dengan perpisahan saya dengan ibu kandungnya. Dia sememangnya rapat dengan ibunya tetapi selepas berpisah, hak penjagaan anak diberi kepada saya,” kata ahli perniagaan produk makanan halal itu.


BELAI dan berikan sepenuh kasih sayang anda kerana anak tantrum biasanya bersikap negatif kerana inginkan perhatian.



Merujuk kepada kedua-dua kes itu, mungkin ramai lagi yang mempunyai kisah-kisah seperti yang pernah terjadi dalam hidup mereka terutamanya ketika anak mereka menginjak ke usia dua tahun dan ke atas.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, kanak-kanak yang suka mengamuk atau lebih dikenali dengan istilah tantrum adalah keadaan emosi yang datang secara tiba-tiba. Ia menyebabkan kanak-kanak boleh merengek, menangis, menendang atau memukul orang lain tanpa sebab.
Terdapat juga kes di mana kanak-kanak yang sengaja menahan nafas sehingga pengsan apabila mengamuk. Lebih teruk, ia boleh menyebabkan kanak-kanak itu membenci seseorang, melukakan diri atau orang lain.
Bagaimanapun Zulkifli berkata, kelakuan itu adalah agak normal dalam kalangan kanak-kanak berumur bermula usia dua tahun dan ia berlaku bukan sahaja kepada kanak-kanak lelaki bahkan, kanak-kanak perempuan.
Sementara, istilah tantrum di laman sesawang Mayoclinic.com melalui artikel Temper tantrums: How to keep the peace menjelaskan, kebanyakkan pakar psikologi kanak-kanak melihat ia sebagai luahan rasa kekecewaan kanak-kanak tidak kira dari sudut fizikal, emosi atau mental.
Menurut artikel itu, dalam lingkungan usia dua hingga tiga tahun, anak kecil cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami.
Mereka akan membaling barang, menghentak-hentakkan kaki atau menjerit sekuat-kuat hati sebagai cara meluahkan kekecewaan itu. Adakalanya luahan kemarahan itu berlaku selama 20 saat atau berjam-jam lamanya.
Perlakuan normal
Tantrum dianggap normal kerana terdapat juga segelintir kanak-kanak yang memiliki kecenderungan untuk mudah marah berbanding kanak-kanak yang lain lazimnya kerana faktor letih, lapar atau tertekan menyebabkan mereka mudah mengamuk.
Bagaimanapun tegas Zulkifli, terdapat dua faktor berlakunya tantrum iaitu apabila kanak-kanak itu mahukan perhatian lebih daripada kedua-dua ibu bapanya dan juga kerana kecewa.
“Semua kanak-kanak akan melalui proses ini bagaimanapun ia bergantung kepada cara asuhan yang betul. Saya pasti ramai akan mengakui mereka menatang anak mereka dengan penuh kasih sayang, tetapi saya yakin cara yang dipratikkan itu kurang betul,” terang Zulkifli yang juga merupakan Bekas Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia.
Bercerita lanjut, beliau berkata titik bermulanya sikap negatif anak-anak perlu diatasi dari hari pertama kanak-kanak itu mula menunjukkan sifat tantrum atau mengamuk.
“Dari episod pertama lagi, ibu bapa perlu bijak menangani anak mereka dan yang paling penting perlu persetujuan daripada kedua-dua pihak iaitu di antara ibu dan bapa dimana kedua-dua perlu tegas.
“Ini kerana sejak dahulu lagi sudah menjadi trend apabila si ayah marah, si ibu pula akan menjadi tempat mengadu, justeru apabila berlaku senario ini, ia menjadikan kanak-kanak itu sukar dikawal,” katanya menerangkan hanya kanak-kanak normal yang suka mengamuk digelar tantrum.
Terangnya, terdapat perbezaan kanak-kanak normal yang suka mengamuk dengan kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD).
ADHD merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.
“Sekiranya sikap seorang kanak-kanak semakin sukar dikawal, ibu bapa perlu bertindak dengan merujuk masalah tersebut kepada pakar kanak-kanak kerana dia mungkin mengidap ADHD atau autisme.
“Sekiranya disahkan normal, maka ibu bapa perlu bertindak dengan memberi asuhan yang terbaik dengan mengikut cara yang betul,” katanya yang mencadangkan ibu bapa juga boleh mendapatkan nasihat daripada pakar psikologi kanak-kanak.
Beliau turut berkongsi dua langkah menangani anak kecil yang suka mengamuk.
“Yang pertama, dari hari pertama kita melihat dia mula menunjukkan sifat-sifat tantrum, abaikan mereka apabila mereka mula menangis atau merengek. Sekiranya masih terus menangis, ambil anak anda, letakkan di satu sudut rumah dan biarkan dia di sana. Itu yang saya buat pada anak saya.
“Langkah kedua, tetapkan masa dan selepas tiga minit, dapatkan anak anda dan tanya apa yang dia mahu walaupun kita tahu dia tidak akan jawab kerana geram atau merajuk,” katanya.
Terang, Zulkifli yang juga merupakan Pakar Kardiologi Kanak-kanak, berkomunikasi dengan lemah lembut mampu menyejukkan hati si kecil.
“Yang penting kaedah itu dilakukan pada saat pertama kita mengesan anak mula menunjukkan perubahan sikap kerana ia akan memudahkan kita melentur sikapnya terutama pada usia dua tahun,” katanya yang turut menggalakkan ibu bapa mengucapkan kata-kata yang positif ketika memujuk.
Selain itu, ibu bapa juga perlu menetapkan rutin bagi anak-anak mereka seperti masa tidur, masa makan, masa berjalan-jalan, menonton televisyen atau beriadah bersama-sama.
“Sekiranya ada rutin, kehidupannya akan lebih teratur, sebaliknya jika tiada rutin yang ditetapkan, ia boleh mengganggu harmoni dalam diri kanak-kanak itu.
“Selain itu, ibu bapa juga perlu mengetahui kemahuan anak-anak mereka dan sekali sekala menuruti apa yang dipinta tetapi, diikuti dengan kata-kata nasihat,” terangnya.
Selain daripada itu, terdapat satu lagi cabaran dalam membesarkan anak-anak dengan peraturan yang betul apabila nenek atau datuknya tinggal bersama.
Walaupun kehadiran mereka membantu menjaga anak-anak dengan lebih selamat dan sempurna ketika kita keluar bekerja, namun terdapat cabarannya apabila mereka kadangkala campur tangan dalam cara kita membesarkan anak.
Mereka akan terlalu memanjakan anak, melonggarkan peraturan dan rutin yang telah tetapkan.
“Justeru itu anda dan ibu bapa anda perlu mencapai persetujuan terlebih dahulu mengenai cara membesarkan anak,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pengasuhan Positif yang turut mengeluarkan buku dwi-bahasa mengenai pengasuhan positif.
Buku yang ditulis bersama beberapa lagi pakar pediatrik itu dihasilkan serta diedarkan secara percuma khas bagi membantu golongan ibu bapa dalam mengharungi cabaran membesarkan anak-anak pada masa kini.

Sumber artikel : http://tipskahwin.com/tips-kanak-kanak/tip-tangani-anak-tantrum/

Layan Suami Macam Pelacur

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


nak tahu cite..baca cite kat blog Nowa nie.. tapi serius memang aku tak marah Dr tu...Aku sokong Kelab Taat, Dr tu & Nowa..

baca kat blog Nowa/ Cik geligeli yek..

k. caw Cendol!!!

Tuesday, June 14, 2011

Busuk la & Minggu Safety Week.

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

semalam tengahari aku masuk2 je kat tempat keje aku kat Library nie, sekali aku terbau..Bau yang tidak menyenangkan..Haru!!..aku buat la report tok di siasat..bau apakah itu..suspek adalah bau tikus mati..

pagi nie masuk ada bau lagi..pihak yang berwajib dah panggil dah pihak pest control.mereka yang kena buat keje tu..tapi semalam dorg cari tak jumpa.pagi nie ada bau lagi..

BUSUK wei!!!

3 hari nie isnin selasa rabu..kat opis aku ada Safety Week..jadi ada la macam aktiviti.

semalam pemeriksaan kesihatan
arini cite pasal nutrisi pasal herbalife..ok la herbal life tu..tp kopak duit..tapi apa yang aku simpulkan sama je macam Melilea.Konsep dia tak payah makan. Hanya makan makanan kesihatan tu. Tapi Melilea jauh lebih murah. Aku fikir2 balik aku nak diet amalkan Melilea semula la..

Korang penah tak dengar Melilea?

apapun Herbalife tu kata aku kena minum bayak air. Setiap 25kg berat kita, kita kena minum 1 liter air.aku kena minum 3 liter + 2 liter sbb dah lebih berta badan. kena la minum palan2 praktis.

padahal hari2 aku wajib minum 2 liter sebab aku nyusu badan. sekarang nie kena tambah lagi..huhuhuhuhu...air2...

k.

Caw Cendol!!!

Monday, June 13, 2011

Setengah hari manjakan diri kat SALON

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

manjakan diri ke dari 9.30 pagi sampai 3.00 ptg..haduh seksa aku rasa...aku gi bager2 rambut semalam kat salon bawah umah aku..tak tahan la lama sgt..sbb di Sponsor oleh en asben dan nak cantikkan mahkota wanita aku..aku rela..untuk My Asben gak..huhuhuuhu..Time kasih abang..thn depan klu rambut panjang lagi sponsor lg yek..hehehehe..

hasilnya ok.tapi tak de la puaskan hati aku..

tapi muka aku mak aii..mcm budak2 kanak2 rebina korg..hehehehe

tak makan tgh hari kami woookk angkara rambut itu..En Asben dan zahra makan Maggi je...hehehehe aku kebulor..

nak kuar makan kol 4 smalam zahra baru nak tido pulak..waduh2 lapar bangat aku...aku minum la milo dan biskut lemak..
naza : maaf xdapat join ko ptg smlm
cikin:sori sbb sap lupa nak feed back..

perbualan dipetang hari..

EN Asben : nak mkn mn
aku : sini2 ok je area puchong utama nie
En Asben : kita makan kat daun pisang nak tak?
aku : ok je

jam 6.30 ptg semalam aku gi la mkn kat daun pisang Restoran Rathaa kat Bandar Puteri..Layan tapi gamabr tak amik sebab dah lapar gilo tak makan tengahari semalam..Layan Daun pisang..aku macam biasa makan kari2 ni, kari mau asing ya..tak lalu kalau banjir semua kuah kari tu..
makan apa pun kandar ke, roti canai ke connot banjir..kembang tekak aku, mcm kembang banjir2 tu..

anyway, ari nie aku posa ganti, ada lagi 2 hari.. En Asben pon sama..dia kena ganti 10 hari.aku ganti 4 hari...hehehehe dia kena deman denggi time ramadhan yang lalu..sian abang..

k.

caw cendol!!

Friday, June 10, 2011

Keletihan angkara aktivi keluarga pada Khamis malam Jumaat

 Ayah, agaknya hari rabu tu dia tengok Licence to gril..dan esok iaitu semalam dia ajak buat BBQ..aku dari Puchong lps balik keje balik la Ampang jap makan2..layankan aja..

 masak lemak cili api mmg tak tinggal..kalau xde tak lalu ayah den nak makan...
anak2 buah aku dan zahra bergambar sekali..serang xde..anak abg aku tak balik..
k.layan.
Caw Cendol!!!

Terima kasih kak Ummi Kuantan

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...



terima kasih juga kepada kat ummi kerana sudi kongsi resipi..
dan tukar pendapat dan memberi nasihat dan penerangan.
tapi saya terkilan gi Kuantan tak dapat jumpe akak..
xpe la kak, mungkin lain kali
Terima kasih kak ummu..

caw cendol!!!


1st GA by Siti Zahrah Comel " My Baby and Toys"

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


Jom join GA..
Hadiahnya menarik KLIK tok sape nak join

Gambar yang dipertaruhkan..
Zahra tengah Menyusukan bear2 dia, OTW dari Opis Ibu=School Zahra.Mata kuyu sbb nyusu memang ngantuk..hehehe


TAG:
Mamakembar 3
karimah

k.sekian
Caw Cendol.

KLCC -Gambar January

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


babah zahra buat gaya aaawww!!




Zahra dengan untie Rosalinda ayamoi..Budak kelas babah..kwn ibu & babah..

KAMI

Untie Cikin, Rayyan & Zahra

Zahra & Rayyan, zahra tua 5 bln dari rayyan tp tgk ka bezanya..hehehehe

Wednesday, June 8, 2011

Tandas....

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

hehehe boleh ke letak tajuk tandas..aku stress nak gi kencing kat tandas kegemaran aku itew..huhhuhuhu..ada ke pihak Aset management tukar tandas kegemaram aku dari paip pili yg ada getah paip tu dia tukar yg dah xde getah paip..pancut airnya dari tepi magkok tandas tu..

aku tahu la tujuan dia tak nak bagi belecek2 tandas tu kalau ada getah..nie semua idea orang pertama kat opis aku nie la punye keje..dia tak pe la ca ya nu alif..heeeerrrr....tension2 tension2..

nak buat experiment(betul ke aku eja nie) pun buat la kat tandas lain, jangan la buat kat tandas kegemaran aku..nanti misti dah susah dah aku nak buat bisnes pagi2....huhuhhuh

k. la.caw cendol..

Tuesday, June 7, 2011

Sakit-sakit badan, akibat aktiviti keluarga & Selamat Hari Bapa

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

hahahaha Selamat Hari Bapa..Bila tarikh sebenar aku pun tak tahu..Ini Naza punye idea buat suprise untuk suami masing2.
maka kami pun berkumpul kat Padang dataran shah Alam, Ahad 5/6/2011 yang lalu..
makan2 pot luck. aku bawak sosej puff, naza -mee & mee hoon goreng, cikin-roti jala, nurul -kek semperna hari bapa, ada kak wati kwn ijan-bawak mee goreng juga. tapi mknn terlalu bayak tak abos dan membazir.jadi masing bawak balik makanan kawan yang lain..

seronok aktiviti macam ni..aku dan keluarga bawa raket dan main badminton beria2..tu yang sakit2 badan..beli raket masa gi MidVallet tempan En Asben keje kat C4 hari sabtu tu..letih2 badan sakit2...sampai ari nie..

gamabr nnt la aku masuk secara pukal..

k.caw cendol..

Monday, June 6, 2011

Pap Smear

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


Last week saya gi buat ujiaan pa smear ni. tapi buat 2 hari lepas period, doktor kata takut tak walid je result dia.patutnya 7 hari lepas period..baru ok...tp tunggu je la khamis ni. Isyallah xde pape kot..

Rasa sakit ke tak? bagi aku ok je, tapi ada la ras ngeri2 sket lepas buat tu. Lepas tu ok je..Ujian dia rodok tu, tak sampai 5 minit pon..ok je semuanya..aku buat sendiri je, gi sendiri je..

buat kat Azzahra, Bangi.Dorang Charge.. RM49..sebenarnya RM40..Consultancy RM9 kot..
bawah nie serba sedikit ILMU, sebelom buat kena baca dulu..aku dah buat baru nak cari info..hhehehehe

APA ITU PAP SMEAR?
PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya.
"Saya pernah melaluinya ketika mengandung anak pertama dahulu. Cukuplah sekali. Takut melihatkan alatnya yang besar. Saya pun rasa kurang selesa dan sakit semasa rawatan dijalankan." Akui Lina
"Bayangkan doktor lelaki pula yang buat. Eee....malunya. Lainlah kalau memang tengah sakit, rasa malu bolehlah di tolak ke tepi." Kata Mimi pula.

Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.

"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.


DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA
MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.
Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita. 

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR




Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.
Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.
Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.
Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.
Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.
Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.
Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

  • Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.

  • Mereka yang kerap bertukar pasangan.

  • Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

    BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

    Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.
    Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.
    Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.
    Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.
    Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.
    Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:


  • Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.

  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.


    RUJUKAN :NONA, JUN 1998, M/S 32-33


    copy and paste from : http://ibunafis.blogspot.com/2011/01/pap-smear-tak-sakit.html

    Thursday, June 2, 2011

    Khamis Tanpa kata-kata


    As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...                

    Hasil kerja tangan aku....masih belum kemas lagi..praktis make perfect..


    selamat menatap..
    Caw Cendol...