Followers

Wednesday, February 29, 2012

WW : samurai toncet & kaki itik serati..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


ini toncet kering


ini toncet basah

ini itik serati tengah menyebok nak kemas baju juga kat bilik baju..sila abaikan brg bersepah kat lantai tu ye..


Tuesday, February 28, 2012

Off to Germany

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

hehehe berangan je aku nie..bukan aku pun gi Germany En Asben yang gi. Dia ada keje kata sana. 20-22 Feb ri tu di gi Hong Kong. Ni gi Germany pulak..huhuh kesian kami yang kena tinggal kat sini.

Di balik nanti nak gi jalan2 tapi tak tahu nak gi mana booking kondo tnb tak dapat kecewa...
pewut dah makin membesar bagai johan begitu juga dengan badan aku. Ari nie zahra tak gi school, dia ponteng..maleh aku nak angkut pagi2..aku dari ampang nak kuar klu bawak zahra kena sebelum kol 7.10..huhuhuh..bosan klu gi keje dari ampang..Ampang ke Bangi adalah sangat jem..bosan..klu Puchong ke Bangi..boleh rempit 25 minit layan...

lagi pon antara faktor aku malas nak anta zahra gi school, sbb school dia tgh merebah wabak penyait kaki, tangan, kuku dan mulut. kesian anak-anak yang dah kena jangkitan tu..tu yang buat aku risau nak anta tu..

tah hape aku ngarut ari..sebenarnya aku nie buat entri yang lebihnya rindu kat en asben tapi yelah tak tahu nak tulis mcmn..

ari ahad malam anta dia kat airport dengan MIL & FIL..naik flight 12 malam Msia, sampai sana 6.50 pagi Germany..tapi pejalanan dia 13 jam..jauh tu..
bila balik Ampang semalam nak skype peralatan nak skypr xde kat Ampang..huhuhu lagi sedih..non ado laptop kat Ampang. Ms gi Hongkong ari tu boleh skype.. Laptop akak aku dia dah bawak balik umah dia..dia dah mula kelas dan dah ada assigment kena buat..huhuhu

nampaknya aku kena beli laptop sendiri. bila la nak beli laptop nie..tu wishlist thn lepas yg tak terlaksana tu..huhuhuhu..

dan lagi, dalam usia kandungan aku 22 week ni aku sedang ganti puasa..harap2 berjaya la sampai ke petang. sekarang nie ok lagi..tadi aku sahur nasi putih dengan sambal ikan ibu aku masak ptg semalam..air masak sekoler besar dgn 1/2 nescafe..aku kena ganti 10 hari..ms raya thn lepas,aku baruganti 4 hari..hari last ganti tu..lusanya period..dan sampai la nie tak period2...time lepas tu la baby aku nie lekat..tu yang tak sempat nak ganti tu..Insya Allah klu larat dan kuat nak ganti sampai jumaat nie. Harap2 berjaya..

nanti bila bsalinkan baby nie, dalam pantang time bulan posa kena ganti lagi banyak puasa..hehehe salah budget la..ingat nak puasa penuh thn lepas tp Allah tak bagi rezeki lagi ms tu..rezeki raya pulakan. Tp Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang Allah beri. takut juga nak jumpa pengalaman Breastfeed baby time bulan puasa..hehehehe dah rasa masa Zahra dulu..merudum..dengan xde ilmu time tu..

Anyway..aku bersyukur Alhamdulillah dengan apa yang Allah berikan sepanjang hidup aku..Terima Kasih Allah.
Amin.

Wednesday, February 22, 2012

Makanan Yang tak sesuai masa mengandung

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

ni apa yang aku baca dari babycenter.com.my. yelah baru terkial-kial cari info.bulan lepas berat badan aku naik 3kg. khamis nie nak gi cek up pulak tak tahu naik bape Kg.nak kena kawal makan ke..tu yang aku cari info. tp aku makan macam biasa je.Alhamdulillah xde alahan nak makan tu..

bagi aku yang kekacang tu yang perlu di tekankan macam aku dengan en asben xde alahan. so bedal je.Tapi tetap kawal. Kalau sape ada alahan jaga bab kacang2 ni masa ngandung..Nanti anak pulak jadi mangsa.termasuk la air kacang soya ye..

Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:


•Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

•Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.

•Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

•Keju dengan kulit ari yang putih dan "bercendawan" seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

•Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

•Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.

•Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.

•Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.

sumber : http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/diet-kehamilan-sihat/

WW : Rakan Masjid

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


Thursday, February 16, 2012

Azam tahun 2012

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Azam tahu 2012 aka wishlist. orang awal tahun buat tapi aku dah nak abis bulan 2 baru rasa rajin nak menaip.
tahun nie kewangan aku lebih bagus sikit sebab ada kenaikkan gaji..eh sape yang baca ni jangan pulak kata kita riak yek..ini peringatan tok diri sendiri je..lagi pun aku dgn en asben bukan jenis membeli belah sgt pun.. 1thn sekali atau 2 thn sekali je pon klu nak membeli belah..melainkan benda cam perlu sgt kekan kena la beli..

mari layan wishlist aku. dan harap ia terlaksana dengan sempurna.Ini wishlist setakat 16/2/2012 ye..kot2 mn tahu lepas nie ada lagi kekan..heheh

1. Memiliki rumah atas tanah (hampir tercapai sebab loan rumah dah approve) beli kat Bandar Saujana Putra yg dulu2 ms aku baru kawin aku kata jauh..Pi mai pi situ jugak..hihihih

2. Buat set kait untuk baby at least Mittens & booties (sebenarnya nak buat blanket, dan sweater) tp ibu dia nie penyakit tak boleh nak pegang jarum kait tu..lelaki kot baby nie(alhamdulillah klu lelaki)hihihih

3. Memiliki breast pump sendiri 1st choice Madela PISA(Ini pon klu En asben nak belikan) 2nd Choice : Spectra 3 (tetap dihati)hehehe

4.  Fully Breastfeeding anak ke 2 sampai 2thn dan lebih.

5. Buat Stok EBM banyak2. Sebanyak mungkin masa dalam pantang dan tekun mengepum macam time zahra dulu.

ok.sekian sahaja wishlistku itu..setakat ini.lepas nie klu ada buat lagi..hihihi

k.caw cendol pulut..

Friday, February 10, 2012

Hospital tempat Besalin

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat..

pagi nie baru lepas balik dari Taska zahra ada Majlis Maulidirasul..seronak mak2nya nie..anak biasa je..hihihi excited lebih.tapi tak nak buat cite tu..nak buat cite hospital sbb baca kat blog Imaan psl Hospital Annur.

Ramai yang bertanggapan kalau company tanggung tu, hal kewangan tak menjadi masalah untuk bersalin di swasta. Aku bersyukur kerana company aku tanggung tuk bersalin. Tapi ada ke Hospital Swasta atau kerajaan tahu yang company tanggung tu ada Limit dia...klu bsalin Hospital Gomen tak de masalah sebab caj dia tak mahal. Tapi kenapa hospital swasta nie membeza2kan caj untuk yg pakai GL dan Cash. aku sangat tak setuju yang tu.

Untuk pengalaman aku bersalin anak pertama aku besalin kat Selangor Specialist, KPJ Selangor, Seksyen 20 Shah Alam tu..Pengalaman aku bersalin sangat panjang dah sakit dari 4 pagi dan besalin jam 9.17 malam. Sangat panjang dan ngeri pengalaman pertama aku. Dah sakit nak besalin normal tapi kena Emergency C-zer sbb anak dah berak dalam perut. Ada tak pengalaman orang lain anak berak kena C-zer. aku kena caj 8k ulos..Tapi company aku tanggung hanya 3k je..yang lebih tu mmg company byrkan..ada hati perut company aku tapi lepas masuk keje sila potong gaji bulan2 je..until now tak abis2 lagi..huhuhuh sedih2 sedih..

Tapi aku rasa, aku la rs..pakar aku tu xde la best mn(nama dirahsiakan) tp selalu masuk Pa&Ma pakar aku tu.hihihih..mcm doktor biasa yang aku gi cek up klinik biasa tu je..hehehehe
so far dia punye nurse tu pon sama..tak abis2 sorg nurse dtg cakap kat aku..jangan teran!!jangan teran!!aku dah bukak 5 cm time tu..dtg lagi nurse india pulak..jagan teran!!kami tahu u boleh normal kami tak nak u kena czer..alah, kat situ mcm aku tgk dorg suh aku kena czer (heee buruk sangka je aku ni) itu pendapat aku..

bila asben mintak tukar cadar, ada ke cakap nnt kena caj ni encik..abih takkan nak suruh aku dok kat katil yg basah2 kena air ketuban tu..fikir sendiri..nampak sgt jenis hospital yg nak kikis duit patient..nak mintak tukar baju pun sama..pelik haku....Depa tak tahu yang aku klu normal 2k dan Czer 3k je company tanggung. padahal aku dok bilik yang double tu..bukan single ok..Agaknya sbb emergency czer kot tu yg dorg tekan aku habis2an tu..

tu semua dah berlalu. Kesimpulan sekarang, aku rasa serik nak gi Swasta. Aku rasa Gomen pon servis dah ok staff nurse baru2 baik hati je kot. Servis swasta aku rs biasa je..mgkn staf nurse gomen yg lama2 tu dah ramai sgt kat swasta..heheheh..
Aku dah tak sanggup bayar bulan tok medical lagi yang zahra punya pon tak abis lagi.

Mungkin nnt nak bersalin kat Hopital Putrajaya atau HUKM yang ada private patient tu. Yang aku boleh dok dalam bilik sorg2 dan suami teman kat bilik.xde pateint lain..hehehe

Itu Semua bergantung pada keadaan dan waktu. Kita hanya merancang dan Allah yang maha berkuasa. Insya Allah.

Wednesday, February 8, 2012

chilled Oreo Cheese Cake

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Hehehe semalam dok ampang...buat Oreo cheese cake..jom tgk resipi.resipi nie amik Dari member opis..kak mas, tq..
tapi mcm biasa la, keje aku menderhakakan resipi je...
topping tu nak ubah buh blueberri pon ok..lps nie nak buat lagi..maaf non ada gmbr..gmbr di Ipad en asben..di opis cont wifi Ipad tu..heheh

selamat mencuba ye..sesuai bagi org yg xde oven kat umah..heheheh


o CHILLED OREO CHEESE CAKE


Hiasan
1 paket oreo dipatahkan 4 dan diletak kat tengah dan atas cheesekek

Base kek.

50g mentega –dicairkan (saya taram je butter kat umah ibu)
1 paket oreo dikisar/dihancurkan-sebagai base/tapak kek

o bahan A

250g cream cheese -selalunya aku guna jenama PHILADELPHIA (guna tantura je, C4 Ampang xde phil cis)
1 kotak kecil(200g) whipping cream (kat umah ibu dah exp cream taram guna low fat susu..hihihi)

5 sudu besar gula kastor

1 sudu besar jus lemon ( nie pon xde, bantai guna limau nipis)


bahan B

1 sudu besar gelatin yang halal*
5 sudu besar air*

(masukkan gelatin dalam air.kemudian cairkan guna microwave.selepas dah keluarkan dari microwave,kacau guna sudu)
ataupun cairkn gelatin gunakan air panas... make sure larut sepenuhnya...

CARA-CARA :

1.pastikan mentega dan cream cheese telah dikeluarkan awal dari peti sejuk dan biarkannya lembut secara semulajadi di suhu bilik. bila kedua2nya dah betul2 lembut,baru la boleh mula buat cheesekek.

2. kisar 1 peket biskut oreo yang telah dibuang krimnya. kemudian, gaulkan biskut yang dah dikisar dengan mentega yang telah dicairkan. bubuh dalam loyang kek,tekan hingga mampat..kemudian masukkan dalam peti sejuk.

3. masukkan bahan A dalam blender dan blend sehingga sebati.

4. kemudian, masukkan Bahan B ke dalam blender tadi. blend lagi sampai sebati.

5. Kemudian,keluarkan loyang berisi biskut tadi dari peti sejuk,tuang adunan cheese separuh.kemudian bubuh biskut oreo yang di patah-patahkan, kemudian tuang lagi adunan cheese sampai habis. pastu,bubuh beskut oreo yang dipatah-patahkan sebagai topping kek.sejukkan dalam peti sejuk selama 3jam sebelum dimakan.

Wednesday, February 1, 2012

WW : Silau la..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


zahra silau..ibu tak perasan