Followers

Friday, May 17, 2013

Saujana mata memandang..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


View master bedroom


view veranda master bedroom


berjasa kepada tanah byk hasilnya


ummar baru lps muntah dlm kete..view family area

gambar diatas dirumah kami masa curi masuk rumah sendiri..pada tarikh digambar..sebab esok baru nak gi amik kunci..

Wednesday, May 15, 2013

Rumahku syurgaku..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Cerita pasal rumah saujana, panjang cerita rumah aku..Aku boleh jadi jutawan dengan hutang piutang rumah aku..Jutawan hutang ye.bukan orang kaya ye tapi kayap kalau tak bayar hutang...Walaupun ada rumah, aku tak rasa best sangat kot sebab rumah-rumah itu menyebabkan hutang2 keluarga aku meninggat. Tapi Alhamdulillah kami dah buat keputusan membeli rumah..Kalau tak beli skrg nanti harga dia lagi mahal..Orang kata biar berhutang tapi lama-lama hutang tu akan habis..In Sha allah. Disamping tu kami membuat pelaburan untuk membuat rumah sewa untuk disewa.



Rumah saujna last week baru bayar duit amik kunci bernilai RM1200 sebenarnya RM2000 tapi biasa la en asben mintak diskaun..Interest2 tu bukan salah kami, semua sebab MBSB yang bayar lambat ke pemaju..Oh sebab apa kami pinjam loan dari MBSB..sebab rumah saujana ni bukan rumah pertama kami..Sebelum kawin aku beli 1 low kos, en asben 1..bila kawin en asben beli lagi 1 flet..lelong2 punya..rumah2 tu kami sewakan..rumah aku je kami duduk skrg..

jadi rumah saujana bank tak bg pun kami pinjam, cuma MBSB je bagi..alhamdulilah walaupun interest tinggi..nanti 2, 3 thn nanti kita pasang strategi nak kasi hutang abis cepat..huhuhuhuh..refinance ke apa2 aje la yg blh buat..

Perancangan untuk rumah diatas..

Sabtu ni kami akan amik kunci..view mmg canti view ladang Teh gitu..ala-ala cameron highland tapi tak sejuk..berangin je..gila ko kalau kat saujana putra tu sejuk mcm cameron..nak sejuk macam cameron sila pasang aircond ye..hahahah..

in sha allah akan diduduki dalam masa 2 thn lagi..sebab :

nak kumpul duit bonus dalam 2 thn untuk buat & kumpul duit yang in sha alla turun dari langit.. :

  • pasang alarm keselamatan 1 rumah sabab rumah tepi.pasan cc tb ke alamrm yg suka menjerit tu ke..tp yang mn2 yang selamat la..
  • nak renovate dapur
  • nak buat mcm2 la tok masuk rumah baru..
  • nak buat pagar auto..
  • nak buat awning depan umah
  • nak buat padang bola tepi umah..hahah verangan..
angan2 diatas semua angan2 aku je..en asben kata 2 thn sebab nak kumpul duit je..yang kat atas tu semua aku yang rasa macam nak buat..hahah

dulu masa nak masuk rumah skrg ni, langsung aku tak fikir apa-apa...zero ko..pasal duit pun aku tak fikir kejam tak?tak xcited la..dulu rumah sewa besaw nak masuk rumah flat..agaknya culture shok kot..tp skrg ok je..

tapi bila ada rumah saujana ni aku xcited terlebih tapi apakan daya semua tu kena kumpul 1-2 thn lagi..

cerita diatas adakah catatan hidup aku bukan bertujuan lain ye..

SESIAPA BERMINAT NAK SEWA RUMAH DIATAS BOLEH LA HUBUNGI AKU..EMAIL JE PUN BOLEH YE..haa nego dengan en asben ye..hihihih..aku tak reti..

cerita rumah sewa to be continue..nnt org boring pulak baca panjang2..

Rabbi Yasir Wala Tu'aassir Ya Karim






Friday, May 3, 2013

Wordless Friday

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


Tuesday, April 30, 2013

Kitchen equipment - pemotong buat

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

makan buah adalah cara pemakana sihat..sebenarnya aku nak cite pasal pemotong buah ni..aku tak beli..En Asben bawak balik. En asben bawak balik 1 kotak Kitchen gaget Berjenama (tah korg tak kisah kot) Fackelmen.. 

Nak buat promosi sikit..brand ni sejak En Asben keje dia masuk kat Malaysia..Harga aku tak penah tahu sebab aku guna alat-alatan sample..sebelum customer2 guna aku guna dulu kot menda2 tu..kira aku testimoni compant En Asben la..hehehe

mari tengok makcik pemalas potong buat..Mula2 kupas kulit dulu..pastu potong.lempulur dia pun terbuang sekali..senangkan kerja2 ibu berkerjaya ni..hihihi

produk ni pun ada jual kat IKEA tp apa kotg perlu tahu yang kat IKEA tu adalah dari kilang Fackelmen juga..En Asben dah gi kilang dia tahun lepas..Kilang dia kat China..

sila abaikan chopping board tu..tunggu en Asben bawak balik chopping board baru..hahaha macam ada je..


Monday, April 29, 2013

28 april 2013 ummar 10 bulan

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat..

alhamdulillah dh 10 bulan ummar dilahirkan.
sampai ke hari ni ummar dh pandai merangkak dengam lajunya.abis la 1 rumah dia jelajah.dia dah blh buat aksi turun tilam.semalam dia panjat tilam rumah nenek.gigi pulak nak tumbuh yg ke6..caiyok ummar!!!

Aku ajar dia turun tila sebab tgk la blog lia, dia kata dia ajar anak dia turun katil tak silapnya..ok la, cepat baby2 nie serap kalau ajar dari awal..alhamdulillah..

Sejak kebelakang ni Ummar kerap demam selsema dan batuk. Batuk dia tak baik2 bawak ke pakar kanak2 Columbia Puchong dia kata ok, xde pape sebab dia batuk teruk sebab hidung dia banyak sangat hingus..Paru2 cantik je..tapi gi bawak ke pakar kanak Sunway dia kata bronculiti(betul kot aku eja ni)..gi Sunway Ummar kena amik gas..

Sekarang batuk selsema dia masih teruk lagi..kadang2 dan kerap gak Demam..apa cadangan kawan-kawan ye nak gi Columbia ke Sunway..huhuhu..tapi anak2 aku ni peel dorang asal nak bawak ke pakar je depa ni dan2 tu sihat..alhamdulillah sihat..tp sampai je Ummah semula terus lembik..Macam mana tu nak buat skrg ni..fenin2..





















Malam tadi Ummar tido dah nak pagi dia jatuh dari tilam.. kesian dia..lebam dahi dia..gamaknya kena tido kat lantai kot..

Apa-apa pun aku harap Ummar cepat sihat,cepat kering hingus dia tu dan lega la kahaknya..in sha allah..semoga urusanku dipermudahkan..

Rabbi Yasir Wala Tu'aassir Ya Karim








































Monday, April 22, 2013

Happy bday My Darling Safri.

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Semalam bday En Asben. Selamat Panjang Umur dan dimurahkan rezeki kepada my beloved husband. Tak pape hadiah yang syg hadiahkan kat abg. Cuba kudrat syg je untuk abg dan usaha gigih syg menjaga anak-anak dan rumah kita.Love U so Much..
Tq babah sebab belanja kami makan. Selamat segalanya..Umor babah dah tua..dah 30 tahun...heheheh

bulan 4 ke atas sibuk sambut bday dan hari-hari penting..

21/4 : bdaya babah
24/4 : bday (ibu, ayah aku) dan along(anak buah)
25/5 : bday zahra
28/6 : bday ummar
11/7 : anniversary kami
12/9 : bday aku




kek bday babah

ummar berikan kerjasama untuk bergambar..tapi sori makci pakcik..muka saya mmg serius(Ummar)



Zahra sibuk nak potong kek..babah sibuk dgn hp..as usual..

Monday, April 8, 2013

Kemahiran motor halus

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Bila zahra dah sekolah ni baru aku perasan beberapa kelemahan anak aku berbanding anak kawan-kawan aku..Ini bukan aku nak bezakan anak aku dengan anak orang lain tapi aku sedar mungkin ada kesilapan kami membesarkan zahra. Sedih sebenarnya.

Hari khamis lepas aku balik lambat sebab main bola jaring ada sukan, suka2 je nak kuarkan peluh.kebetulan sampai kat tadika zahra, zahra baru mula nak mewarna. Teacher kata eh dia dah kenal warna..hehe tu berkat seminggu hari-hari tanya..sebab sebelum ini aku kena sound sebab zahra tak kenal warna.aku tengok buku zahra mmg banyak putih-putih benda yang dia colour tu.. teacher leha kata kemahiran motor dia lemah sikit kak..tapi memang ada budak yang lambat sikit..Touching wei..balik aku cite dengan En asben. Malam tu aku tengok la youtube apa aktiviti yang boleh tingkatkan kemahiran motor dia.

Aku ingat dia tak suka warna tu, macam normal, rupanya mungkin tangan dia lemah tu yang buatkan dia tak suka aktiviti mewarna. Buku warna, pensel warna banyak kat umah tu.

hari jumaat lepas aku pun mula la google apa lagi aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor dia..Sian zahra. Sebelum ni kami memang tak belikan mainan2 yang boleh menjana minda dia..takut bersepah, cepat rosak, membazir dll la..nyesal aku..huhuhuh

lagi 1 aku balik sibuk je memanjang, zahra suka buat aktivi yang bertemankan ibu dia..aku sibuk nak masak la mcm2 la..tahu la betapa sibuk kita nak uruskan rumahtangga lepas sampai umahkan...sape yang keje dia tahu la kot..

banyak aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran motor kanak-kanak ni..antaranya puzzle, main tanah liat. dan macam-macam lagi.Nanti aku share lagi

Untuk pengetahunan zahra nak masuk 4 tahun bulan 5 ni..tp dia masih tak mahir nak butang baju...mgkn aku yang manjakan sangat dia kot..huhuhuh sedih ni..





Setelah kami berbincang suami isteri kami mula nak banyakkan aktiviti zahra..dari lepas makan terus terbongkang tengok tv babah dan zahra..jumaat lepas, lepas makan terus kena buat tuisyen dengan ibu..Buat aktiviti menggunting..kesian tgk zahra gunting..sebelum nie tak bagi dia pegang gunting sebab takut cedera..Memang macam payah sangat dia nak gunting tu..Tapi lama-lama ok la tu insya allah.

lepas tu aku belikan dia puzzle yang besar2 tu, yang kayu tu..nampak la dia cepat give up klu dia tak blh nak buat..bila dia nak buat puzzle kecik tu dia tak boleh, dia suruh aku yang buat..tu la peel dia cepat sangat putus asa..

kat sekolah pun macam tu, teacher kata klu dia bosan dia suruh teacher yang colour yang dia punye..tak pon tgk kawan dah gi next page dia pun sama tapi dia punye tak siap lagi..

pastu kami belikan dia play doh..En asben pun nak tingkatan aktiviti zahra dengan main basikal..kasi kuat kaki dia..insya allah kita tengak perubahan dia nanti..

Insya allah.Allah tolong orang yang berusahakan..Mintak Kawan-kawan doakan kecergasan Zahra dan anak-anak saya ye..Amin

Rabbi Yasir Wala Tu'aassir Ya Karim