Followers

Tuesday, April 30, 2013

Kitchen equipment - pemotong buat

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

makan buah adalah cara pemakana sihat..sebenarnya aku nak cite pasal pemotong buah ni..aku tak beli..En Asben bawak balik. En asben bawak balik 1 kotak Kitchen gaget Berjenama (tah korg tak kisah kot) Fackelmen.. 

Nak buat promosi sikit..brand ni sejak En Asben keje dia masuk kat Malaysia..Harga aku tak penah tahu sebab aku guna alat-alatan sample..sebelum customer2 guna aku guna dulu kot menda2 tu..kira aku testimoni compant En Asben la..hehehe

mari tengok makcik pemalas potong buat..Mula2 kupas kulit dulu..pastu potong.lempulur dia pun terbuang sekali..senangkan kerja2 ibu berkerjaya ni..hihihi

produk ni pun ada jual kat IKEA tp apa kotg perlu tahu yang kat IKEA tu adalah dari kilang Fackelmen juga..En Asben dah gi kilang dia tahun lepas..Kilang dia kat China..

sila abaikan chopping board tu..tunggu en Asben bawak balik chopping board baru..hahaha macam ada je..


Monday, April 29, 2013

28 april 2013 ummar 10 bulan

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat..

alhamdulillah dh 10 bulan ummar dilahirkan.
sampai ke hari ni ummar dh pandai merangkak dengam lajunya.abis la 1 rumah dia jelajah.dia dah blh buat aksi turun tilam.semalam dia panjat tilam rumah nenek.gigi pulak nak tumbuh yg ke6..caiyok ummar!!!

Aku ajar dia turun tila sebab tgk la blog lia, dia kata dia ajar anak dia turun katil tak silapnya..ok la, cepat baby2 nie serap kalau ajar dari awal..alhamdulillah..

Sejak kebelakang ni Ummar kerap demam selsema dan batuk. Batuk dia tak baik2 bawak ke pakar kanak2 Columbia Puchong dia kata ok, xde pape sebab dia batuk teruk sebab hidung dia banyak sangat hingus..Paru2 cantik je..tapi gi bawak ke pakar kanak Sunway dia kata bronculiti(betul kot aku eja ni)..gi Sunway Ummar kena amik gas..

Sekarang batuk selsema dia masih teruk lagi..kadang2 dan kerap gak Demam..apa cadangan kawan-kawan ye nak gi Columbia ke Sunway..huhuhu..tapi anak2 aku ni peel dorang asal nak bawak ke pakar je depa ni dan2 tu sihat..alhamdulillah sihat..tp sampai je Ummah semula terus lembik..Macam mana tu nak buat skrg ni..fenin2..





















Malam tadi Ummar tido dah nak pagi dia jatuh dari tilam.. kesian dia..lebam dahi dia..gamaknya kena tido kat lantai kot..

Apa-apa pun aku harap Ummar cepat sihat,cepat kering hingus dia tu dan lega la kahaknya..in sha allah..semoga urusanku dipermudahkan..

Rabbi Yasir Wala Tu'aassir Ya Karim








































Monday, April 22, 2013

Happy bday My Darling Safri.

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Semalam bday En Asben. Selamat Panjang Umur dan dimurahkan rezeki kepada my beloved husband. Tak pape hadiah yang syg hadiahkan kat abg. Cuba kudrat syg je untuk abg dan usaha gigih syg menjaga anak-anak dan rumah kita.Love U so Much..
Tq babah sebab belanja kami makan. Selamat segalanya..Umor babah dah tua..dah 30 tahun...heheheh

bulan 4 ke atas sibuk sambut bday dan hari-hari penting..

21/4 : bdaya babah
24/4 : bday (ibu, ayah aku) dan along(anak buah)
25/5 : bday zahra
28/6 : bday ummar
11/7 : anniversary kami
12/9 : bday aku




kek bday babah

ummar berikan kerjasama untuk bergambar..tapi sori makci pakcik..muka saya mmg serius(Ummar)



Zahra sibuk nak potong kek..babah sibuk dgn hp..as usual..

Monday, April 8, 2013

Kemahiran motor halus

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Bila zahra dah sekolah ni baru aku perasan beberapa kelemahan anak aku berbanding anak kawan-kawan aku..Ini bukan aku nak bezakan anak aku dengan anak orang lain tapi aku sedar mungkin ada kesilapan kami membesarkan zahra. Sedih sebenarnya.

Hari khamis lepas aku balik lambat sebab main bola jaring ada sukan, suka2 je nak kuarkan peluh.kebetulan sampai kat tadika zahra, zahra baru mula nak mewarna. Teacher kata eh dia dah kenal warna..hehe tu berkat seminggu hari-hari tanya..sebab sebelum ini aku kena sound sebab zahra tak kenal warna.aku tengok buku zahra mmg banyak putih-putih benda yang dia colour tu.. teacher leha kata kemahiran motor dia lemah sikit kak..tapi memang ada budak yang lambat sikit..Touching wei..balik aku cite dengan En asben. Malam tu aku tengok la youtube apa aktiviti yang boleh tingkatkan kemahiran motor dia.

Aku ingat dia tak suka warna tu, macam normal, rupanya mungkin tangan dia lemah tu yang buatkan dia tak suka aktiviti mewarna. Buku warna, pensel warna banyak kat umah tu.

hari jumaat lepas aku pun mula la google apa lagi aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor dia..Sian zahra. Sebelum ni kami memang tak belikan mainan2 yang boleh menjana minda dia..takut bersepah, cepat rosak, membazir dll la..nyesal aku..huhuhuh

lagi 1 aku balik sibuk je memanjang, zahra suka buat aktivi yang bertemankan ibu dia..aku sibuk nak masak la mcm2 la..tahu la betapa sibuk kita nak uruskan rumahtangga lepas sampai umahkan...sape yang keje dia tahu la kot..

banyak aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran motor kanak-kanak ni..antaranya puzzle, main tanah liat. dan macam-macam lagi.Nanti aku share lagi

Untuk pengetahunan zahra nak masuk 4 tahun bulan 5 ni..tp dia masih tak mahir nak butang baju...mgkn aku yang manjakan sangat dia kot..huhuhuh sedih ni..





Setelah kami berbincang suami isteri kami mula nak banyakkan aktiviti zahra..dari lepas makan terus terbongkang tengok tv babah dan zahra..jumaat lepas, lepas makan terus kena buat tuisyen dengan ibu..Buat aktiviti menggunting..kesian tgk zahra gunting..sebelum nie tak bagi dia pegang gunting sebab takut cedera..Memang macam payah sangat dia nak gunting tu..Tapi lama-lama ok la tu insya allah.

lepas tu aku belikan dia puzzle yang besar2 tu, yang kayu tu..nampak la dia cepat give up klu dia tak blh nak buat..bila dia nak buat puzzle kecik tu dia tak boleh, dia suruh aku yang buat..tu la peel dia cepat sangat putus asa..

kat sekolah pun macam tu, teacher kata klu dia bosan dia suruh teacher yang colour yang dia punye..tak pon tgk kawan dah gi next page dia pun sama tapi dia punye tak siap lagi..

pastu kami belikan dia play doh..En asben pun nak tingkatan aktiviti zahra dengan main basikal..kasi kuat kaki dia..insya allah kita tengak perubahan dia nanti..

Insya allah.Allah tolong orang yang berusahakan..Mintak Kawan-kawan doakan kecergasan Zahra dan anak-anak saya ye..Amin

Rabbi Yasir Wala Tu'aassir Ya Karim


















Friday, April 5, 2013

Bulan atau minggu yang tak sihat

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

entri draft baru nak publish..
Now kena update laju-laju...tak de kesempatan nak tulis blog kat opis..Minggu lepas 21/3/2013 sampai 30/3/2013 ummar tak sihat..Dia demam dan kena cirit birit..kat taska pulak ada kes rota virus..tp alhamdulillah Ummar -ve rota virus..Ya Allah jauhilah anak-anakku dari virus-virus ini Ya Allah..

Minggu lepas aku dapat keje 2.5hari je..yang lain-lain dok umah jaga anak..
tiba hari khamis2 29/3/2013 zahra pulak muntah-muntah..tapi zahra kuat gi juga sekolah hari jumaat tu..teacher dia jaga dia kat sekolah..

Sekarang nie perut zahra sangat sensitif..tak boleh angin sikit..klu angin mesti dia muntah..

Ibu, semalam gi klinik kena makan anti biotik sebab sakit tekak tp setakat kol 2pm ni alhamdulillah dah senang nak telan banding dengan pagi tagi..

aku konon-konon nak jaga pemakanan aka nak turunkan berat badan..masa lepas pantan dulu berat dah berat asal dah..lepas 9 bulan berat aku dah naik 6 kg..risau gak..huhuhuhu

nak bersenam..aerobik nak beli cd aerobik.treadmil kat umah tu dah berhabuk dah..huhuh..masa itu la alasan ibu ni..

ketahan aku kawal makan adalah sangat lemah..tu sbb la *e*uk..huhuhuhu..Aku tak malu kata aku gemuk mmg hakikat sebab aku amat suka makan..kena kawal dah nie..huhuhuhuh..

En Asben pun kureng sihat juga..dia batuk-batuk..

Sangat banyak dugaan yang kami terima..Bagi aku ni cubaan dari Allah taala. Pasti ada hubungan aku, sama ada dengan Allah atau manusia ada kelemahan. Sebab tu Allah bagi dugaan kat aku.

Tapi puas aku hubungan aku dengan siapa yang bermasalah?Mungkin dengan Allah?mungkin dengan ibu bapa aku atau mungkin dengan bos2 aku..

Ya Allah kau permudahkan la urusan hidupku Ya Allah..

Aku doakan kawan-kawan dipermudahkan urusannya dan mohon kawan-kawan pun mendoakan aku..

Aku bukan alim pun..tapi benda2 macam ni kita saling ingat memperingati..Amin

Rabbi Yasir Wala Tu'aassir Ya Karim