Followers

Friday, August 12, 2011

Mee goreng Basah & ayam Cili

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...
ini mee goreng basah high profile..mee ni aku guna pes sambal petai kat bawah. sebab frust dengan sambal tu. aku kuarkan petai dia, aku blend buat pest mee goreng. aku campur daging udang dan bola2. sedap tapi mcm termasin. tak buh garam pun tapi gi guna kicap masing mmg la masin. mee dia pulak terasa kapor sgt. beli kat Hero Meranti Jaya mee tu.

Mee goreng basah high profilr

tumis 1/2 biji bawang besar 3 biji bawang putih sampai layu.masukkan pes sambal petai, cili api blend kering sket. tumis sampai pecah minyak. taruk sayur. masukkan air rebusan daging..pastu taruk mee..siap..kicap jgn lupa..aku guna kicap masin jalen sbb malas nak bukak kicap manis..adalah dicadangkan guna kicap manis jalen..enak..pastu aku guna kicap mee goreng mahsuri.








ini pulak ayam cili.

ayam goreng dengan kunyit garam, cukup rasa maggi, dan tepung gandum..semua agak je..tepung tu biar bersalut dengan ayam. goreng sampai garing..tok bahagian dada aku goreng kejap je.tak suka keras2 dada dia..

7 biji cili besar blend kering klu rajin tumbuk
10 biji bawang putih
tumis sampai agak masak..bubuh garam, cukup rasa..pastu masukkan ayam yg dah goreng.siap.




ini sambal ikan bilis petai, mungkin aku takkan buat lagi sampai bila2. Kisahnya aku tak ingat puasa ke bape aku buat lauk nie..dengan ayam goreng kunyit versi sedap. sekali en asben mkn sket je sambal petai nie. dia kata tak sedap, tak macam ibu( ibu aku) buat...berasap aku..suka compare masakan aku dengan ibu aku. ibu aku memang la dah bertahun2 masak..huhuhuh sedih. aku la mkn sambal nie. sebab dah teringin sangat nak mkn. buka aku mkn, sahur aku mkn lagi. aku suka mkn sambal ni dengan kicap dan ikan goreng. sebab dah buat ayam goreng kunyit aku malas nak goreng ikan..

ada lagi 1 menu black list dalam umah aku..asam pedas, sbb buat asam pedas rs dia jadi pelik masa mula2 kawin dulu..tu sebab aku guna cili boh beli kat kedai..sampai skrg tak penah buat..heeheh

k.ini je perkongsian ari nie..
caw cendol..

1 comment:

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Sedap jerk nampak sambal bilis petai tu..hurm selera org lelaki; kdg2 sukar diramal..redho jeela..hihih..