Followers

Friday, November 16, 2012

Dua Terkorban – Treler ‘terbang’ di Lebuhraya Karak

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Berita kat bawa diambil dari klik sini..

Masa sibuk-sibuk kejadian ni saya baru nak masuk ke susur janda baik tu nak ke Selesa Hillhome(balik Kg)heheheh..tak tahu cerita..hari nie google la..jumpa pun cite dia..Semalam dari Bentong ke Kl still jem lagi sebab orang nak tengok rangka kejadian..

BENTONG: Dua maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan treler dan sebuah Perodua Myvi di Kilometer 42.8 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur berhampiran susur keluar Janda Baik, dekat sini, kira-kira 9.25 malam tadi.


Kemalangan berlaku apabila treler yang membawa muatan besi buruk dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan itu terbabas, bergesel dengan pembahagi jalan sebelum terbang serta terhumban ke laluan bertentangan.

Menurut jurucakap Peronda Lebuh Raya Karak, pemandu treler dikenali Mohd Yusof Mansor, 38, dan kelindannya yang belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian selepas tercampak ke dalam longkang berhampiran.

“Pemandu treler berkenaan maut akibat parah di kepala dan badan manakala kelindannya putus tangan kanan dan hancur di bahagian muka.

“Dua lagi mangsa yang menaiki Perodua Myvi pula parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Sehingga ini, identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal tidak menolak kemungkinan treler berkenaan dipandu laju menyebabkan ia hilang kawalan sebaik menuruni selekoh berkenaan.

Difahamkan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong terpaksa mengambil kira-kira setengah jam untuk sampai ke lokasi kejadian berikutan kesesakan lalu-lintas.

Kemalangan itu juga menyebabkan laluan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur terpaksa ditutup kira-kira dua jam untuk kerja-kerja pembersihan sebelum dibuka semula kira-kira 11.30 malam

No comments: