Followers

Wednesday, February 8, 2012

chilled Oreo Cheese Cake

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Hehehe semalam dok ampang...buat Oreo cheese cake..jom tgk resipi.resipi nie amik Dari member opis..kak mas, tq..
tapi mcm biasa la, keje aku menderhakakan resipi je...
topping tu nak ubah buh blueberri pon ok..lps nie nak buat lagi..maaf non ada gmbr..gmbr di Ipad en asben..di opis cont wifi Ipad tu..heheh

selamat mencuba ye..sesuai bagi org yg xde oven kat umah..heheheh


o CHILLED OREO CHEESE CAKE


Hiasan
1 paket oreo dipatahkan 4 dan diletak kat tengah dan atas cheesekek

Base kek.

50g mentega –dicairkan (saya taram je butter kat umah ibu)
1 paket oreo dikisar/dihancurkan-sebagai base/tapak kek

o bahan A

250g cream cheese -selalunya aku guna jenama PHILADELPHIA (guna tantura je, C4 Ampang xde phil cis)
1 kotak kecil(200g) whipping cream (kat umah ibu dah exp cream taram guna low fat susu..hihihi)

5 sudu besar gula kastor

1 sudu besar jus lemon ( nie pon xde, bantai guna limau nipis)


bahan B

1 sudu besar gelatin yang halal*
5 sudu besar air*

(masukkan gelatin dalam air.kemudian cairkan guna microwave.selepas dah keluarkan dari microwave,kacau guna sudu)
ataupun cairkn gelatin gunakan air panas... make sure larut sepenuhnya...

CARA-CARA :

1.pastikan mentega dan cream cheese telah dikeluarkan awal dari peti sejuk dan biarkannya lembut secara semulajadi di suhu bilik. bila kedua2nya dah betul2 lembut,baru la boleh mula buat cheesekek.

2. kisar 1 peket biskut oreo yang telah dibuang krimnya. kemudian, gaulkan biskut yang dah dikisar dengan mentega yang telah dicairkan. bubuh dalam loyang kek,tekan hingga mampat..kemudian masukkan dalam peti sejuk.

3. masukkan bahan A dalam blender dan blend sehingga sebati.

4. kemudian, masukkan Bahan B ke dalam blender tadi. blend lagi sampai sebati.

5. Kemudian,keluarkan loyang berisi biskut tadi dari peti sejuk,tuang adunan cheese separuh.kemudian bubuh biskut oreo yang di patah-patahkan, kemudian tuang lagi adunan cheese sampai habis. pastu,bubuh beskut oreo yang dipatah-patahkan sebagai topping kek.sejukkan dalam peti sejuk selama 3jam sebelum dimakan.

3 comments:

Azian & Zaini said...

low fat milk blh gantikan whipping cream ke?ehm...kalo cam tu senang la

Yaati Nor said...

banyak je resipi yang guna krim tu aku tukar kepada susu kotak tu yang..penuh krim ke low fat ke susu segar ke aku bantai je..tp alhamdulillah semua menjadi xde la bantat ke hape ke...hehehe..fakta aku tak tahu boleh ke tak...

cik jue tomey said...

tak pandai sy nk wat kek...huhu..takde bakat kot..masak lauk pauk sy suka lah..cmana nk blaja ni eh