Followers

Friday, November 4, 2011

Jiran MIL, dah meninggal 3 hari..baru sedar..Misteri

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

sape yang baca ni harap maklum je la..ini kenyataan..baru disedari 2/11/11 oleh mak mertua.

cerita dia bermula..hari selasa tu memang MIL dah mula masak2 tok Raya Haji nie..dia ingat ada bau busuk bau sampah or ada bangkai tikus ke hape ada nampak lalat dah..untuk makluman jiran nie mmg betul2 sebelah pintu je..kalau sape2 ikut cerita aku tahu la kat mana umah MIL. untuk makluman umahnya di dalam sebuah pusat peranginan dinegeri pahang (demi menjaga nama pusat peranginan tu aku tak letak..sape nak tahu cari cerita lama sendiri ya)

bila rabu tu, MIL kata bau makin kuat, bila menjelang tengahari lalat makin banyak..(dah seram dah ni). MIL call FIL yg masa tu ada kat opis..FIL kata tak pe la nanti dia call JMB(persatuan penduduk tempat tu). semasa MIL call baru dia ingat mana Mr T  nie yek lama tak nampak.. sebelum nie seminggu dia tak xde FIL call dia ke China..Untuk pengetahuan Mr T nie tinggal seorang diri dirumahnya. Bila dah teringat dah lama tak nampak Mr T nie..maka FIL buat tindakan balik segera dan caal management..memang sebelum nie Mr t ada bergurau dengan FIL klu lama tak nampak dia atau ada bau ke gi je kat umah dia pecahkan pintu..

Management naik masuk dari veranda rumah MIL ke rumah Mr T.

Maka memang jumpa mayat Mr T tengah duduk atas sofa sambil terbaring sikit.. ..kesian dia..Bila polis dah datang polis cari waris mR t. malangnya warisnya ada di Ipoh. polis angkat mayat bawak gi hospital bila warisnya sampai dari Ipoh. Nape polis tak terus angkat?menjadi persoalan bagi aku..dengar cerita Mr T ada lah muslim. Macam mana mayat tu diuruskan aku tak pasti. warisnya yang datang tu ada cina..so complicated dia punya kisah..

macam nak beraya haji dia sana nanti..kami akan bergerak pulang ke sana esok pagi..huhuhuh..takut pon ada..huhuhuh

k. caw cendol!!!

2 comments:

Amiizaa2001 said...

sakit apa mr t tu? kesiannnyaaa.....nanti sambung citer pasal pengebumiannya ya...nk tau...kesiannyaaa...

Yaati Nor said...

ada sakit jantung kot..dia dah tua