Followers

Thursday, April 26, 2012

Rumah oh Rumah

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

ini luahan hati aku xde niat lain..mood rungsing...

Tetiba rasa nak menulis atau bercerita pasal rumah. Sekarang kami menetap atau tinggal dirumah yang aku beli masa bujang. Skim Rumah Kos Rendah negeri Selangor. Alhamdulillah aku merasa apa yang kerajaan sediakan. Masa Aku beli tu pentadbiran lama ok..Ok ni bukan nak cerita pasal politik yek..nak cerita pasal aku je. Rumah ni aku beli 1, En Asben 1. Kami tinggal kat umah aku. Umah teres 8 tingkat. Aku dok tingkat 2. Umah En Asben tingkat 3 atas umah aku je. Sewa boleh tahan RM500 good investment tok kami sekeluarga.

kalau macam ayah aku dia memang ada tanah tok buat umah dan sewakan kat Ampang. macam kami mana la ada tanah. Nak melabur kena la cari rumah-rumah kos rendah mcm tu untuk investment masa depan...

Bila dah ada rumah Teras 8 tingkat nie, rasa la pulak nak beli rumah tanah. Alhamdulillah niat murni nak ada rumah tanah tertunai sudah pada awal tahun ini. Kami dapat beli rumah idaman itu di Bandar Saujana Putra. Bila dah ada rumah ni yang masih pending untuk proses lawyer. En Asben rasa macam rumah tu tak bape sesuai dengan keluarga kecik kami. 3 orang dan bakal 4 orang bulan Julai ni.

Tapi hajat dihati nak duduk rumah bawah tu amat la tinggi sekali. En Asben berniat untuk menyewakan rumah yang kami beli tu. Tapi rumah tu akan siap pada hujung tahun. Siapa-siapa yang rasa nak sewa rumah besar. Ada tanah luas boleh la hubungi saya yek. Tapi rumah tu tak siap lagi. Mula sewa untuk tahun depan. tapi sewaan bergantung pada terma & syarat la ye.

So macam mana niat kami nak duduk rumah tanah? Dengan zahra sorang pun aku dah berperang pagi-pagi nak masukkan dia dalam kereta.. hhhuuuuhuru hara setiap pagi aku...En Asben Cadangkan kita sewa rumah lain..Macam mengarut pulak aku rasa. Rumah idaman aku memang rumah teres 1 tingkat pun. Tapi dah terbekenan Rumah Indigo kta Saujana Putra. Dah beli baru rasa macam eh kita beli rumah besar sangat la...hahahahahaha menci taw..tapi tak menyesak rumah tu mungkin akan diduduki dalam 5-10 thn lagi? atau siapa tahu bila-bila..aduh apa la aku mengarut petang-petang nie..




Rumah aku pada masa depan..huhuhuh

Kesimpulan cerita aku..En Asben nak cari lagi 1 rumah teres 1 tingkat..hahahaha huhuhuhu..aku suka dan aku pening. Macam mana la En Asben nak uruskan kewangan dia..Apa yang aku fikir, jika dia buat keputusan macam tu, mesti kewangan dia ok. Tapi aku dah rasa En Asben sangat banyak komitment. Aku tak tahu apa lagi akan jadi pada masa akan datang. Apa pun keputusan En Asben aku tetap sokong. Kalau cerita dengan ayah aku, bab beli rumah ni ke tanah nie. Dia kata 'KITA KENA BERANI' duit akan ada bila kita dah buat keputusan nak beli tu...Macam ala-ala berani kerana benar la..hahaah..ok tu je la bebelan petang aku..

caw cendol!!!

2 comments:

Nooona-KuRaMuRa said...

Rumah teres 8 tingkat???mcm mne tu kak? x pernah dengar pon....

Yaati Nor said...

itu nama sedap uols..Nama Kampung dia rumah pangsa 8 tingkat..