Followers

Friday, January 28, 2011

Marble Cheese Cake for Investigating Caremony my kakak

hahhahahah tah hape2 tah tajuk aku buat..kehkehkeh..kak ummi kuantan...tlg saya...heheheh..resipi amik kat dapur kak ummi kuantan jugak..terima kasih kak ummi..

mcm nie cite nya..aku wat marble cic kek..2 adunan...waduh2 hangit di atasnya..dah tak termarble dah kek ai....buat kat umah ibu aku..ghupa2nya itu oven ada kecik sikit la...waaaaaa!!!
nak kena deko...so nak tiru idea cik mat gebu kita...
dah le nak bagi kat orang...malu saja..
hahahaha...sabar ye bakal abg ipar...tp geranti sedapnye la...

Thursday, January 27, 2011

Sedia Menerima Tempahan - Marble Cheese Cake


Tempahan boleh dibuat dalam saiz :

>< 1KG

RM35 for 1 Kg/ 1 loyang

RM60 for 2kg/ 2 loyang

Tuesday, January 25, 2011

Sekolah aku glamour wooo...

baca cerita kat bawah nie...kejadian kat sekolah aku la tu...

Perlu peka atasi risiko


KUALA LUMPUR: Langkah menempatkan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) mengikuti proses pembelajaran bersama pelajar normal mampu mendatangkan risiko sekiranya penuntut istimewa itu gagal dikawal.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, walaupun pelajar terbabit menunjukkan tahap kepintaran tinggi, dia tak wajar ‘disatukan’ jika tahap kesihatannya kurang baik.


“Pihak sekolah sepatutnya peka mengenai isu ini kerana kita tak mahu apabila pelajar OKU ditempatkan bersama pelajar normal akan menimbulkan perkara tidak diingini terutama jika pelajar berkenaan mengamuk atau masalah lain lagi.

“Walaupun kes seperti ini mungkin terpencil, ia tetap tidak boleh dipandang ringan dan semua pihak terutama kementerian bertanggungjawab perlu melakukan sesuatu untuk menanganinya.


“Seperti terjadi kepada pelajar tingkatan dua itu (dihempap meja), pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kena siasat secara menyeluruh,” katanya.


Beliau mengulas mengenai kejadian menimpa seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang dekat sini yang dihempap meja dipercayai dibaling dari tingkat empat bangunan sekolahnya.

Akhbar semalam melaporkan kejadian Rabu lalu itu menyebabkan Asyraf Sabiq Samad, 14, cedera di beberapa bahagian badan dan menerima empat jahitan di dahi, manakala hidungnya turut tercedera.


Laporan menyebut ibunya, Mariam Kamarudin, 42, sebagai berkata, dia diberitahu pengetua sekolah perbuatan terbabit dilakukan seorang pelajar OKU yang dikatakan mengganas selepas gagal mendapatkan bekalan ubatnya, malah pelajar berkenaan ditempatkan dalam kelas normal bukannya kelas khas.

Bagaimanapun, katanya pihak sekolah menghubungi suaminya (Samad Masaan, 58) memaklumkan kejadian itu tidak disebabkan pelajar OKU terbabit, namun dia dikenakan tindakan gantung sekolah.


Berikutan kekeliruan itu dan kejadian menimpa anaknya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pandan Indah.


Mengulas lebih lanjut, Mohamad Ali berkata, selain siasatan, semua pihak juga perlu bertenang dan mengadakan perbincangan secara bersemuka bagi membolehkan masalah diketahui dengan jelas.


“Kita tak mahu ada kisah saman menyaman, sebab itu perkara ini perlu siasatan rapi dan menyeluruh termasuk menilai tahap kesihatan pelajar yang menjadi mangsa dihempap meja, juga pelajar OKU yang dikatakan tidak mendapat ubat hingga dia bertindak ganas.


“PPD kena mengadili kes ini sebaiknya dan pihak berkuasa itu jugalah yang perlu temukan keluarga pelajar (mangsa), pelajar OKU dan pihak sekolah untuk berbincang,” katanya.

Wednesday, January 19, 2011

Breasfeeding..

Ari nie agak emosi nak cerita pasal breasfeeding..aku target nak nyusukan zahra 2 thn penuh tp dapat dalam 13 ke 14 bulan je..mcm tu la lbh kurang..Alhamdulillah.
sekarang nie zahra dah hampir 20 bulan..lg 4 bulan nak 2 thn.
klu sape baca cerita lama..mmg zahra dah campur susu tp still aku xboleh nak berhenti pump.tak sampai hati..
bulan nie tukar susu zahra aku beli Fernleaf. Dia bukan main suka dan membuatkan dia tak nak directfeeding dengan aku..sedih...
setiap hari lunch aku gi taska zahra nak directfeeding. itu jugak tak menarik perhatian dia..skrg aku dah nak giveup dah nak directfeeding kat taska..tapi buat masa nie aku tabah lg gi taska.
bila malam hari pulak En Asben lebih menggalakkan bagi susu botol kat zahra dari directfeeding.2 3 hari nie dia nak tapi malam tadi dia reject susu botol..Agaknya dah ngantuk sangat kot.dah aku rasa sebab zahra reject sebab mungkin susu aku dah kurang kot...huhuhuh..nape aku negatif nie!!!
tolong la kawan2..aku sedih pulak dengan sikap negatif aku..emosi terganggu kot...huhuhuhu
tapi dalam masa yang sama aku tak sampai hati nak benti nyusukan my darling kecik aku tu..mcmn yek?

Tuesday, January 18, 2011

Melaram 2 saat je


ni gambar ms gi Strawberri park Genting ari tu..zahra peragakan cekak (hair band) dia..2 saat je pakai.membazir duit ibu je belu aksesori konon2 nak bagi anak cantik mantik..tgk la apa lg aku beli..

Friday, January 14, 2011

Daun Pasley



ini daun pasley..tapi tengok kat Spagetti kak ummi kuantan mcm lain..apa komen kak ummi?
daun nie lama dah beli..ari nie pulak rajin nak upload gambar..

Perkembangan Zahra 19 bulan 2 minggu

Hari ni rasa macam nak cerita pasal perkembangan zahra..

sekarang aku rasa berat dia baru ngam2 9kg kot..tah la mungkin la..last timbang dia 18 bulan dulu belum sampai 9 kg pun, 8.8kg mcm tu la lebih kurang.berat dia sangat susah nak naik..berat ibu dia senang nak naik..hehehehe.ye lah nak makan kat sekool atau time balik ampang je sebab ramai orang kot..kat umah kalau aku suap kdg2 je nak makan..lebihnya nak suap sendiri dan nak buat sepah umah je..huhuhuh..ibu letih nak komas sayangku..

sejak kebelakangan nie dia sangat kureng nak isap tek ibu..asyik nak main je..main pun main tah apa2 tah.masa nak tido je nak tek ibu..mungkin sebab dia dah isap susu tepung masa balik sekool kot..mungkin la..

selalu zahra tido kol 8.30-9.30 mlm macam tu la time tido dia..sejak kebelakangan nie kol 11-12 pun tak tido lg..tp mlm tadi dia tido awal...hahahahah tahu2 je dia malam tadi malam juamaat kan..hehehehe...agaknya dia pun nak qodok tido dia...tapi mcm biasa la..bila aku tekkan dia tok tido...hahaha aku pun hanyut sekali tido..hahahahah tu yang best tu tidokan anak tu...

dulu zahra berjalan masa dia 13 bulan..sekarang nie baru nak pandai lari2 anak..risau kalau tengok dia lari...nak2 klu kat jalan tar...kalau jatuh abis lutut budak kecik tu...

skrg nie dia dah pandai cakap sikit2 dah..banyak gak perkataan yang mama kat taska dia bawak balik aku rasa nak ada gak yang aku ajar sebijik dia ikut..

perkataan zahra- bahasa normal

dodok -duduk
totop-tutup
tek - b ibu
babah - babah
nenek - nenek
mama - ibu
bom-bom - tido

ni je kot aku rs perkataan dia..tp untuk mama tu semua orang dia panggil mama..makcik2 dia aka adikberadik aku semua dia panggil mama..
k..sampai di sini sahaja..kot2 ada perkembangan lg..nanti kita update lagi yek..
caw cendol!!!

Thursday, January 13, 2011

Semalam buat Pizza tak jadi

Semalam aku wat pizza, sup kentang dan kruton lagi..kali nie aku wat pizza doh aku tak jadi..keras.
sebab konon2 aku nak jadi mcm Mat Gebu alah tuan punye Blog Dapur Tanpa Sempadan tu... reka2 resipi..ubah2 resipi..hahahhaha
nak buat pandai la konon..caranya rendam Yis dalam susu suam..aku pandai2 rendam dalam susu panas..nak wat expirimen la konon..last2 amik ko doh aku, keras dan tak naik..
kesian En Asben.. makan sup kentang dengan kruton je dan makan hati kot dia dengan aku mlm tadi....Maafkan Yaati Abg..syg tahu abg terasa dengan syg..huhuhuhu..

k.
caw cendol!!!

sekarang nie mood nak muat nai gmbr takde la..PC opis nie dah penuh..agak2 sikit lg meletup kot..hohohoho..nak save sume menda tak blh..

Tuesday, January 11, 2011

Nasi Ayam Seri Pelangi

Salam Semua..

Semalam aku buat nasi ayam..En. Asben komen sedap...aku tanya apa sedap?dia kata semua sedap..ok tq aku kata..tiba time aku makan pulak...En. Asben makan dulu sebab aku suapkan zahra.
bila tiba aku makan.nasi..wow!!!sedap....Ayam..wow!!!sedap gak..sup..tak sedap pon bang..hehehe kurang garam tp En Asben kata sedap..sedap kot kurang garam tp berasa..hehehehe..aku pun nak sedapkan hati sendiri..Nyum!!
kalau rajin saya upload gambar dan resipi saya ikut akak saya..
k caw cendol!!!

Monday, January 10, 2011

1st Class semalam

salam semua..
semalam dah mula dah kelas petama aku kat Uitm...kami belajar kat Uitm sek 17
sangat mencabar..nape aku kata kami.. sebab aku dan En Asben sambung belaja..heheheh..
sama kursus sama2 kelas..harap2 blh konvo sama2 nanti..
apa yang mencabar yang aku maksudkan?
ari sabtu lps balik Selesa,anta zahra dok dengan nenek dan atuk ari ahad tu...hehehehe..nasib baik nenek dengan atuk blh anta zahra balik semula kat Puchong..TQ nenek&ATuk..
Sangat penat kelas seharian tu, start kelas kol 8.30 am abis kol 6.00 pm..huhuhu cabarannya adalah penat.Dan nak kena study kelas yang lepas mungkin malam nie kan review kelas yang semalam.
k. la..caw cendol..

Friday, January 7, 2011

Pizza hut, Potato Soup & Kruton



semalam makan pizza, potato sup dan kruton..potato sup & kruton xde gambar pulak..
jangan marah yek tengok pizza saya, xnampak base sbb sarat dengan bahan2..hehehe buat sendiri boleh la kita nak campak apakan..
tp saya sangat xde illmu dalam pizza mempizza nie..ada ke say guna keju ceddar cepatutnya guna keju mozarelakan kawan2...
huhuhuhuhuhu
ms tgh masak semalam...
aku:abg, nape keju nie tak cair2
aku: haah la keju cheddar mn cair..
abg :keje mozzarela tok buat pizza..

moral of the story : belaja dari kesilapan..

nak beli keju mozzarela ke hape2 keju tok buat pizza lg..
howleng ar!!!
k.caw cendol!!!!

Tuesday, January 4, 2011

Sambut Krismas Kat Penang


ini kat Gurney Plaza..zahra buat onar kat pokok krismas belon tu..dia tarik belon putih yg salji tu..hahahaha



hai..salam semua kawan2..

ini adalah cerita basi..aka cerita masa krismas ari tu..
keluarga belah asben mmg sambut Krismas tiap2 tahun tu pun kalau tidak ada aral melintang..Insya Allah.
sebabnya mereka dan kami2 sambut adalah kata En Asben dia ada 'mix blood' hehehehe..memang pun tapi muka xdela..darah je...hehehe..ampun abg!!!
makcik2 dan pakcik En asben berbangsa Serani dan Agama Kristian..Dan Abah Mertuaku berbangsa Serani tp beragama Islam..
itu la al-kisah kenapa kami sambut Krismas...
seronok sambut krismas nie..dapat bayak hadiah..hadiah tak sempat amik gambar sebab tah lupa kot..
gi Penangkan ikut En Asben keje jadi mood gi sana ponat yo den...huhuhuh..tak jalan2 pun..kalau jalan2 pun gi outlet tempat En Asben keje..

yang tak dapat masa gi Penang yang lalu :

  • nak makan kuehtieow rudy kat food court kat area Tanjung bungah tu..
  • nak gi pasar cowrasta / balik pulau beli jeruk..
  • huhuhuhuhuhu
tu la..kami tinggal kat umah Makcik En Asben kami panggil Godma..

saksikan la kami dengan pokok krismas nan sebatang tu..punye la 5 hari dok sana..nak balik baru hegeh2 nak amik gambar
Sangat 1 Malaysiakan sambut macam2 perayaan..



ini dah sampai LCCT dah
ini Gog Godma..nama dia Juniper...Zahra sangat suka nyaris2 dia nak bawak main..aku yang takut...hehhehehe..leceh pulak nak samak2 namti..Zahra lihat je la yek dari dalam pagar..

Monday, January 3, 2011

Gi Penang - 1st time naik flight..hahaha peraq!!!

aksi kami dalam flight




Salam Semua..
Ada yang terkejut ke baca tajuk tu?tak kan..
hahahah mesti ada orang ketuk aku..1st time naik kapal terbang pun kecoh..
mesti la kecoh..nanti anak cucu aku boleh ingat bila 1 st time ibu dan nenek dorg naik kapal terbang..hahahah
actually gi penang ni adalah sebab En Asbenku keje 23/12, 24/12 dan 27/12..Dan Penang jugak adalah Kg En. Asben..
SO, balik Penang ni kami tinggal di rumah Mak Cik En Asben (GODMA)
untuk pengetahun Godma ni panggilan kepada makcik En Asben. Dia beragama Kristian dan bangsa serani..FIL aku pun Bangsa serani tapi agama Islam..
nak jadikan cerita kami sambut la Krismas sekali trip ke Penang kali nie..
ok..mari saksikan gambar 1st time naik kapal terbang dan gelagat zahra..zahra dok atas Lugage je la senag sikit..klu tak susah nak kawal..tgk babah zahra pakai baju keje

1st time dok dalam kapal terbang..ok la tak takut sangat sebab dok 2 dari belakang..masa balik takut sebab dok depan dan En Asben dok seat lain..huhuhuhu sedih2..

Budak kecik yang tak reti dok diam..ngantuk dan tak nak tido..masa ni kol 8.30 am mcm tu la lebih kurang..dari puchong kol 6.00 am tak silap..mahu tak ngantuknya..ibu zahra nie yang ngatuk bangat!!!

berkenan sangat dia nak naik troli nie..nie kasi can la jap..