Followers

Tuesday, January 25, 2011

Sekolah aku glamour wooo...

baca cerita kat bawah nie...kejadian kat sekolah aku la tu...

Perlu peka atasi risiko


KUALA LUMPUR: Langkah menempatkan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) mengikuti proses pembelajaran bersama pelajar normal mampu mendatangkan risiko sekiranya penuntut istimewa itu gagal dikawal.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, walaupun pelajar terbabit menunjukkan tahap kepintaran tinggi, dia tak wajar ‘disatukan’ jika tahap kesihatannya kurang baik.


“Pihak sekolah sepatutnya peka mengenai isu ini kerana kita tak mahu apabila pelajar OKU ditempatkan bersama pelajar normal akan menimbulkan perkara tidak diingini terutama jika pelajar berkenaan mengamuk atau masalah lain lagi.

“Walaupun kes seperti ini mungkin terpencil, ia tetap tidak boleh dipandang ringan dan semua pihak terutama kementerian bertanggungjawab perlu melakukan sesuatu untuk menanganinya.


“Seperti terjadi kepada pelajar tingkatan dua itu (dihempap meja), pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kena siasat secara menyeluruh,” katanya.


Beliau mengulas mengenai kejadian menimpa seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang dekat sini yang dihempap meja dipercayai dibaling dari tingkat empat bangunan sekolahnya.

Akhbar semalam melaporkan kejadian Rabu lalu itu menyebabkan Asyraf Sabiq Samad, 14, cedera di beberapa bahagian badan dan menerima empat jahitan di dahi, manakala hidungnya turut tercedera.


Laporan menyebut ibunya, Mariam Kamarudin, 42, sebagai berkata, dia diberitahu pengetua sekolah perbuatan terbabit dilakukan seorang pelajar OKU yang dikatakan mengganas selepas gagal mendapatkan bekalan ubatnya, malah pelajar berkenaan ditempatkan dalam kelas normal bukannya kelas khas.

Bagaimanapun, katanya pihak sekolah menghubungi suaminya (Samad Masaan, 58) memaklumkan kejadian itu tidak disebabkan pelajar OKU terbabit, namun dia dikenakan tindakan gantung sekolah.


Berikutan kekeliruan itu dan kejadian menimpa anaknya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pandan Indah.


Mengulas lebih lanjut, Mohamad Ali berkata, selain siasatan, semua pihak juga perlu bertenang dan mengadakan perbincangan secara bersemuka bagi membolehkan masalah diketahui dengan jelas.


“Kita tak mahu ada kisah saman menyaman, sebab itu perkara ini perlu siasatan rapi dan menyeluruh termasuk menilai tahap kesihatan pelajar yang menjadi mangsa dihempap meja, juga pelajar OKU yang dikatakan tidak mendapat ubat hingga dia bertindak ganas.


“PPD kena mengadili kes ini sebaiknya dan pihak berkuasa itu jugalah yang perlu temukan keluarga pelajar (mangsa), pelajar OKU dan pihak sekolah untuk berbincang,” katanya.

No comments: