Followers

Friday, February 10, 2012

Hospital tempat Besalin

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat..

pagi nie baru lepas balik dari Taska zahra ada Majlis Maulidirasul..seronak mak2nya nie..anak biasa je..hihihi excited lebih.tapi tak nak buat cite tu..nak buat cite hospital sbb baca kat blog Imaan psl Hospital Annur.

Ramai yang bertanggapan kalau company tanggung tu, hal kewangan tak menjadi masalah untuk bersalin di swasta. Aku bersyukur kerana company aku tanggung tuk bersalin. Tapi ada ke Hospital Swasta atau kerajaan tahu yang company tanggung tu ada Limit dia...klu bsalin Hospital Gomen tak de masalah sebab caj dia tak mahal. Tapi kenapa hospital swasta nie membeza2kan caj untuk yg pakai GL dan Cash. aku sangat tak setuju yang tu.

Untuk pengalaman aku bersalin anak pertama aku besalin kat Selangor Specialist, KPJ Selangor, Seksyen 20 Shah Alam tu..Pengalaman aku bersalin sangat panjang dah sakit dari 4 pagi dan besalin jam 9.17 malam. Sangat panjang dan ngeri pengalaman pertama aku. Dah sakit nak besalin normal tapi kena Emergency C-zer sbb anak dah berak dalam perut. Ada tak pengalaman orang lain anak berak kena C-zer. aku kena caj 8k ulos..Tapi company aku tanggung hanya 3k je..yang lebih tu mmg company byrkan..ada hati perut company aku tapi lepas masuk keje sila potong gaji bulan2 je..until now tak abis2 lagi..huhuhuh sedih2 sedih..

Tapi aku rasa, aku la rs..pakar aku tu xde la best mn(nama dirahsiakan) tp selalu masuk Pa&Ma pakar aku tu.hihihih..mcm doktor biasa yang aku gi cek up klinik biasa tu je..hehehehe
so far dia punye nurse tu pon sama..tak abis2 sorg nurse dtg cakap kat aku..jangan teran!!jangan teran!!aku dah bukak 5 cm time tu..dtg lagi nurse india pulak..jagan teran!!kami tahu u boleh normal kami tak nak u kena czer..alah, kat situ mcm aku tgk dorg suh aku kena czer (heee buruk sangka je aku ni) itu pendapat aku..

bila asben mintak tukar cadar, ada ke cakap nnt kena caj ni encik..abih takkan nak suruh aku dok kat katil yg basah2 kena air ketuban tu..fikir sendiri..nampak sgt jenis hospital yg nak kikis duit patient..nak mintak tukar baju pun sama..pelik haku....Depa tak tahu yang aku klu normal 2k dan Czer 3k je company tanggung. padahal aku dok bilik yang double tu..bukan single ok..Agaknya sbb emergency czer kot tu yg dorg tekan aku habis2an tu..

tu semua dah berlalu. Kesimpulan sekarang, aku rasa serik nak gi Swasta. Aku rasa Gomen pon servis dah ok staff nurse baru2 baik hati je kot. Servis swasta aku rs biasa je..mgkn staf nurse gomen yg lama2 tu dah ramai sgt kat swasta..heheheh..
Aku dah tak sanggup bayar bulan tok medical lagi yang zahra punya pon tak abis lagi.

Mungkin nnt nak bersalin kat Hopital Putrajaya atau HUKM yang ada private patient tu. Yang aku boleh dok dalam bilik sorg2 dan suami teman kat bilik.xde pateint lain..hehehe

Itu Semua bergantung pada keadaan dan waktu. Kita hanya merancang dan Allah yang maha berkuasa. Insya Allah.

1 comment:

Imaan09 said...

memang dia akan naikkan harga bila GL..alasannya, xsemua y dia claim akan dapat.. so, derang mark up siap2..biasanya gtu laa..
my komen utk hosp gomen, mmg sekarang dh much2 better.. even mak bidan je y sambut baby pun, masih nampak kepakarannya.. n kewujudan private wing kt hosp putrajaya tu mmg bleh 'lega' laa org kata, tp kena book cepat sis.. nnt dpt doc lelaki..hehe.