Followers

Monday, October 24, 2011

Kari Ikan Merah MIL.

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Petang semalam aku masak Kari Ikan merah. Ari nie tak yah masak. Lauk dah siap masak petang semalam. kari nie ala2 Penang ala2 MIL. Guna halba campur boleh baca link k.nannie pasal halba campur nie.
Halba campur khas buat Pn Nitasha Koh..hehehehe

ni la Halba campur tu sha..




Resipi : Kari Ikan Merah MIL


1 Ekor ikan merah yang kecik/ 4 keping isi ikan merah ( aku goreng dulu garam kunyit sbb En asben suka yg dah goreng separuh masak tu tak hanyir katanya)
1 bijik bawang besar (hiris)
5 bijik bawang kecik(hiris)
4 bijik bawang putih (Hiris)
1/2 inci halia (hiris)
10 biji bendi (ikut suka nak byk mn)
1 bijik besar tomatoman (belah 4)
nak letak tauhu pok pon ok..aku letak 5 ( potong 2)
1 sudu kecik halba campur
2 pek kecik rempah kari baba's (larutkan dengan air sampai jadi pes)
1 sudu besar serbuk cili (tak nak letak pon xpe kita yg buat dia)
air 1.5 liter
1-2 cawan santan (nak pekat taruk byk)
1 sudu besar asam jawa (ramas dengan air) amik air dia je puan2..aku tapis sebab asam jaya aku byk itam2 kulit dia..En Asben dont like u..
minyak masak tok goreng ikan dan tok menumis.
1 ketul pati ayam 
garam secukup rasa

Cara2
  1.  Mula2 Goreng ikan separuh masak, ketepikan
  2.  tumis haba campur sampai bunyi senyap(jangan hangus ye) & daun kari klu ada..aku xde..
  3.  tumis bahan hiris sampai betul2 layu.
  4. masukkan pes kari, masak sampai garing. masa nie, sila guna api kecil. masa nie aku masak lama. nie yg buat kari sedap MIL kata.
  5. bila dah garing dan bukan hangus masukkan air asam jawa agak2 semangkuk
  6. gaul rata, pastu masukkan air. masak sampai mendidih.
  7. masukkan pati ayam, garam.rasa ok masukkan santan. bagi mendidih lagi
  8. masukkan sayur2an dan tahu pok berserta ikan yg telah digoreng tadi. kalau ikan tak goreng masukkan sblm masukkan sayur ya.
  9. dah siap..bagi dia mendidih lagi sampai kita tgk kuah dia ok..dah siap..boleh mkn skrg..

aku pon dah lapar.Jom gi Lunch..klu bawak bekal kari semalam kan best..huhuhuh

k. selamat mencuba.

Caw cendol.














2 comments:

nitasha said...

waaaaaaaaaa istimewa utk kita..hehehehtq tq

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaa best ye..khas utk kita ye...tq tq