Followers

Friday, March 18, 2011

Cili Jeruk

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Rabu malam masak bahan buat cili jeruk, balik2 kena buang dengan En Asben. DIa cuti semalam. abis dia clearkan apa ada kat dapur. sampai cuka nak buat cili jeruk aku pun dia humbannya dalam sinki. balik keje semalam buat lagi..dah sejuk cuka tu..aku siram dalam botol cili besar.En Asben kata klu cili tu dah turun kat dasar botol tu dah masak la cili tu..tapi tengok pagi tadi, belum lagi..Malam nie ke malam esok ke boleh la makan cili tu..boleh la layan mee kungfu ke, Ku tiaw ke...


Cili jeruk.

Bahan2nya
  • 1 piring pasar malam cili besar hijau/ cili api/ cili merah
  • 1 cawan cuka
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 sedu besar garam

cara2
  • masak semua bahan2 diatas sampai larut..cili hiris ikut suka...
  • bila larutan cuka tu dah sejuk, cili letak dalam botol, 
  • tuangkan larutan cuka tu..ingat sila guna botol platik yek..klu botol tu tutup dia besi nnt berkarat..eee..
  • pastu tunggu la 2,3 hari agak dah tukar warna tu blh la makan dengan apa2 yang patot..
ok kawan2 selamat mencuba ya..gambar xblh nak muat naik la..kabel kamera ku ada masalah negara..
caw cendol!!!!

3 comments:

~fatin~ said...

mee silat ada tak? hehehehe..

Zura Baharudin said...

Ti, masakkan semua bahan tue kecuali cuka la yer... last skali baru guna cuka kan?

Yaati Nor said...

masak cuka sekalian..