As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...
tarikh buat : 21/10/2015
ini MOL pisang tapi tak tahu jadi ke tak...hehehe
bahan-bahan yang saya guna :
1/2 kg pisang
1/2 kg gula merah
air tanpa klorin..
cairkan gula merah dengan air.dan campurkan dalam pisang..ni malam pertama..
tak tahu jadi ke tak kalau berkulat ni..ada idea tak kawan-kawan..huhuhu
Cara-cara:
1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
4. Peram selama 20 hari.
5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.
Penggunaan:
1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
2. Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.
Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:
1. Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan
2. Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran
3. Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok
Kesan penggunaan baja organik cecair buah
cerita diatas dicopy daripada http://www.kebunbandar.com/cara-buat-baja-organik-cecair-baja-buah/