Followers

Monday, October 31, 2011

Blog dah tukar wajah

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

ari sabtu yang lalu tangan saya gatal nak tukar kulit blog nie..skali kulit yg lama saya lupa nak save sebagai kenang2an. sayang betul la templet blog lama tu..Waran oren. saya mmg suka warna oren..eh ari nie saya..saya pulak saya taip..tak pe la kejap saya kejap aku..sukahati jari nie je la nak taip apa yek..

templet blog baru mesti ada sesuatu yang barukan..nanti kalau dah confirm baru saya nak cerita apa yang baru tu..

caw cendoll..

Friday, October 28, 2011

Perkara yang harus diketahui oleh suami ketika isteri mengandung

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

sumber : http://azirarais.blogspot.com/2011/10/perkara-yang-harus-diketahui-oleh-suami.html





sharing is loving ^_^




Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?


(1) Luangkan masa bersama isteri

- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.


(2) Membantu pemakanan isteri

- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.


(3) Perlahan

-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.


(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan

- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.


(5) Belajar

- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.


(6) Membantu menyiapkan hidangan makan

- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.


(7) Membantu menjaga anak yang lain

- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.


(8) Membawa isteri ke mana sahaja

- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.


(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri

- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.


Tuesday, October 25, 2011

Aku tengah melayan blog nie

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Blog daddy twins.
Macam best je nak tahu pasal keluarag daddy twind..unik kot bagi aku kuarga mereka nie.

klik la kat link tu klu nak tahu gak pasal kuarga dia. adakah macam busybody kalau nak tahu pasal kuarga orang? aku rasa tak kot..sebab tu daddy twins buat blog sebab nak cerita kat orang..ye ke daddy twins..

k tu je coretan ari nie..

caw cendol..

Monday, October 24, 2011

Jom Jahit Baju Kurung Pesak Gantung

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


aku rasa macam nak potong kain nak buat baju je malam nie..harap2 berjaya. Insya Allah. Doa2kan takde aral yang melintang.

amin.

caw cendol..

Kari Ikan Merah MIL.

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Petang semalam aku masak Kari Ikan merah. Ari nie tak yah masak. Lauk dah siap masak petang semalam. kari nie ala2 Penang ala2 MIL. Guna halba campur boleh baca link k.nannie pasal halba campur nie.
Halba campur khas buat Pn Nitasha Koh..hehehehe

ni la Halba campur tu sha..




Resipi : Kari Ikan Merah MIL


1 Ekor ikan merah yang kecik/ 4 keping isi ikan merah ( aku goreng dulu garam kunyit sbb En asben suka yg dah goreng separuh masak tu tak hanyir katanya)
1 bijik bawang besar (hiris)
5 bijik bawang kecik(hiris)
4 bijik bawang putih (Hiris)
1/2 inci halia (hiris)
10 biji bendi (ikut suka nak byk mn)
1 bijik besar tomatoman (belah 4)
nak letak tauhu pok pon ok..aku letak 5 ( potong 2)
1 sudu kecik halba campur
2 pek kecik rempah kari baba's (larutkan dengan air sampai jadi pes)
1 sudu besar serbuk cili (tak nak letak pon xpe kita yg buat dia)
air 1.5 liter
1-2 cawan santan (nak pekat taruk byk)
1 sudu besar asam jawa (ramas dengan air) amik air dia je puan2..aku tapis sebab asam jaya aku byk itam2 kulit dia..En Asben dont like u..
minyak masak tok goreng ikan dan tok menumis.
1 ketul pati ayam 
garam secukup rasa

Cara2
  1.  Mula2 Goreng ikan separuh masak, ketepikan
  2.  tumis haba campur sampai bunyi senyap(jangan hangus ye) & daun kari klu ada..aku xde..
  3.  tumis bahan hiris sampai betul2 layu.
  4. masukkan pes kari, masak sampai garing. masa nie, sila guna api kecil. masa nie aku masak lama. nie yg buat kari sedap MIL kata.
  5. bila dah garing dan bukan hangus masukkan air asam jawa agak2 semangkuk
  6. gaul rata, pastu masukkan air. masak sampai mendidih.
  7. masukkan pati ayam, garam.rasa ok masukkan santan. bagi mendidih lagi
  8. masukkan sayur2an dan tahu pok berserta ikan yg telah digoreng tadi. kalau ikan tak goreng masukkan sblm masukkan sayur ya.
  9. dah siap..bagi dia mendidih lagi sampai kita tgk kuah dia ok..dah siap..boleh mkn skrg..

aku pon dah lapar.Jom gi Lunch..klu bawak bekal kari semalam kan best..huhuhuh

k. selamat mencuba.

Caw cendol.














iPad 2

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

macam mana nak guna iPad 2?

wajib kena ada internet ke?

kena download apa yek?

macam mana nak main game?

lama2 explore sume tak boleh..buat masa nie iPad2 tu bosan..itu hadiah dari company En asben kepada staff2nya yg ke Hongkong ari tu.

sape2 yang expert iPad 2 tolong la ajar kami macam mana nak guna.takut jadi gajah putih je iPad 2 putih tu..

Friday, October 21, 2011

Zahra teruja denga HP Touch screen

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

hahahha peristiwa nie aku tak ingat malam semalam aku rasa...aku rasa rabu malam.
sedang aku asyik tanya adik aku Yunus(pak ndak zahra) pasal dia rombongan gi Thailand, adik aku pon tunjuk la gamabr kat hp Xperia dia..

aku asyik tgh tengok, kan touch screen, tetiba ada tangan kecik yang nak selak gambar tu juga...hahahahahah sakit perut kami yg ramai2 tgh tgk gambar nie gelak..ada hati juga si kecik zahra tu nak sentuh tgk gmbar juga..hehhe sabar ye sayang..kot2 babah ada buah tangan untuk kita yang touch screen juga ke..seronoknya..

heheheh peraq jadinya aku nanti..sebab aku pakai hp cap samsung c450..sangat2 cap ayam je..bak kata en asben hp sendal pintu..dia kata aku tak reti jaga hp.hehehehehe.. apa2 la..aku bukan rajin sgt nak menelepon pon..tak suka cakap kat hp..suka face to face atau sms je..tu la aku..

k. la..

caw cendol..

Thursday, October 20, 2011

Jualan Tudung Ariani

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

alhamdulillah rezeki jualan tudung mencurah2..terima kasih Allah dan kepada yang menyokong jualan tudung ini.
Aku harapkan lepas ni aku dapat buat jualan tudung secara online pulak..

nantikan ya kawan-kawan..

ari nie aku balik ampang zahra dok dengan uwan kat ampang. Sebab en asben gi ober c..sabtu ptg baru balik...

zahra deman sejak dari semalam..rindu babah kot..

k.
caw cendol!!!

Monday, October 17, 2011

Buku

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


 aku teringin ada buku kat atas nie..aku tgk kat MPH 80++..kat Amazon USD20++je..sape2 ada buku ni..dah tak guna..bagi la kat aku..hehehehe

k la..
caw cendol..

Friday, October 14, 2011

gi Genting 29/9/2011

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

ampun cerita adalah sudah basi..sape nak teruskan, sila baca ya..klu tak tekan X je...hehehe kami kalu gi genting gi balik hari je..sebab umah PIL dekat je kat Selesahill home tu..ada lah dalam tak sampai 7 KM kot..heheheh.. Selamber je klu balik umah PIL breakfast kat Goh Tong Jaya tu. Disebabkan plan nak gi Pangkor tak dapat diteruskan, disebabkan pak polisi tu ada operasi maka..aktiviti jalan2 cari pasal tu diteruskan. tempatnya bertukar ke Genting..

Pak polisi plan nak tido sana..tapi nasib malang hari kejadian, malam tu satu genting Fullybook..mak aiii..sebabnya ada Magic show apa tah..huhuhuhu


layan gambar........





peach no war..tgk apa jadi tangan zahra tu..



baru potong nie rambut zahra nie..mata gatal aka gedik zahra

tak boleh dikawal penat nak kejor

bapa2 yang tak sedar kedarat..


nak kena kejar lagi..ibu nya nie selamber je bagi zahra pakai baju pendek dan seluar pendek sampai ke mlm..xpe zahra dah biasa..cuaca mcm umah nenek jekan syg..hehehhe..selipar kakak(sandal tu dia panggil shoe kakak sbb sepupu dia punya anak akak aku)  je dia pakai gi Genting..tu je yg ada dalam kete..

kasut zahra
kalau dalam kete kita orang pompuan banyakkan koleksi kasut..tapi kete en asben yang banyak adalah  kasut zahra je..mcm kete babah dia tu rak kasut dia pulak..huhuhuh

k. sampai disini saja..

caw cendol..

Thursday, October 13, 2011

BBQ & Steamboat Land, Sg Buloh

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

letih nak bagun tido pagi tadi. Malam tadi makan kat BBQ Land. Kat Sg Buloh. Mak aii jauhnya nak ke sana kalau dari Puchong. En Asben pulak baru balik keje. 7.45 baru gerak. terkejar3 kami. janji dengan En Open Table(tak boleh cakap nama sebab dia perisik gomen..hahahahah poyo je haku nie) kol 8 nak jumpa. so, tempat nie aku suka. tapi ramai orang mak aiiit...klu weekend agaknya lagi kena berebut mknn. Best sebab konsep dia lain dari yang lain.bakar sendiri atau steamboat mknn sendiri..
udang, sotong, letak je..30 saat licin..heheheheheh

Kawan aku kata ramai orang sebab dah masuk jalan2 cari pasal Makan

nak gi sana klu dari KL masuk je Sg Buloh tu terus..sampai nampak Balai Polis Sg Pelong belah kanan, balai tu kat trafik light..anda masuk kanan..lagi 300m mcm tu jumpa kedai dia belah kiri..

yang tak bestnya parking dia sangat tak best..huhuhuhuhuh

ok sape nak gi ke apa ke tanya la haku yek..
k.caw cendol pulut!!!!

Friday, October 7, 2011

Aku dah gian

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

koleksi benang kait aku. ada Minlon dan Nona. Aku suka guna Nona.
aku ada masalah kritikal berkaitan dengan 'Hobi baru aku' ahahahah. apa dia? mengait atau bahasa jawanya kita panggil crochet. dulu lepas pantang aku dah minat dah. sebab apa aku minat sebab tengok blog kak fizan, cantik2 sangat dia mengait tu, dengan balik pantang aku dipindahkan ke Library yang aman..hihihihi.. adalah siap aku order tok zahra beanie comel dari kak fizan tu..tu la mulanya.masa lepas pantang, dah masuk keje dah masa tu.buat2 tak jadi, buat2 tak jadi.

baru2 nie dalam tahun nie jugak la aku tak ingat bulan bape. tapi aku cek dari kamera aku dalam bulan 3-4 tu, aku betul2 minat. Siap cari kat internet 'how to make amigurumi'. cari pattern. 1st sekali aku buat amigurumi rabbit. aku wat bunga.ladybug pun aku cuba tapi kepala dia terkulai sebab tak pandai nak cantum kepala dia.hahahaha..bijakkan. semua benda aku buat2  tapi tak reti nak matikkan.hehehehe

sekarang aku buat brooch bunga, ada la permintaan kawan2 opis. alhamdulillah.once dah buat aku asyik menggian je nak pegang benang dengan hook tu.

aku berangan nak buat :

  • kupiah babah zahra
  • cardigan zahra
  • bag babah zahra nak bawak flush kopi gi keje
  • nak buat beg tok aku.
tapikan kalau beg dan benda besar2 perlu kesabaran yang tinggi. masalahnya aku tak sabar nak tengok benda tu siap cepat. tu yang lagi menggian jadinya. dalam handbag siap ada hook benang dan cutter, kadang2 pattern pon aku hangkut sekali. bila dalam kete balik selesa ke, gi mana2...asben drive aku mngcrochet la kat belakang...hehehehe..

bila aku dah reti mengait nie aku suka sangat. terlaksana hajat aku nak mengait. tapi serius cakap praktis make perfect. klu tak selalu buat memang tak boleh nak mahir. aku tak de la mahir pon, still belajar lagi.

k. layan gambar
ini koleksi butang dan alatan craft. Zahra suka main bekas nie.

ini antara yang akak aku dan emmy order. ada yg aku punye jugak..hehehe
ni aku buat banyak2




Besar punye
berminat nak order email :yaatinor@gmail.com

k. caw cendol!!!!















Wednesday, October 5, 2011

Brooch Crochet Flower

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...











 layan gamabr brooch dan getah rambut dari hasil keras tangan saya..hehehe. ini hasil dari tempahan adik beradik aku ari tu untuk pakai raya yang lalu. yang hijau tu den dan zahra yang punye.

Untuk tempahan sila email :yaatinor@gmail.com / Gtalk :yaatinor time opis hour je.

satu brooch RM5 kalau beli 2 warna yg sama saya kasi RM9. tak termasuk pos ye..

k.caw cendol!!!

Rabu tanpa kata2

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...










Tuesday, October 4, 2011

Situasi A

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Pagi ni aku on the way gi keje ada kemalangan, tapi bukan hala ke opis aku, tapi laluan bertentangan. Pejalanan aku dari puchong ke bangi, opis aku berjiran dengan UNITEN. kemalangan berlaku selepas MAEPS. ak pon tak tahu korg boleh bayangkan ke tak. situasi ne aku tengok dah jem dalam 500m, ada ambulan tapi aku tak tahu la mati ke tak. jalan aku gi opis nie, jarang jem tapi aku rasa kalau ada kemalangan mesti mati kot. 2 kali aku tengok kemalangan mati.

situasi A,
kemalangan ada embulan jem 500m aku jalan lagi depan. ada satu macam bas hitam dari jabatan penjara. tengah bungi neno neno neno!!! tu..aku rasa tu nak bawak banduan gi mahkamah tu. Persoalan aku, macam mana yek kenderaan Jabatan Penjara tu nak lalu  kat situasi A nie..sape ada pendapat agaknya? jom share...aku terfikir tapi situasi tu dah berlalu dan aku tak boleh nampah dah..

jom share jom..